jelasBERITA: Mengapa Singapura mahu bangunkan 'Long Island'?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Rafa Estrada)
SINGAPURA: Singapura mengumumkan pada Selasa (28 Nov) mengenai kemungkinan rancangan bagi projek di pantai timur negara ini, yang akan menambak sekitar 800 hektar tanah, iaitu saiz sekitar 1,000 padang bola sepak.
Kajian teknikal ke atas "Long Island" akan bermula pada 2024 dan akan dijalankan selama beberapa tahun akan datang.
Bahagian mana yang terlibat?
Mempunyai saiz seganda lebih besar berbanding kawasan Marina Bay, Long Island boleh dibentuk oleh beberapa bidang tanah berhampiran pinggir pantai East Coast, tetapi dibangunkan dari Marina East hingga ke Tanah Merah.
Ini akan mewujudkan kawasan air - dan kemudian kolam air tawar - di hadapan Taman East Coast.
Long Island akan menambah sekitar 20 kilometer taman pantai dan kolam yang baharu.
Ia kali pertama dibincangkan di bawah Pelan Konsep 1991, iaitu pelan kedua Singapura bagi penggunaan tanah dan pengangkutan yang strategik.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyentuh tentang Long Island semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 2019, dan ia memaparkan pameran oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar tahun lalu.
Kenapa ia diperlukan?
Langkah-langkah perlindungan pantai adalah tumpuan utama pelan Long Island.
Kajian meramalkan paras air laut purata akan meningkat sehingga 1 meter. Digabungkan dengan keadaan air pasang dan ribut, paras air laut boleh naik sebanyak empat hingga lima meter, sekali gus memberi ancaman kepada pinggir pantai Singapura yang rendah.
Sejak 2021, Singapura membuat kajian tentang bahagian berbeza garis pantainya dan pada bulan September, ia melancarkan sebuah pusat kajian bagi perlindungan pantai dan pengurusan banjir.
Sekitar sepertiga Singapura - termasuk Taman East Coast - adalah kurang lima meter di atas paras air laut purata. Kesan bagi paras air laut yang tinggi di taman itu - iaitu yang terbesar di Singapura, sepanjang 13 kilometer - sudahpun dirasai.
Pada 2018 dan Januari tahun ini, sebahagian taman itu ditenggelami air disebabkan hujan dan air pasang.
Huraian seperti penghalang dalam bentuk dinding di seluruh dermaga Taman East Coast pula tidak sesuai kerana ia akan menghadkan akses kepada pantai dan menjejas sebahagian besar taman itu.
Pihak berkuasa kemudian memutuskan Long Island sebagai huraian yang lebih optimum.
Bukankah Singapura pernah tambak tanahnya?
Ya. Penambakan tanah memang tidak asing bagi negara ini untuk mewujudkan tanah baharu dari pantai - terutama sekali di bahagian pantai sebelah timur.
Misalnya, Skim Tambakan East Coast dilancarkan pada 1966 dan dijalankan dalam tujuh fasa dengan nilai S$613 juta.
Ia menambak sejumlah 1,525 hektar tanah.
Bahan bagi tambakan tanah datang dari bukit-bukau di Bedok dan Tampines, dan pasir pula didapatkan dari luar negara.
Tanah yang ditambak digunakan sebahagian besarnya bagi tujuan komersil dan perumahan, dengan Marina Parade menjadi kawasan kejiranan pertama yang dibina sepenuhnya atas tanak tambak.
Taman East Coast dan East Coast Parkway juga diwujudkan melalui tanah tambak seumpama itu.
Apa yang boleh berubah?
Dr Woo Jun Jie, felo kajian kanan dari Institut Pengajian Dasar (IPS) berkata Long Island akan membantu pemaju bandar dan penggubal undang-undang Singapura dengan dua cara - tangani paras air laut yang meningkat serta mewujudkan lebih banyak ruang bagi tujuan riadah dan tempat tinggal di dermaga.
Dr Woo berkata kesannya tidak begitu ketara apabila membincangkan perancangan penduduk kerana jumlah penduduk di Long Island tidak besar dan hanya akan menempatkan sebilangan kecil perumahan.
Para penganalisis hartanah menjelaskan campuran sehingga 60,000 hartanah privet dan awam mungkin akan dibangunkan di tapak itu.

Sumber : CNA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.