jelasBERITA: Menyingkap sejarah dan peranan Majlis Pusat Singapura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Pusat Singapura (MPS) secara rasmi menghentikan operasinya selepas dikenakan notis Perintah Mahkamah berkuat kuasa 20 Mei.
BERITA Mediacorp diberitahu oleh sumber bahawa tuntutan mahkamah ke atas pertubuhan sukarela sosial itu dilakukan oleh pemilik syarikat 3 Aces, Siti Hasmah Adam.
Beliau memfailkan arahan penutupan MPS selepas gagal mendapatkan S$400,000 yang dituntut.
MPS mengesahkan pihaknya pernah mendapatkan khidmat 3 Aces untuk menguruskan tajakanya pada 2015. Kontrak bagaimanapun luput pada 2020 dan tidak lagi diperbaharui selepas itu.

Apa pun, penutupan MPS sememangnya satu perkara mengejutkan apatah lagi ia sudah wujud sejak lebih 55 tahun lalu dan diketahui aktif memperjuangkan kemajuan masyarakat Melayu di Singapura.
Berikut 5 perkara yang perlu anda tahu tentang Majlis Pusat Singapura.
1. DIASASKAN OLEH PEMIMPIN MASYARAKAT MELAYU
Majlis Pusat Singapura dahulu dikenali sebagai Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura.
Ia ditubuhkan pada 1969 oleh ketua-ketua masyarakat Melayu/Islam Singapura yang memberi penekanan kepada isu perpaduan, terutamanya selepas Singapura berpisah dari Malaysia.
Di laman rasminya yang masih boleh diakses setakat Selasa (4 Jun), tertulis bahawa MPS adalah sebuah pertubuhan relawan sosial yang "komited untuk membina jambatan budaya dan sosio-ekonomi sebagai pemangkin perubahan dan kemajuan".
Perkara tersebut kekal selaras dengan apa yang ditegaskan oleh antara pengasasnya.
Di satu dialog pada Julai 1974, presiden MPS ketika itu, Allahyarham Mohd Yusoff Ahmad menekankan bahawa majlis itu "bukan sebuah pertubuhan politik" meskipun ia diasaskan para pemimpin Melayu.

Sebaliknya, Majlis Pusat kata beliau, memainkan peranan yang "menjelaskan kegiatan-kegiatan sukan, agama, kebajikan, pelajaran dan sebagainya" kepada masyarakat.
2. BUKTI ILTIZAM MASYARAKAT MELAYU UNTUK BANGKIT
Dalam satu rencana oleh ahli pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura, Raman Daud, sebilangan tokoh pada satu ketika dahulu berusaha keras untuk memartabatkan masyarakat Melayu menerusi pelbagai perhimpunan dan usaha.

MPS dalam kalangan pihak yang memainkan peranan sebegitu, kata beliau sambil menukil perkongsian Pendeta bahasa dan budaya Melayu Singapura, Dr Muhammad Ariff Ahmad.
Pertubuhan tersebut bahkan mendapat begitu banyak permohonan untuk menjayakan usaha itu.

"Menurut Cikgu Ariff, ketika Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu digagaskan sebagai pertubuhan induk pada 1968-1969, sehingga 200 buah badan Melayu (dengan sekitar 40,000 ahli atau relawan) mohon menjadi kerabatnya," tulis beliau.
"Namun sekitar 40 yang diterima kerana sudah lama berdaftar dan mempunyai rekod sah."
Dilaporkan MPS awalnya dianggotai sekitar 32 badan tetapi akhirnya mempunyai 40 buah badan, ditambah dengan ahli-ahli bersekutunya.
Jadi bayangkan, betapa Majlis Pusat Singapura dahulu mendapat perhatian badan-badan Melayu pada satu ketika dahulu.
3. KEMBALI HIDUPKAN BULAN BAHASA
Menurut Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), walaupun Bulan Bahasa mula diadakan secara rasmi pada 1988, usaha melestarikan Bahasa Melayu sudahpun dijalankan seawal 1962.
Lebih tepat lagi, Dewan Bahasa dan Kebudayaan Singapura (DBKS) memulakan usaha tersebut, yang ketika itu dipanggil "Bulan Bahasa Kebangsaan".
Malangnya, DBKS ditutup pada 1969 dan tiada pihak yang menganjurkan Bulan Bahasa sehinggalah MPS ke hadapan untuk berbuat demikian.
Terdapat rencana yang melaporkan MPS menganjurkan Bulan Bahasa pada tahun 1970-an dan awal 1980-an.

MBMS pula mengesahkan di lamannya bahawa MPS menganjurkan Bulan Bahasa pada 1982.
4. FOKUS KEPADA 3 PERKARA
Selaras dengan peredaran zaman, usaha MPS menjadi lebih fokus. Aktiviti teras persatuan itu khususnya adalah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Seni dan Budaya serta Usaha Mendampingi Masyarakat.
MPS "berdaftar dengan Pendaftar Persatuan, dan bekerja rapat dengan Kementerian-Kementerian Pemerintah, yang termasuk Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Lembaga Pelancongan Singapura", menurut persatuan itu menerusi lamannya.
Mereka juga bekerjasama dengan banyak rakan lain, termasuk Lembaga Perpustakaan Negara, Persatuan Rakyat, Majlis Seni Kebangsaan dan Yayasan Warisan Melayu untuk menggerakkan perkara-perkara di bawah bidang tumpuannya.

MPS juga menawarkan khidmat tajaka. Meskipun kunci pejabat MPS di Toa Payoh Central telah diserahkan kepada pihak Penyelesai pada 23 Mei, tajaka kendaliannya yang terletak di Tampines Street 45 masih lagi dibenarkan beroperasi buat sementara waktu.
Tajaka itu mempunyai 25 kakitangan dan hampir 100 murid.
5. LEMBAGA TERAKHIRNYA
MPS di laman rasminya akur bahawa ia "dilanda pelbagai onak dan duri" tetapi masih ada sebilangan anggota yang mahu tetap memelihara kewujudan majlis demi "memperingati pengorbanan serta tekad pemimpin-pemimpin terdahulu".
Pada Oktober 2019, satu jawatankuasa dibentuk di mana MPS dipengerusikan sekumpulan anggota relawan.
Presiden terakhirnya ialah Encik Suri Abu sementara timbalannya ialah Encik Irianto Safari.
Pengamanahnya pula ialah Naib Pengerusi Casa Raudha Encik Abdul Hamid bin Abdullah yang pernah berkhidmat di Pejabat Juruaudit Negara, pegawai SATS Abdullah Shafiie Sidek, serta Konsultan AMP Anuar Mohd Yusop.
MPS mengisytiharkan pihaknya meraih pendapatan lebih $322,000 dan membelanjakan hampir $324,000 pada 2022.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.