jelasBERITA: Isu pokok tumbang dan apakah yang boleh dilakukan bagi cegah risiko lebih besar?
Anggaran Waktu Membaca:
![jelasBERITA: Isu pokok tumbang dan apakah yang boleh dilakukan bagi cegah risiko lebih besar? jelasBERITA: Isu pokok tumbang dan apakah yang boleh dilakukan bagi cegah risiko lebih besar?](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--qx1qpubu--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/12/27/screenshot-2024-12-27-105851.png?itok=aAtn82Qh)
Pokok tumbang disebabkan hujan lebat di Yishun Avenue 7 pada 17 Sep 2024. (Gambar: CNA Eyewitness/Mr Chua)
SINGAPURA: Selepas sebatang pokok tumbang dan meragut nyawa dua pelancong di Bali pada awal Disember, pihak berkuasa menyatakan pokok tersebut dalam keadaan sihat dan insiden itu disebabkan "angin kencang dan keadaan cuaca ekstrem di luar kawalan manusia".
Kemalangan serupa melibatkan pokok tumbang sudah menyebabkan kematian, harta benda rosak dan menjejas trafik di bahagian-bahagian lain di Asia, termasuk Singapura.
APA PUNCA POKOK TUMBANG?
Keadaan persekitaran mungkin menjadi faktor, kata pakar hortikultur dan pokok Athi Ramesh dari firma Prince's Landscape.
Cuaca hujan berpanjangan boleh menjejas kestabilan apabila terlalu banyak curahan hujan menyebabkan air bertakung, mengurangkan zarah tanah yang melekat pada akar pokok.
Pokok juga boleh menyerap lebih banyak air pada bahagian kanopinya, sekali gus menjadikannya lebih berat pada dahan dan batangnya, menyebabkan ia tumbang, kata Encik Ramesh.
Pokok-pokok yang tumbuh dalam cuaca hujan berpanjangan juga cenderung mempunyai akar yang pendek, kerana ia tidak perlu menjalar lebih dalam untuk mencari air, tambah beliau.
Dalam keadaan ektrem yang lain, musim kemarau dan kering juga boleh menyebabkan tanah merekah, mengurangkan keupayaannya untuk mempunyai akar yang kuat untuk berpaut pada tanah.
"Ia juga menhambat pertumbuhan akar-akar kecil, yang memainkan peranan penting menguatkan tanah," kata Encik Ramesh.
Satu lagi isu biasa adalah tapak binaan yang terletak berdekatan serta trafik kenderaan atau manusia.
Ini akan merosakkan akar dan memadatkan tanah, sekali gus menyekat pertumbuhan akar dan keupayaannya untuk menyerap khasiat dan air - serta untuk menampung berat bahagian atas pokok.
Ciri-ciri pokok itu sendiri juga boleh memainkan peranan.
Spesies yang tumbuh dengan lebih cepat sering kali mempunyai dahan dan batang yang tidak begitu kuat, menurut Encik Ramesh.
Spesies yang mempunyai struktur sama dominan - di mana batang dari satu titik asal menjalar menjadi lebih daripada satu - lebih cederung untuk jatuh.
Spesies lain mempunyai sistem akar yang pendek atau dahan yang rapuh, menjadikannya lebih mudah terjejas oleh persekitaran di sekelilingnya.
Encik Ramesh menarik perhatian bahawa pokok-pokok dengan akar pendek dan bahagian atas yang berat - seperti Falcataria falcata dan African Tulip - biasanya dijumpai di kawasan perhutanan Singapura.
APA TANDA-TANDA YANG BOLEH DIPERHATIKAN?
Sebatang pokok yang berisiko tumbang mungkin menunjukkan tanda-tanda kelemahan struktur. Ini termasuk batang yang condong, retak atau pecah, tanah yang naik di sekitar akar atau reput dan serangan serangga perosak," kata Encik Ramesh.
Kelemahan pada batang pokok boleh berlaku di bawah tanah, menyukarkan tugas untuk mengesannya tanpa menggunakan kaedah khusus. Salah satu kaedahnya melibatkan kerja-kerja menggali tanah di sekitar pokok untuk memeriksa keadaan akar.
Tidak mudah untuk menjangkakan masa yang tepat untuk satu-satu pokok tumbang. Namun, ada perkara-perkara yang boleh meningkatkan risiko ia berlaku, kata Encik Ramesh.
Keadaan cuaca buruk seperti panahan kilat, angin kencang atau musim monsun dan hujan, adalah antara contohnya.
Dalam persekitaran bandar, pokok-pokok yang terletak antara bangunan juga lebih terdedah kepada angin disebabkan kesan terowong angin.
Keadaan di luar jangkaan yang berlaku tiba-tiba juga boleh menyebabkan pokok tumbang, walaupun pokok itu sihat.
BAGAIMANA RISIKONYA DIKURANGKAN?
Ini boleh dilakukan menerusi khidmat jagaan yang betul, penyenggaraan, pemeriksaan kerap dan pengurusan persekitaran, kata Encik Ramesh.
Di firma landskap Encik Ramesh, pemeriksaan visual pada pokok dijalankan setiap enam bulan selain melakukan pencantasan pokok.
Di sini, pakar pokok menilai ketinggian pokok, lebar batangnya dan kesihatan menyeluruh dan strukturnya.
Berdasarkan pemerhatian, pakar pokok kemudian akan menyarankan langkah-langkah seperti menghapuskan parasit, meletakkan baja dan rawatan kimia.
Langkah ini tidak terlalu berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Lembaga Taman Negara (NParks), yang menguruskan 6 juta daripada 7 juta pokok di negara ini.
Sekitar dua juta pokok yang dijaga NParks adalah pokok-pokok di tepi jalan raya dan di taman-taman serta tanah milik negara. Bakinya terletak jauh dari trafik manusia.
NParks juga menjalankan pemeriksaan kerap melibatkan penilaian menyeluruh ke atas pokok termasuk bentuknya, akar, batang, dahan dan daun-daunnya; serta melakukan pencantasan untuk mempertingkatkan struktur dan keseimbangannya.
Pengarah Kumpulan NParks dari Divisyen Landskap Bandar, Oh Cheow Sheng berkata pokok-pokok diperiksa setiap enam hingga 24 bulan, dengan kekerapannya bergantung kepada lokasi dan usia pokok.
"Langkah ini dipertingkat semasa tempoh cuaca buruk untuk mengurangkan risiko insiden pokok tumbang," beliau memberitahu Mediacorp.
Menjelang cuaca buruk, NParks juga menipiskan atau mengurangkan lebat bahagian atas pokok yang sudah matang untuk menguruskan ketinggiannya dan mengurangkan ketahanan angin pada bahagian kanopi.
Baki 1 juta pokok diuruskan oleh majlis bandaran, pemilik tanah privet dan entiti lain.
APA YANG NPARKS LAKUKAN UNTUK POKOK?
Untuk menangani perubahan iklim, yang boleh membawa kepada hujan lebih kerap dan lebih lebat atau cuaca kering berpanjangan, pihak berkuasa memilih pokok yang lebih kukuh dan tahan kemarau yang juga berupaya tumbuh tanpa mengira keadaan cuaca dalam persekitaran bandar Singapura.
NParks juga sudah menggantikan pokok-pokok berpenyakit dan lebih mudah terjejas.
Spesies yang lebih kuat seperti Sea Gutta dan Shore Laurel sudah ditanam di taman-taman dan tepi jalan, dengan jumlahnya meningkat dari sekitar 25,400 pada 2017 kepada 46,500 pada 2023.
Encik Oh menambah, menanam pokok dengan cara menyerupai struktur hutan membantu meningkatkan kekuatannya.
Struktur hutan ini juga menjadikan keadaan lebih redup di jalan-jalan raya Singapura dan juga untuk pejalan kaki.
NParks juga menggunakan teknologi untuk memantau pertumbuhan pokok atau menilai kesan angin kencang pada kestabilan pokok. Ini kemudian membantu memberi panduan tentang langkah-langkah intervensi yang boleh diambil.
Pihak berkuasa menggunakan langkah-langkah sedemikian untuk membantu mengurangkan jumlah insiden melibatkan pokok di Singapura, daripada sekitar 3,100 pada 2001 kepada sekitar 430 pada 2023.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.