jelasBERITA: Bolehkah GDP SG terus tumbuh jika pekerjaan semakin berkurangan?
Pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup untuk mencipta pekerjaan, menurut beberapa ahli ekonomi pada Isnin (2 Feb) sedang mereka menimbangkan saranan-saranan yang diusulkan melalui kemas kini Semakan Strategi Ekonomi baru-baru ini dan apa yang Singapura perlu memperbetulkan dalam usaha negara ini untuk mempertingkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Anggaran Waktu Membaca:
Pekerja pejabat di Raffles Place di Singapura pada 4 Januari 2022. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi sahaja tidak cukup untuk mencipta pekerjaan, menurut beberapa ahli ekonomi pada Isnin (2 Feb) sedang mereka menimbangkan saranan-saranan yang diusulkan melalui kemas kini Semakan Strategi Ekonomi baru-baru ini dan apa yang Singapura perlu memperbetulkan dalam usaha negara ini untuk mempertingkatkan penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan sering dianggap sebagai sinonim, tetapi ia perlu dipisahkan, kata Profesor Nick Powdthavee, Dekan Bersekutu Kolej Ilmu Kemanusiaan, Seni dan Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Walaupun pertumbuhan adalah syarat yang diperlukan untuk mencipta pekerjaan, ia tidak cukup dengan sendirinya, kata Profesor Lawrence Loh, yang mengajar strategi dan dasar di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Dalam erti kata lain, untuk mewujudkan pekerjaan, anda memerlukan pertumbuhan. Tetapi pertumbuhan tidak semestinya bermakna ia akan mencipta pekerjaan," katanya lagi.
Semakan Strategi Ekonomi mengusulkan tujuh saranan pada 30 Januari berdasarkan maklum balas daripada para pekerja dan perniagaan, yang bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan bermutu di tengah-tengah cabaran yang semakin meningkat.
Semakan itu menggesa Singapura untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin AI global dan mendorong penggunaan AI merentas ekonominya.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong menggariskan cabaran-cabaran yang dihadapi Singapura: ketidakpastian global, kemajuan teknologi yang pesat, perubahan iklim dan penduduk yang semakin menua.
"Kita tidak lagi boleh menganggap pertumbuhan itu akan menghasilkan pekerjaan secara automatik," katanya dalam satu temu bual media, sambil menyifatkan pertumbuhan dan pekerjaan sebagai "objektif kembar".
Profesor Powdthavee turut menarik perhatian bahawa secara amnya, kaitan antara pertumbuhan dengan pekerjaan semakin melemah, dengan pertumbuhan ekonomi diiringi dengan ketidaksamaan yang semakin meningkat.
"Sebuah negara boleh berkembang walaupun sebahagian besar pendapatannya diraih oleh kumpulan yang sangat kecil di bahagian atas," katanya.
Sebagai contoh, jika firma-firma meraih lebih keuntungan dan pendapatan dengan menggantikan para pekerja dengan AI, GDP negara ini akan meningkat kerana hasilnya lebih tinggi dan kos lebih rendah.
"Namun pertumbuhan sedemikian tidak memerlukan lebih ramai pekerja dan ia bahkan mungkin akan mengurangkan permintaan buruh," kata Profesor Powdthavee.
"Inilah sebabnya mengapa pertumbuhan tidak semestinya, atau secara automatik, mencipta pekerjaan."
Apabila sebahagian besar keuntungan daripada daya penghasilan memanfaatkan mereka yang mempunyai modal, teknologi atau data, ekonomi "mungkin kelihatan berkembang pada dasarnya" tetapi gaji tidak berubah dan peluang pekerjaan "gagal berkembang bagi orang lain", katanya lagi.
"Dari segi itu, pertumbuhan ekonomi sebenar dicapai tetapi manfaatnya dikongsi dengan sejumlah kecil sahaja."
Profesor Loh berkata AI dan automasi kini boleh melakukan tugasan pada tahap yang setanding dengan manusia, yang merupakan faktor penentang pertumbuhan pekerjaan.
Inovasi dan kecekapan yang meningkat - di mana syarikat-syarikat meraih pengalaman dan kurang bergantung kepada modal insan - juga menyumbang kepada isu tersebut, katanya lagi.
Untuk memastikan pekerjaan yang baik di Singapura, negara ini perlu menetapkan pentakrifan lebih jelas mengenai apa yang layak dianggap sebagai pekerjaan yang baik, kata ketua ahli ekonomi dan ketua kumpulan penyelidikan OCBC Selena Ling.
"Adakah ia gaji, adakah ia kemajuan atau apakah yang ingin dicapai?" soalnya.
KERJASAMA MANUSIA-AI
Sekalipun dengan kesannya terhadap penciptaan pekerjaan, para ahli ekonomi percaya AI tidak dapat menggantikan manusia sepenuhnya.
Profesor Powdthavee sebelum ini berkata walaupun AI dapat melakukan sesetengah tugas dengan baik, ia tetap membuat kesilapan dan mungkin berat sebelah dalam cara yang tidak begitu ketara.
"Penggunaan AI yang lebih wajar bukan untuk menggantikan manusia, tetapi untuk bekerja dengannya.
"Keuntungan terbesar datang daripada hubungan yang dipertingkat antara manusia dengan AI," katanya.
"Biarkan AI menguruskan rutin, tugasan yang berulang dan melibatkan banyak data, dan biarkan manusia menumpukan perhatian kepada pertimbangan, konteks dan tanggungjawab," kata Profesor Powdthavee.
Ini menaikkan nilai buruh manusia dan bukan menghapuskannya, katanya.
"Daya penghasilan meningkat kerana pekerja boleh melakukan lebih lagi, bukan kerana terdapat kurang pekerja untuk melakukan tugas. Perbezaan ini penting untuk mencipta pekerjaan."
Singapura juga memerlukan dasar pasaran buruh yang lebih dinamik, kata Profesor Loh.
"Bagaimana untuk anda melatih pekerja sedangkan pekerjaan sentiasa direka semula? ... Sangat sukar kerana setiap kali anda memasuki pasaran dengan kemahiran baharu, pasaran sudahpun berubah dan berkembang."
Revolusi AI seterusnya - AI agentik yang boleh bertindak secara autonomi - akan menimbulkan lebih banyak gangguan, katanya.
"Kita sedang melalui gelombang AI. Sukar untuk kita meramalnya," kata Profesor Loh.
Kemajuan teknologi akan menjejas aspek-aspek bukan teknikal, termasuk etika, pentadbiran dan pengurusan perubahan, yang memerlukan kedua-dua respons teknikal dan bukan teknikal, katanya lagi.
"Malah bahagian bukan teknikal juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk para individu mentadbir, menguruskan AI."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.