jelasBERITA: Mengapa perniagaan F&B tidak terjejas dengan pengunduran Deliveroo meski penghantar makanan bimbang terhadap kurang persaingan?
Walaupun para penghantar makanan menyuarakan keprihatinan tentang potensi berlaku monopoli, syarikat-syarikat perniagaan makanan dan minuman (F&B) sebahagian besarnya tidak begitu bimbang tentang berita bahawa Deliveroo akan mengundurkan diri dari pasaran Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Walaupun para penghantar makanan menyuarakan keprihatinan tentang potensi berlaku monopoli, syarikat-syarikat perniagaan makanan dan minuman (F&B) sebahagian besarnya tidak begitu bimbang tentang berita bahawa Deliveroo akan mengundurkan diri dari pasaran Singapura.
Cawangan-cawangan F&B berkata pesanan daripada platform penghantaran makanan itu agak kecil, sambil menambah bahawa mereka akan beralih kepada dua pesaing lain, iaitu Grab dan Foodpanda, untuk memenuhi pesanan online.
Ramai penghantar makanan sudah beralih kepada platform lain disebabkan oleh penurunan pesanan daripada Deliveroo.
Syarikat itu mengumumkan pada Rabu (25 Feb) bahawa hari terakhir perkhidmatannya adalah pada 4 Mac, dan ia akan memulakan "proses penghentian yang teratur".
Penghantar makanan Alvin Lim menyuarakan rasa terkejut dengan perkembangan itu, memandangkan syarikat itu baru-baru ini telah diambil alih oleh DoorDash.
Encik Lim, 34 tahun, berkata beliau secara aktif menggunakan Deliveroo walaupun ia mempunyai bilangan pesanan terendah antara ketiga-tiga platform tersebut. Platform itu hanya menyumbang 10 peratus daripada pendapatannya, tetapi menawarkan kelonggaran yang paling ketara kerana penghantar makanan boleh memilih untuk menerima atau menolak pesanan tanpa dikenakan hukuman, katanya.
"Kelonggaran ini merupakan kelebihan utama mereka, tetapi saya percaya ia juga mempunyai kelemahan. Pesanan yang lebih jauh sering ditolak oleh penghantar, yang memaksa Deliveroo untuk meningkatkan pembayaran bagi menarik seseorang penghantar makanan untuk mengambil pesanan tersebut.
"Selain itu, apabila penghantar tidak bersedia menerima pesanan tertentu, Deliveroo mungkin perlu memberi pampasan kepada pelanggan untuk penghantaran lewat."
Penghantar lain, seperti Encik Pham Quoc Tin, 38 tahun, tidak terkejut dengan langkah itu.
Encik Tin, yang memakai jaket Deliveroo ketika bercakap dengan Mediacorp, berkata beliau telah memutuskan untuk membantu platform tersebut dengan penghantaran pada Rabu setelah mendengar tentang penutupannya.
Beliau telah menjangkakan platform tersebut akan ditutup sejak tahun lalu disebabkan oleh kekurangan penghantar makanan dan pesanan.
Penghantar sambilan itu berkata beliau mula menawarkan khidmat untuk platform tersebut pada 2023 tetapi berhenti setahun kemudian kerana pesanan yang rendah, yang kebanyakannya diterima semasa waktu sibuk.
Encik Raden Yahya, 32 tahun, yang hanya menggunakan platform tersebut secara sekali-sekala selepas memulakan khidmat penghantaran makanan pada 2017.
"Apabila saya melihat bayarannya cuma "S$3.99. Saya terus mematikannya dan pergi ke platform lain," kata Encik Raden.
"Saya pernah bersama mereka sebelum COVID-19... bayarannya semakin rendah, ia boleh mencecah serendah S$3 bagi setiap penghantaran. Permintaannya sangat rendah," katanya lagi.
Walau bagaimanapun, Encik Tin dan Encik Raden turut menarik perhatian bahawa pendapatan daripada Foodpanda semakin menurun, dengan Encik Tin menyaksikan penurunan 50 hingga 60 peratus dalam tempoh sekitar tujuh bulan.
Encik Lim berkata: "Saya bimbang Foodpanda mungkin akan mengikut (nasib Deliveroo) jika mereka gagal meraih keuntungan di Singapura. Akhirnya, satu-satunya pilihan ialah Grab (dan) mereka akan memonopoli pasaran."
Menyuarakan kebimbangannya, Encik Raden berkata, "Selagi masih ada pesaing dengan platform lain, saya tidak fikir ia berbahaya, tetapi katakan hanya tinggal satu, maka saya bimbang kerana mereka boleh mengenakan apa sahaja bayaran terhadap penghantar makanan."
Seorang lagi pekerja penghantaran selama enam tahun, yang ingin dikenali sebagai Encik Tan, berkata pesanan Deliveroo menyumbang 50 peratus daripada pendapatannya, kerana dia menggunakan perkhidmatan itu dan Grab setiap hari.
Penghantar berusia 64 tahun itu berkata dia berasa terkejut apabila mendengar berita itu. "Habislah duit saya," katanya.
Dia lebih suka Deliveroo disebabkan oleh kelonggarannya dalam membatalkan pesanan tanpa dikenakan hukuman, dan kerana ia mempunyai kadar yang lebih baik untuknya kerana dia sanggup melakukan perjalanan lebih jauh untuk membuat penghantaran.
Deliveroo menyatakan pada Rabu (25 Feb) bahawa keputusan untuk mengundurkan diri dari Singapura adalah sebahagian daripada semakan yang lebih luas terhadap portfolio antarabangsa syarikat itu. Ia telah memasuki pasaran Singapura pada November 2015 dan telah diambil alih oleh DoorDash pada Mei 2025.
Penghantar dan syarikat-syarikat perniagaan telah dimaklumkan tentang penutupan Deliveroo melalui emel lebih awal pada Rabu.
Emel tersebut menyatakan bahawa Deliveroo telah membuat "keputusan sukar" untuk menamatkan operasinya di Singapura selepas mempertimbangkan pilihannya.
"Keputusan ini tidak diambil dengan mudah. ​​Tumpuan kami sentiasa diberikan kepada usaha menawarkan nilai yang hebat kepada pelanggan dan rakan kongsi, dan yang penting, peluang yang fleksibel dan kompetitif untuk anda, penghantar kami. Sepanjang 11 tahun di Singapura, kami berbangga dengan apa yang telah kami capai bersama," tambahnya.
"Walau bagaimanapun, susulan semakan semula syarat-syarat khusus, syarikat kami telah membuat kesimpulan bahawa menamatkan operasi di Singapura malangnya merupakan tindakan yang paling sesuai."
Penghantar diberitahu bahawa mereka boleh terus menghantar pesanan sehingga pukul 3.00 petang pada 4 Mac, dengan yuran dibayar untuk setiap penghantaran yang diterima dan diselesaikan sehingga itu.
Ini akan diproses pada 4 Mac, dan sebarang yuran dan insentif tertunggak akan dibayar pada 10 Mac.
Walau bagaimanapun, penghantar makanan seperti Encik Tan berkata mereka akan berhenti menggunakan Deliveroo sebelum ia berhenti beroperasi kerana bimbang pembayaran akan terganggu sebaik sahaja ia berhenti beroperasi.
KEDAI F&B TIDAK TERGANGGU
Syarikat-syarikat perniagaan F&B yang dihubungi Mediacorp tidak terganggu, memetik bilangan pesanan online yang rendah yang mereka terima melalui Deliveroo berbanding pesaingnya. Kebanyakannya memberitahu Mediacorp bahawa mereka hanya akan menukar platform dan bertanya apa yang berlaku selepas tamat perkhidmatannya seperti, termasuk apa yang akan berlaku pada peranti Deliveroo yang mereka miliki.
Seorang pembantu gerai di Nasi Lemak Ayam Taliwang, Muhammad Asri, berkata beliau biasanya menerima dua hingga tiga pesanan sebulan melalui terminal Deliveroo, berbanding jumlah yang sama dalam seminggu daripada platform lain.
Seorang lagi pembantu gerai, yang ingin dikenali sebagai Encik Fang, tidak terganggu dengan berita itu walaupun Deliveroo adalah satu-satunya perkhidmatan yang dilanggannya pada masa ini.
Lelaki berusia 30 tahun itu, yang mengendalikan gerai sup herba di sebuah pusat penjaja, berkata beliau menggugurkan langganannya ke platform lain dan mengekalkan Deliveroo dua hingga tiga tahun lalu kerana yurannya lebih murah.
Walau bagaimanapun, beliau telah melihat penurunan purata pesanan bulanan melalui perkhidmatan itu daripada 300 kepada 200 dalam tempoh lima bulan yang lalu.
Encik Fang berkata penjualan online masih kecil berbanding dengan apa yang dikumpul oleh gerainya setiap hari - kira-kira 900 pesanan secara bertemu muka.
Beliau hanya akan beralih ke platform lain apabila tiba masanya, katanya lagi.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.