jelasBERITA: Bagaimana industri kitar semula global 'merencat' matlamat sifar sisa SG?
Anggaran Waktu Membaca:
Kandungan dalam tong biru untuk dikitar semula. (Gambar: CNA/Try Sutrisno Foo)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Pemerintah Singapura pada Rabu (17 Jun) mengumumkan semakan terhadap Pelan Induk Tanpa Sisa 2019 menyusuli penurunan kadar kitar semula di negara ini.
Ketika pertama kali dilancarkan, pelan induk tersebut menetapkan sasaran untuk meningkatkan kadar kitar semula secara keseluruhan di sini kepada 70 peratus menjelang 2030.
Bagaimanapun, sejak itu, kadar kitar semula keseluruhan merosot daripada 59 peratus pada 2019 kepada 52 peratus pada 2025 - dan kebanyakan perbincangan tertumpu kepada bagaimana kadar kitar semula isi rumah semakin menurun.
Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, menarik perhatian kepada peralihan "ketara" pada ekonomi kitar semula global sebagai faktor penurunan kadar keseluruhan tersebut.
Bercakap di satu acara, beliau menyatakan bahawa aktiviti kitar semula kini semakin sukar untuk dikekalkan dari segi komersial disebabkan oleh gangguan logistik, harga komoditi yang tidak menentu, dan sekatan import yang lebih ketat oleh negara luar.
Mengapakah usaha kitar semula di Singapura bergantung kepada keadaan pasaran dan pengangkutan kargo global? Mediacorp menemu bual beberapa pakar untuk mendapatkan penjelasan.
APAKAH YANG SEBABKAN PERALIHAN DALAM EKONOMI KITAR SEMULA GLOBAL?
Profesor Lawrence Loh, pengarah Pusat Tadbir Urus dan Kemampanan di Fakulti Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata industri kitar semula kini sedang berdepan "tamparan berganda".
Permintaan terhadap bahan kitar semula semakin melemah disebabkan oleh kos yang terlibat. Bahan yang boleh dikitar semula mesti dikumpul, diangkut, diasingkan, dan diproses sebelum ia boleh digunakan semula.
Peningkatan kos logistik, kargo, dan tenaga telah melonjakkan kos bagi aktiviti-aktiviti ini. Peningkatan kos tenaga pula berlaku ekoran konflik geopolitik, seperti ketegangan di Timur Tengah.
Profesor Loh juga menjelaskan bahawa kitar semula "bukan sekadar membeli botol", tetapi melibatkan keseluruhan rantaian bekalan termasuk penghantaran dan pemprosesan. Pada masa yang sama, kos untuk menghasilkan beberapa bahan baharu sudah menurun.
Teknologi untuk mengekstrak atau memproses bahan mentah bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Akibatnya, pengilang mendapati adalah lebih murah untuk menggunakan bahan baharu berbanding alternatif bahan kitar semula.
"Keadaan ekonomi tidak memihak untuk merangsang aktiviti kitar semula ini," jelas Profesor Loh. "Seseorang perlu mengambil kira kos tersebut, jadi anda perlu menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk menampung kos kargo dan kos bahan api anda."
"Persoalanya, adakah pembeli di luar negara sanggup membeli pada kos sedemikian? Ia mungkin tidak masuk akal dari segi ekonomi."
Kesannya, pembeli mungkin memilih untuk membeli barangan kos rendah yang diperbuat daripada bahan baharu berbanding alternatif kitar semula yang lebih mahal. Sementara itu, pasaran luar negara kini menjadi lebih memilih tentang bahan kitar semula yang sanggup mereka terima.
Profesor Adrian Kuah, profesor strategi dan kemampanan di Universiti James Cook, berkata negara-negara yang dahulunya menerima bahan kitar semula campuran atau bermutu rendah kini memperketatkan piawai pencemaran dan mengehadkan import bermutu rendah.
"Bahan kitar semula hanya mempunyai nilai jika ia bersih, diasingkan dengan baik, dan berguna dari segi ekonomi."
"Ekonomi kitar semula global telah beralih daripada prinsip 'hantar ke mana-mana tempat yang lebih murah dan berguna' kepada 'buktikan bahawa ia bersih, diasingkan, dan berguna dari segi ekonomi'," kata Profesor Kuah.
Tin aluminium yang bersih dan kadbod mungkin mempunyai nilai pasaran, manakala kertas campuran, pembungkusan makanan berminyak, bekas plastik yang tercemar, dan bahan kitar semula yang basah mungkin menjadi tidak bernilai atau mahal untuk diproses, tambahnya.
MENGAPA USAHA KITAR SEMULA SG RENTAN TERHADAP PERALIHAN INI?
Para pemerhati industri berkata Singapura amat terdedah kepada kesan ini kerana sebahagian besar sisa kitar semulanya diproses di luar negara.
Keluasan tanah Singapura yang terhad mengehadkan bilangan kemudahan kitar semula dan skala pemprosesan bahan kitar semula secara domestik. Ini bermakna banyak bahan terpaksa dieksport untuk dikitar semula.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, dalam jawapannya di parlimen mengenai perkadaran bahan kitar semula daripada tong biru yang dieksport, menyatakan bahawa sejak beberapa tahun lalu, kira-kira 90 peratus bahan kitar semula - merangkumi logam, kertas, kaca, dan plastik - telah dieksport, terutamanya ke negara-negara Asia yang lain.
Profesor Kuah berkata memandangkan banyak bahan kitar semula dieksport ke luar negara untuk diproses, Singapura tidak mempunyai kawalan penuh sama ada bahan yang dikumpul itu akhirnya berjaya dipulihkan atau tidak.
"Hasil kitar semula bergantung kepada permintaan luar negara, harga komoditi, kos penghantaran, peraturan import asing, dan kesediaan negara lain untuk menerima bahan dari Singapura."
Beliau menambah jika pembeli luar negara mengurangkan permintaan, memperketatkan piawaian, atau menawarkan harga yang lebih rendah, sesetengah bahan mungkin menjadi tidak berbaloi untuk dikitar semula dan sebaliknya mungkin akan dibakar.
"Ini amat berkait rapat dengan sisa isi rumah, di mana kadar kitar semula domestik kekal jauh lebih rendah berbanding kadar bukan domestik," katanya.
Cabaran Singapura bukan sekadar bergantung kepada eksport semata-mata, tetapi gabungan antara masalah pencemaran sisa, pengumpulan sisa campuran, dan permintaan yang lemah terhadap bahan kitar semula, kata Profesor Kuah.
Dengan latar belakang ini, Singapura tidak boleh sekadar fokus untuk menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula. Ini kerana usaha memastikan bahan kitar semula itu mempunyai mutu yang mencukupi adalah sama penting.
Pengarah Eksekutif Zero Waste SG, Lionel Dorai, bersetuju dengan pandangan tersebut. Pertubuhan bukan keuntungan dan bukan pemerintah itu kini menerajui usaha ke arah sifar sisa di Singapura melalui pendidikan dan advokasi.
Encik Dorai berkata: "Ramai orang menganggap jika sesuatu barang dikumpul untuk dikitar semula, ia akan dikitar semula secara automatik. Realitinya, bahan kitar semula memerlukan pembeli."
Memandangkan Singapura bergantung kepada pasaran luar negara untuk memproses bahan kitar semula, usaha mengurangkan pencemaran sisa dan meningkatkan mutu sisa yang dikumpul kini menjadi sama penting dengan usaha mengajak lebih ramai orang mengitar semula.
"Apa yang boleh membantu perkara ini ialah menghasilkan sisa kitar semula aliran bersih (clean stream) dari peringkat sumber melalui pengasingan sisa. Ini kerana semakin bersih bahan kitar semula tersebut, semakin tinggi margin keuntungan untuk pengusaha kitar semula."
ADAKAH ALIRAN SISA UTAMA KINI KURANG DAYA MAJU DARI SEGI EKONOMI?
Bukan semua bahan kitar semula menghadapi cabaran yang sama. Profesor Kuah berkata sisa logam, aluminium, dan beberapa jenis sisa elektronik kekal agak menarik kerana mempunyai nilai pulihan yang tinggi.
Cabaran lebih besar terletak pada bahan bernilai rendah, bercampur, atau tercemar - terutamanya plastik campuran, kertas gred rendah, dan kaca. Walaupun kaca secara teknikalnya boleh dikitar semula, saiznya yang besar, berat, dan mahal untuk diangkut menjadi penghalang. Tanpa permintaan yang mencukupi, kos pengangkutan dan pemprosesan boleh melebihi nilai bahan yang dikitar semula, kata Profesor Kuah. Kaca merupakan antara sisa yang paling kurang dikitar semula di Singapura, dengan kadar kitar semula hanya 10 peratus pada 2025.
Kertas gred rendah dan kadbod juga menjadi lebih rentan. "Dahulu, terdapat kilang kertas luar negara yang sanggup menerima kertas terpakai gred rendah," kata Profesor Kuah. "Bagaimanapun, harga kertas global boleh menjadi lemah, dan kertas yang basah atau tercemar dengan sisa makanan sering ditolak. Sebaik sahaja kertas bercampur dengan sisa makanan atau cecair, nilai pasarannya akan jatuh mendadak." Kertas dan kadbod mencatatkan kadar kitar semula sebanyak 31 peratus di Singapura pada 2025.
Plastik kekal sebagai antara sisa yang paling sukar dikitar semula. Ia mencatatkan kadar kitar semula hanya 4 peratus pada 2025 - kedua terendah antara aliran sisa di Singapura selepas tekstil.
Walaupun plastik yang lebih bersih seperti botol PET mempunyai pasaran, plastik campuran adalah lebih sukar untuk dikitar semula, kata Profesor Kuah. Plastik memerlukan proses pengasingan, pembersihan, dan pemisahan yang ekstensif, di mana kosnya mungkin melebihi nilai jualan semula.
Encik Dorai daripada Zero Waste SG berkata: "Hakikatnya, penyelesaian yang paling mampan adalah dengan mengurangkan penghasilan sisa terlebih dahulu dan menggunakan semula produk selama mungkin. Langkah-langkah tersebut kurang bergantung kepada pasaran kitar semula global."
"Data sedia ada menyokong perkara ini secara positif, kerana kita dapat melihat penurunan pada jumlah sisa yang dihasilkan. Ini menunjukkan bahawa penduduk mungkin sudah mengurangkan penggunaan sisa atau lebih banyak menggunakan semula barangan mereka."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.