jelasBERITA: Ini yang anda perlu tahu sebelum gunakan pelepasan imigresen tanpa pasport
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bayangkan percutian anda yang seterusnya ke luar negara, anda dapat melalui imigresen tanpa mencari pasport di dalam beg.
Untuk sebahagian pelancong perkara ini akan menjadi realiti tidak lama lagi, dengan pelepasan imigresen tanpa pasport disediakan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 5 Ogos.

Namun, adakah anda masih perlu membawa pasport? Bolehkah anak anda juga menggunakan laluan baharu itu?
Berikut adalah beberapa perkara anda perlu tahu:
Adakah ia dapat digunakan semua pelancong?
Sebagai permulaan, pelepasan imigresen tanpa pasport hanya disediakan untuk penduduk Singapura yang tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan hanya untuk laluan automatik tertentu. Ia sebahagian daripada percubaan mulai 5 Ogos.
Penduduk Singapura merujuk kepada warga Singapura, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang.
Menjelang hujung September, apabila inisiatif itu dilaksanakan sepenuhnya, penduduk Singapura boleh melalui imigresen tanpa pasport di kedua-dua kawasan ketibaan dan berlepas di terminal Lapangan Terbang Changi yang lain.
Semua pelancong asing boleh melalui imigresen tanpa pasport bermula hujung September, namun hanya jika berlepas dari Singapura.
Perlukah anda bawa pasport?
Ya.
Anda masih perlu membawa pasport bagi pelepasan di negara atau wilayah lain. Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) juga akan meminta pasport anda untuk mengesahkan identiti anda secara rambang.
Begitu juga di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas, pelancong memerlukan pasport fizikal mereka kerana Malaysia masih memerlukan pasport mereka.
Bagaimana jika anda melancong bersama anak kecil?
Kanak-kanak di bawah usia enam tahun tidak layak bagi pelepasan tanpa pasport, kerana ciri fizikal dan biometrik kumpulan usia tersebut masih sedang membangun dan mungkin tidak dapat digunakan sebagai cara pengesahan yang dipercayai.
Mereka boleh ke salah satu Laluan Bantuan Khas, yang boleh memuatkan empat orang sekeluarga, untuk pelepasan imigresen menggunakan pasport.
Kanak-kanak di bawah enam tahun perlu dibantu oleh pegawai ICA di laluan tersebut.

Bagaimana dengan pusat pemeriksaan darat Singapura?
Pelepasan imigresen tanpa pasport di pusat pemeriksaan udara dan laut negara boleh dilakukan, kerana ICA akan mengetahui pelancong terlebih dahulu, disebabkan dokumen yang diserahkan oleh pengendali syarikat penerbangan dan kapal.
Sekalipun demikian, di pusat pemeriksaan darat, maklumat tersebut tidak disediakan kepada ICA lebih awal.
Oleh itu, kod QR berfungsi sebagai tanda pengenalan di pusat pemeriksaan tersebut, seperti yang terdapat di Woodlands dan Tuas.

Pelawat asing kali pertama dan mereka yang masuk semula Singapura menggunakan pasport berbeza daripada perjalanan sebelumnya perlu menunjukkan pasport mereka untuk pelepasan imigresen. Mereka dapat melalui imigresen menggunakan kod QR bagi lawatan seterusnya.
ICA bercadang untuk melancarkan akses pelepasan kod QR kepada penunggang dan pembonceng motosikal menjelang 15 Ogos, dengan pemandu kenderaan kargo dan pembantu yang mengiringi akan menyusul menjelang akhir bulan itu.
Penumpang bas dan mereka yang berjalan kaki juga akan dapat menggunakan kod QR bagi pelepasan imigresen menjelang Disember tahun ini. Keluarga atau mereka yang berkerusi roda juga akan dapat menggunakan kod QR bagi pelepasan imigresen melalui Laluan Bantuan Khas di dewan bas.
Adakah pusat pemeriksaan lain akan guna kaedah pelepasan imigresen tanpa pasport?
Pelepasan imigresen tanpa pasport akan disediakan kepada pelancong di Pusat Kapal Peleseran Marina Bay menjelang Disember 2024, dan di Lapangan Terbang Seletar dan Terminal Feri Tanah Merah pada 2025.
Pusat Peleseran Singapura dan pusat pemeriksaan lebih kecil, seperti Jeti West Coast, akan menyediakan khidmat pelepasan tanpa pasport pada 2026.
Maklumat lanjut mengenai kemungkinan khidmat pelepasan tanpa pasport melalui Laluan Bantuan Khas, yang juga memberi perkhidmatan kepada mereka yang berkerusi roda, di pusat pemeriksaan udara dan laut akan disediakan nanti.
Di mana lagi boleh anda melalui imigresen tanpa pasport?
Token Penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong adalah sistem pengenalan biometrik layan diri yang membenarkan penumpang melalui pelbagai pusat pemeriksaan dewan pelepasan - dari tempat meletak beg, pemeriksaan keselamatan sehingga menaiki pesawat, ia menggunakan teknologi pengecaman muka tanpa memerlukan dokumen perjalanan dan pas masuk pesawat.
Lapangan terbang Haneda dan Narita di Jepun juga mempunyai khidmat dikenali sebagai Face Express, yang membenarkan penumpang yang layak untuk mengimbas pasport mereka, mendaftar pas masuk dan mengambil gambar di kios khas.
Wajah pelancong akan berfungsi sebagai bukti identiti mereka, dan membolehkan mereka melalui tempat meletak bagasi dan pemeriksaan keselamatan di dewan pelepasan tanpa mengeluarkan kad pengenalan mereka lagi.
Lapangan Terbang Heathrow London, Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris serta Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, India, juga merupakan antara lapangan terbang yang berkembang pesat untuk menggunakan teknologi pengecaman muka bagi mempercepatkan proses pelepasan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.