Skip to main content

Singapura

jelasBERITA: Bagaimana Decathlon kekalkan harga rendah? Bolehkah basikal dibaiki di sana?

Anggaran Waktu Membaca:
 jelasBERITA: Bagaimana Decathlon kekalkan harga rendah? Bolehkah basikal dibaiki di sana?

Gambar: Decathlon)

Diterbitkan : 18 Mar 2024 11:28PM
SINGAPURA: Cawangan peralatan sukan Perancis kegemaran ramai Decathlon bakal menjalani pembaharuan.

Ini termasuk adanya bilik pameran, paparan interaktif dan juga logo baharu.

Jenama keluaran syarikat itu sendiri juga diperluaskan kepada sembilan kategori sukan dan empat jenama "pakar" - bermakna tidak kira apa jua tahap kesukanan anda, pastinya ada sesuatu yang dapat ditawarkan untuk anda.

Lebih menarik lagi, ada juga program Beli Balik ataupun 'Buy Back' yang membolehkan anda menjual semula basikal Decathlon anda menerusi kerjasama dengan Carousell.

Dengan perkembangan baharu di Decathlon untuk menjadikan gaya hidup aktif lebih mudah diakses, ayuh ketahui lebih lanjut mengenai Decathlon.
Related article image
Gambar: Decathlon
BAGAIMANA DECATHLON DAPAT JUAL PRODUK PADA HARGA BERPATUTAN?

Antara produk paling murah yang banyak dijual termasuk gogel renang pada S$2.90.

Ini semenangnya bukanlah untuk yang mahir, tetapi harganya berpatutan bagi mereka untuk bermain secara suka-suka.

Namun bagaimana dapat mereka jual pada harga yang rendah?

Secara ringkasnya, mereka cuba menjadikan semuanya keluaran syarikat itu sendiri dan mengelakkan orang tengah dalam proses penjualan sebanyak mungkin.

Bungkusan yang tidak perlu juga dielakkan dan dasar tanpa tunai juga dilaksanakan bagi mengurangkan jejak mereka, jelas ketua komersil Singapura Cynthia Lau.
Related article image
Gambar: Decathlon
BASIKAL KELUARAN DECATHLON SEPERTINYA POPULAR. TETAPI ADAKAH HARGA BOLEH DIMAMPUI BERMAKNA KAMI TIDAK BOLEH TEMUI MODEL "PRO"?

Ia juga menawarkan model perlumbaan profesional seperti koleksi Van Rysel RCR. Malah, Van Rysel menyediakan pasukan basikal Perancis AG2R La Mondiale dengan basikal dan peralatan berkaitan yang lain.

"Mereka bersaing dengan produk kami pada peringkat elit dan kami memperoleh pandangan dan maklum balas yang berguna daripada atlit profesional ini, yang membolehkan kami terus memperbaiki barangan kami untuk pelanggan kami melalui proses R&D kami," kata Cik Lau.
Related article image
Gambar: Khoo Bee Khim
BOLEHKAH KAMI BAWA BASIKAL KAMI UNTUK DISENGGARA DAN DIBAIKI?

Hanya jika ia basikal Decathlon. "Orang ramai membawa basikal mereka untuk diperiksa bagi pelbagai isu," kata Noel Dinesh, ketua pembaikan bandar.

"Yang paling biasa ialah tiub tayar yang pancit; 60 hingga 70 peratus daripada apa yang kita lakukan adalah perubahan pada tiub."

Malah, Decathlon mengenakan bayaran S$8.40 bagi setiap tiub baharu dan S$7 bagi khidmat untuk mengubahnya.

Khidmat kedua paling dicari ialah khidmat menyenggara basikal, jelas Dinesh. Bayaran dikenakan antara S$40 bagi pemeriksaan asas (brek, stereng) hingga S$120 bagi penyesuaian penuh, tidak termasuk khidmat fork dan penyesuaian semula roda.

KAMI DENGAR DECATHLON BELI SEMULA BASIKAL TERPAKAI. BAGAIMANA PROSESNYA?

Program 'Buy Back' itu dilancarkan pada tahun ini untuk membolehkan ahli Decathlon mendapatkan baucar beli-belah dengan menukarnya dengan basikal Decathlon terpakai mereka.Sudah tentu, nilai baucar bergantung pada jenis dan keadaan basikal selepas diperiksa oleh kakitangan, yang boleh dilakukan di mana-mana cawangannya. Anda hanya perlu mengisi borang online dan membuat janji temu sebelum membawa basikal ke cawangan tersebut.

BOLEHKAH KAMI MAIN DENGAN PERALATAN SUKAN DI KEDAI?

Decathlon sebenarnya menggalakkan anda untuk cuba peralatan sukan sebelum membelinya - selagi mana anda melakukan demikian dalam zon ujian yang diperuntukkan dan dengan produk ujian yang ditetapkan.
Related article image
Gambar: Decathlon
PUNYA RANCANGAN UNTUK PERLUASKAN PERNIAGAAN, MUNGKIN, DALAM BIDANG F&B?

Selain produk seperti bar tenaga, gel tenaga, serbuk protein dan makanan tambahan, terdapat juga Simply Wrapps di cawangan Kallang yang menjual jus dan kopi serta 'wraps', salad, 'quesadillas' dan 'burritos', yang dijamin halal. Majlis hari jadi kanak-kanak bahkan, pernah diadakan di sana.
Related article image
Gambar: Decathlon
Namun, ia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menubuhkan satu lagi cawangan Simply Wrapps buat masa ini.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita