jelasBERITA: Bagaimana Stesen Hume dibina sedang Laluan Downtown terus beroperasi
Anggaran Waktu Membaca:

Sebuah troli landasan yang dimuatkan dengan kira-kira 100kg hingga 200kg bahan binaan, akan ditolak kira-kira 700m oleh sepasukan pekerja dari Hillview ke stesen Hume. (Gambar: LTA)
SINGAPURA: Membina stesen MRT Hume, yang akan dibuka tidak lama lagi, menimbulkan beberapa cabaran yang unik, dari segi aspek kejuruteraan.
Ini termasuk keperluan bagi pekerja untuk mengangkut sebilangan bahan binaan secara manual sepanjang 700 meter (m) menggunakan troli landasan dari stesen Hillview yang berhampiran.
Kerja-kerja menyepadukan stesen tersebut ke dalam Laluan Downtown (DTL) menjadi lebih rumit disebabkan batasan ujiannya.
Jurutera hanya mempunyai tempoh masa yang singkat antara 1.00 pagi dengan 3.00 pagi - di luar waktu khidmat penumpang - untuk menjalankan ujian dengan tren.
Stesen Hume adalah stesen bawah tanah pertama di Singapura yang dibina ketika MRT terus beroperasi melalui tapak tersebut.
Terletak di antara stesen Hillview dan stesen Beauty World yang terus beroperasi, ia pada mulanya dibina sebagai "stesen kerangka" - struktur dengan hanya rangka asas - semasa fasa kedua DTL pada tahun 2015.
Rentak pembangunan dan pertumbuhan penumpang di kawasan itu tidak memerlukan ia dibuka pada ketika itu, jelas Menteri Negara Kanan Pengangkutan pada ketika itu, Dr Janil Puthucheary, pada 2019.
Kerja-kerja untuk melengkapi stesen tersebut sepenuhnya bagi menjalankan operasi bermula pada Januari 2021, dan Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat mengumumkan bulan lalu bahawa stesen itu akan dibuka lebih awal daripada yang dijadualkan, pada 28 Februari.
CABARAN DARI ASPEK KEJURUTERAAN SIVIL
Membina sebuah kereta api bawah tanah tanpa akses awal di atas tanah merupakan hambatan dari segi logistik, menurut lembaran fakta Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Bahan binaan yang lebih ringan terpaksa diangkut secara manual dari stesen Hillview sejauh 700m, manakala bahan yang lebih berat seperti keluli struktur dihantar melalui "tren jurutera" khas dari depoh Gali Batu DTL.
Akses ke landasan juga terhad kepada hanya dua atau tiga kali seminggu, semasa waktu kejuruteraan antara 1.00 pagi dengan 3.30 pagi. Sesi-sesi tersebut termasuk masa perjalanan ulang-alik dari stesen Hillview ke Hume.

Untuk membahagikan zon binaan daripada operasi MRT yang sedang dijalankan, sebuah "ruang kebakaran" - ruang dengan dinding dan lantai tahan api - diubah suai. Dinding perlindungan banjir juga didirikan untuk melindungi laluan dari kemungkinan berlakunya banjir.
Hanya selepas perlindungan itu dipasang, pekerja kemudian dapat mengeluarkan "panel khas", yang boleh dikeluarkan supaya terdapat lubang bagi akses permukaan.
Memandangkan stesen MRT Hume terletak berdekatan dengan pembangunan perumahan seperti Hume Park 1 dan Hume Park 2, alat pemantauan bunyi dan getaran yang meluas telah dipasang demi mengurangkan gangguan kepada para penduduk.

TEMPOH JALANI UJIAN SELAMA DUA JAM
"Ujian integrasi" seperti yang melibatkan tren, hanya boleh dikendalikan dalam waktu kejuruteraan yang terhad.
Sebaik sahaja khidmat penumpang berakhir dan LTA boleh mengambil alih kawalan Hume, beberapa stesen bersebelahan dan bahagian terowong, jam sudah menunjukkan pukul 1.15 pagi, jelas agensi tersebut.
"Menjelang 3.00 pagi, kami perlu berhenti menguji, melakukan pasca pemeriksaan dan menyerahkan kepada pengendali selewat-lewatnya pada 4.00 pagi untuk mempersiapkan bagi khidmat penumpang," tambah LTA.
APA YANG BOLEH PENUMPANG JANGKAKAN
Stesen Hume akan mempunyai dua pintu masuk: satu menghadap Upper Bukit Timah Road, manakala satu lagi menghadap Hume Avenue. Laluan berbumbung akan menyediakan akses berteduh ke perhentian bas dan tempat mengambil dan menurunkan penumpang yang berdekatan.
Bagi pengayuh basikal, stesen tersebut akan mempunyai 60 tempat letak basikal berhampiran pintu masuknya.
Ciri-ciri yang menggalak akses mudah termasuk cermin di dalam lif untuk membantu pengguna kerusi roda berundur keluar, serta butang lif yang diletakkan di tengah agar mudah dicapai mereka.
Stesen tersebut malah, sudah diiktiraf dengan pensijilan 'Green Mark' Emas BCA atas ciri-ciri hijaunya, seperti panel solar di bumbung, pencahayaan cekap tenaga dan sistem penyejukan hibrid.
Dengan tamatnya pembinaan stesen Hume, DTL akan mempunyai 35 stesen yang beroperasi secara keseluruhannya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.