Skip to main content

Singapura

jelasBERITA: Mengapakah pelan damai Israel-Hamas masih berdepan halangan selepas setahun gencatan senjata?

Pelan damai Israel-Hamas yang disokong Amerika Syarikat menjanjikan laluan ke arah pemulihan semula.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Oct 2026 10:50PM Dikemas Kini : 06 Nov 2026 01:17AM
EXPLAINER: Why is the Israel-Hamas peace plan still facing obstacles after a year of ceasefire?
  • The US-backed Israel-Hamas peace plan, announced by Donald Trump in late September 2025, has still made limited progress after a year of ceasefire.
  • The war began on Oct 7, 2023, when Hamas attacked Israel, followed by Israel's retaliatory attacks in Gaza that, according to the Gaza Ministry of Health, killed over 72,000 Palestinians.
  • The phases of the plan cover a ceasefire, the exchange of hostages and prisoners, humanitarian aid, an Israeli withdrawal, the disarmament of Hamas, an international security force, and a Palestinian technocratic administration.
  • The main obstacles are disputes over disarmament, the presence of the Israeli army, security arrangements, the water and food crisis, and reconstruction costs that far exceed the Peace Board's funds.
Dijana oleh AI

SINGAPURA: Pelan damai Israel-Hamas yang disokong Amerika Syarikat menjanjikan laluan ke arah pemulihan semula.

Bagaimanapun selepas setahun gencatan senjata, jalan menuju kestabilan berpanjangan masih diulit pelbagai halangan besar.

Selepas tiga tahun perang tercetus,
dan setahun berlalu sejak gencatan senjata yang menghentikan perang skala besar, masih belum banyak yang dicapai pelan damai yang disokong Amerika Syarikat sejauh ini.

Justeru, peringkat mana pelan itu sekarang?

Dan mengapa jalan dari gencatan senjata menuju kepada kestabilan cukup sukar?

Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober 2023, apabila sekitar 5,000 anggota Hamas menyeberang dan melepaskan ribuan roket ke sempadan Israel.

Sekitar 1,200 orang maut dan lebih 250 diambil sebagai tebusan.

Israel membalas dengan serangan udara sebelum mengerahkan pasukan darat jauh ke dalam Gaza,
selain meluaskan kawalan tentera dan menolak orang awam ke kawasan lebih kecil.

Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan perang dua tahun itu membunuh lebih 72,000 penduduk Palestin.

Pada lewat September 2025, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelan damai 20 perkara, dengan gencatan senjata dikuatkuasakan kurang dua minggu kemudian.

Pelan itu ada pelbagai peringkat.
Fasa Pertama bertujuan menghentikan semua serangan.
Kemudian, tentera Israel akan berundur ke bahagian yang dipersetujui di Carikan Gaza.

Hamas akan memulangkan para tebusan kepada Israel, sementara Israel pula memulangkan tahanan Palestin dari penjaranya.

Akses kemanusiaan juga sepatutnya ditambah, dengan membawa masuk air, makanan dan keperluan lain ke Gaza.

Fasa seterusnya pergi lebih jauh lagi. Ini termasuk pelucutan senjata Hamas dan kumpulan lain Palestin.

Keselamatan Gaza kemudian akan disokong oleh Pasukan Kemantapan Antarabangsa, dengan sebuah jawatankuasa teknokrat Palestin yang baharu memimpin pentadbiran awamnya.

Dalam tahap selanjutnya, pelan tersebut juga termasuk membina semula Gaza dan ekonominya, serta akhirnya memindahkan kawalan kepada Penguasa Palestin.

Setahun kemudian, kemajuan masih lagi terhad. Meskipun pertukaran tebusan dan tahanan dilakukan, serangan-serangan terus berlaku dengan kedua-dua pihak menyalahkan satu sama lain sebagai melanggar gencatan senjata.

Hamas masih memegang senjata, dan tentera Israel terus berada di Gaza. Susunan keselamatan dan pentadbiran masih belum diterapkan dengan betul.

Masih ada tiga isu utama. Pertama, pelucutan senjata dan pengunduran.
Lembaga Keamanan mahu perkara itu dilakukan secara beransur-ansur. Hamas bersetuju, tetapi hanya setelah Israel memenuhi tanggungjawabnya. Namun Israel mahu Hamas terlebih dahulu melucutkan senjata sepenuhnya.

Kemudian, isu keselamatan. Enam negara mengesahkan akan mengerahkan pegawai keamanan.
Namun Israel mahu kebebasan bertindak dari segi ketenteraan.

Maka itu, tanpa keselamatan, sukar mendapatkan pentadbiran yang berkesan.

Bagi penduduk Gaza, ini bermakna ia terus menghadapi kekurangan air dan makanan.

Lembaga Keamanan mempunyai peruntukan AS$2.5 bilion (S$3.2 bilion) dan pelan pemulihan enam bulan. Bagaimanapun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, membina semula Gaza akan menelan belanja lebih AS$70 bilion (S$89.59 bilion).

Yang pasti, setelah setahun gencatan senjata, masih banyak lagi yang perlu diusahakan, dan kemantapan Gaza masih jauh untuk dicapai.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita