jelasBERITA: Bagaimana jenama jagaan bayi SG terus bertahan di tengah pasaran lebih kecil, persaingan sengit global
Kelahiran bayi yang merosot, peningkatan kos dan persaingan yang semakin sengit memberikan tekanan kepada pasaran penjagaan bayi di Singapura. (Gambar: iStock/Liudmila Chernetska)
- The number of babies in Singapore has fallen, with live births in 2025 down to 29,864 and the fertility rate reaching 0.87, shrinking the market for babycare brands.
- Hegen has started to feel a slight decline in Singapore, while the closure of Tollyjoy after 55 years highlights the pressure on the industry from competition and higher costs.
- Although retail sales of baby and maternal care products rose 7 per cent to S$117 million, experts said parents are now opting more for specialised and premium products.
- Hegen has raised prices, is trying to retain customers for longer, and is relying on international markets, with 28 existing markets and a target of increasing that to 35.
- Jumlah bayi di Singapura merosot, dengan kelahiran hidup pada 2025 turun kepada 29,864 dan kadar kesuburan mencecah 0.87, mengecilkan pasaran jenama penjagaan bayi.
- Hegen mula merasai kemerosotan kecil di Singapura, sementara penutupan Tollyjoy selepas 55 tahun menonjolkan tekanan terhadap industri akibat persaingan dan kos lebih tinggi.
- Walaupun jualan runcit produk bayi dan penjagaan ibu naik 7 peratus kepada S$117 juta, pakar berkata ibu bapa kini lebih memilih produk khusus dan premium.
- Hegen menaikkan harga, cuba mengekalkan pelanggan lebih lama, dan bergantung pada pasaran antarabangsa, dengan 28 pasaran sedia ada serta sasaran meningkat kepada 35.
Bagi jenama tempatan Hegen, yang berkembang dengan ketara sepanjang sebahagian besar dekad lalu, kesannya mula dirasai. Pengasas bersama dan ketua pegawai operasinya Leon Bock, berkata perniagaannya di Singapura mencatat kemerosotan yang "sangat kecil" sejak satu hingga satu setengah tahun lalu.
Cabaran yang dihadapi sektor itu mendapat lebih banyak perhatian selepas pengumuman baru-baru ini bahawa jenama tempatan Tollyjoy akan menghentikan operasinya selepas 55 tahun.
Menukil data daripada syarikat penyelidikan pasaran Euromonitor, Profesor Madya Lau Kong Cheen, ketua program pemasaran di Sekolah Perniagaan Nanyang, berkata nilai jualan runcit dalam industri produk bayi dan penjagaan ibu di Singapura meningkat 7 peratus pada 2025 kepada S$117 juta.
Jumlah bayi yang berkurangan mungkin bermakna kurang produk dijual tetapi tidak semestinya bermakna perbelanjaan turut berkurangan, katanya. Ibu bapa semakin memilih dengan lebih teliti, manakala produk khusus dan premium membolehkan syarikat meraih lebih banyak perbelanjaan daripada setiap pelanggan.
PANGKALAN PELANGGAN SEMAKIN MENGECIL
Singapura mencatatkan 29,864 kelahiran hidup pada 2025, turun 11.4 peratus daripada 33,703 pada tahun sebelumnya. Kadar kesuburan keseluruhan penduduk merosot ke paras terendah dalam sejarah, iaitu 0.87.
Jumlah kelahiran boleh terus merosot meskipun kadar kesuburan pulih sedikit, kerana semakin berkurangan wanita dalam usia melahirkan anak, kata Profesor Jean Yeung, pengarah sains kemasyarakatan di Institut Pembangunan dan Potensi Manusia A*STAR.
Bagi perniagaan, perubahan demografi itu bermakna persaingan yang lebih sengit bagi setiap pelanggan.
"Ketika kami bermula ... Singapura mempunyai sekitar 40,000 bayi pada tahun berkenaan tetapi hari ini jumlah tersebut kurang daripada 30,000," kata pengasas bersama dan ketua pegawai operasi Hegen, Leon Bock.
Kos menjalankan perniagaan juga meningkat. Hegen telah menaikkan harga dua kali sepanjang sejarah 11 tahunnya, setiap kali dalam lingkungan 10 peratus, kata Encik Bock, sambil menukil kos bahan mentah, pengangkutan dan minyak yang lebih tinggi.
MENGEKALKAN PELANGGAN BAGI TEMPOH LEBIH LAMA
Satu lagi pilihan ialah mengekalkan pelanggan sedia ada untuk tempoh lebih lama. Hegen perlu mendapatkan kumpulan pelanggan baharu setiap dua tahun kerana produk tradisionalnya sebahagian besarnya memenuhi keperluan kanak-kanak sejak lahir hingga sekitar usia dua tahun.
Sesetengah syarikat pula mengembangkan perniagaan di luar Singapura. Hegen kini berada di 28 pasaran dan merancang untuk mengembangkannya kepada 35.
MELANGKAUI SINGAPURA
"Singapura menyumbang sekitar 6 hingga 7 peratus daripada keseluruhan hasil kami, jadi agak sukar untuk mencapai skala yang kami ada hari ini jika hanya bergantung kepada pasaran Singapura," kata Encik Bock.
"Sejak hari pertama, kami tahu kami perlu bergantung kepada pasaran antarabangsa."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.