jelasBERITA: Bagaimana penguatkuasaan VEP dilaksanakan selepas 1 Julai?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
SINGAPURA: Kenderaan berdaftar di Singapura yang memasuki Malaysia tanpa Permit Masuk Kenderaan (VEP) tidak lama lagi akan disaman RM300 (S$90.94) di sempadan darat dengan Singapura, demikian umum Kementerian Pengangkutan Malaysia pada Rabu (4 Jun).
Penguatkuasaan tersebut dilaksanakan sembilan bulan selepas Malaysia mula mewajibkan semua kenderaan berdaftar asing yang memasuki negara tersebut melalui jalan darat dari Singapura untuk menggunakan VEP pada 1 Oktober tahun lalu.
Berikut adalah apa yang perlu anda tahu tentang langkah penguatkuasaan VEP dan penaltinya, serta apa yang boleh para pemandu lakukan untuk mengelakkan disaman:
Bagaimana Malaysia akan melaksanakan penguatkuasaan VEP selepas 1 Julai?
Pemilik semua kategori kenderaan asing - termasuk privet dan komersial serta motosikal - perlu berdaftar bagi VEP sebelum memasuki Malaysia.
Peraturan itu juga tertakluk kepada kenderaan kedutaan dan pemerintah.
Para pemandu yang didapati tidak mempunyai permit VEP yang sah di sempadan darat Malaysia dengan Singapura boleh disaman RM300, menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia pada Rabu.
Saman akan dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan asing yang belum mendaftarkan atau mengaktifkan VEP.
Saman juga perlu dibayar dan pendaftaran VEP diselesaikan sebelum keluar dari Malaysia, kata Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.
Kenderaan privet yang sudah mendaftar tetapi belum mengaktifkan VEP juga akan dikenakan saman, dan pembayaran perlu dibuat sebelum keluar dari negara tersebut, tambah kenyataan itu.
Bagi kenderaan privet tanpa VEP yang sah, saman perlu dibayar dan pendaftaran VEP diselesaikan sebelum keluar dari Malaysia.
Namun, kenderaan sedemikian yang sudah pun membuat pendaftaran VEP tetapi belum mengaktifkan VEP akan diberikan notis peringatan dan dibenarkan untuk keluar dari Malaysia.
Ini kerana pemandu kenderaan sedemikian menghadapi isu mendaftar e-dompet VEP di bawah nama syarikat, kata Encik Loke.

"Dari segi penguatkuasaan, ia akan dilaksanakan di luar sempadan (pusat pemeriksaan)," kata Encik Loke.
Beliau menambah pemeriksaan penguatkuasaan akan dijalankan di "beberapa lokasi" di Johor Bahru bagi kenderaan yang memasuki Malaysia tanpa permit itu, tanpa mendedahkan lokasinya.
"Izinkan saya beri jaminan kepada semua pemilik kenderaan Singapura, mereka tetap boleh masuk ke Malaysia walaupun tidak mempunyai VEP," katanya.
Walaupun langkah penguatkuasaannya tidak akan dijalankan "24 jam", beliau menegaskan pihak berkuasa dapat segera mengetahui kenderaan mana yang tidak mempunyai VEP.
Mediacorp sudah pun menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah penguatkuasaan.
Adakah kenderaan akan ditunda jika saman tidak dibayar?
Encik Loke memberi jaminan Malaysia tidak akan menunda kenderaan jika para pemandu enggan membayar saman, sambil menukil "hubungan sangat erat" antara Malaysia dengan Singapura.
"Kami tidak akan melaksanakan demikian, tidak mahu menakutkan para pelancong... Kami mengalu-alukan para pelancong Singapura ke Malaysia, terutama sekali Johor Bahru," katanya pada Rabu.

Adakah hukuman lebih berat dikenakan bagi pesalah berulang?
Apabila ditanya jika pesalah berulang berdepan hukuman lebih berat, Encik Loke berkata "tiada kesalahan kedua sama sekali".
Beliau menjelaskan hukuman bagi kesalahan melanggar peraturan VEP adalah saman RM300.
Pemandu itu kemudian perlu segera mendaftar bagi VEP sebelum keluar dari Malaysia, justeru isu kesalahan berulang tidak akan berlaku.
"Jika mereka tidak mahu membayar saman, mereka mahu mencabarnya, mereka boleh ke mahkamah, tetapi mahkamah boleh mengenakan denda sehingga RM2,000 (S$607.22) dan hukuman penjara enam bulan kerana ia di bawah undang-undang," katanya.
Sebelum pengumuman saman VEP pada Rabu, kerajaan Malaysia telah menyatakan pada tahun lalu bahawa para pemandu yang gagal memasang VEP boleh didenda sehingga RM2,000 atau dihukum penjara sehingga enam bulan.
Bagaimana membuat pendaftaran VEP?
Pemilik kenderaan, atau seorang wakil yang dilantik atau pemilik, perlu mendaftar online melalui laman rasmi JPJ di https://vep.jpj.gov.my.
Selepas mengisi butiran anda, termasuk identiti log masuk dan kata laluan, anda akan menerima pengesahan melalui emel dan dibawa ke portal VEP di https://vepams.jpj.gov.my bagi menyelesaikan proses pendaftaran.
Sebaik sahaja akaun itu disahkan, para pemohon boleh melog masuk ke dalam protal untuk memuat naik kad log kenderaan atau mengisi butiran termasuk model kenderaan, Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dan nombor chassis.
Semua pemohon VEP perlu menyediakan butiran kad pengenalan (NRIC), pasport, cukai jalan raya, insurans, model kenderaan dan COE apabila membuat pendaftaran.
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, apa yang boleh para pemandu lakukan?
Sebaik sahaja permohonan VEP diluluskan, para pemandu akan menerima makluman menerusi emel untuk memilih kaedah untuk mengambil tag RFID VEP - sama ada dihantar melalui pos ke alamat rumah atau ambil sendiri di salah satu pusat pengumpulan VEP.
Selepas membuat pilihan, para pemandu perlu membuat bayaran online yang boleh dilakukan menggunakan kad kredit.
Tag RFID itu berharga RM10 tidak termasuk kos penghantaran dan khidmat.
Terdapat empat pusat VEP secara keseluruhan - tiga di Johor Bahru dan satu di Woodlands.
Keempat-empat pusat VEP boleh membantu para pemandu memasang tag RFID tetapi ia perlukan janji temu.
Dua pusat - di Danga Bay di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura - dapat menjawab sebarang pertanyaan oleh para pemandu.
Para pemandu di Danga Bay boleh membuat sebarang pertanyaan tanpa memerlukan janji temu. Namun, mereka perlu membuat janji temu sebelum berkunjung ke pusat VEP di Woodlands.
Lagi dua pusat pengumpulan VEP adalah di Pusat Beli-Belah Paradigm dan Sunway Big Box, yang hanya menawarkan khidmat mengambil dan memasang tag RFID. Ia bagaimanapun tidak mengendalikan sebarang pertanyaan berhubung permohonan VEP.
Tag RFID boleh dilekatkan sama ada pada sudut kiri atas cermin depan atau lampu depan kiri kereta, menurut laman web JPJ.
Bagi mereka yang memilih untuk pergi ke pusat pengumpulan, tag biasanya akan dipasang oleh wakil TCSens pada cermin depan kereta.
TCSens ialah vendor yang diupah oleh JPJ untuk membantu pemandu dengan pemasangan pelekat RFID dan juga untuk mengendalikan pertanyaan secara peribadi mengenai VEP di Johor Bahru.
Setelah dilampirkan, pemandu perlu mengambil gambar tag RFID bersama nombor pendaftaran kereta dan memuat naik gambar tersebut pada portal VEP.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.