jelasBERITA: Apakah yang boleh dijangkakan pemandu SG apabila VEP bermula 1 Okt?
Pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) Malaysia untuk kereta Singapura dikuatkuasakan pada Selasa (1 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA/JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) Malaysia untuk kereta Singapura bermula pada Selasa (1 Okt).
Inilah yang boleh dijangkakan oleh pemandu Singapura apabila mereka masuk Malaysia:
Kenderaan tanpa VEP masih boleh memasuki Malaysia
Kerajaan Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa VEP akan dikuatkuasakan pada 1 Okt, dan para pemandu yang gagal memasang VEP boleh didenda sehingga RM2,000 atau hukuman penjara sehingga enam bulan.
Tetapi pada 27 Sep, Malaysia mengumumkan bahawa kenderaan berdaftar luar negara yang masih belum memasang tag VEP masih dibenarkan memasuki negara itu.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyatakan bahawa penguatkuasaan akan "dilaksanakan secara berperingkat" dan pemandu tanpa VEP akan diberikan peringatan di sempadan darat untuk mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag pengenalan frekuensi radio (RFID) mereka.

JPJ menambah bahawa pemandu akan menerima notis amaran sebelum mereka meninggalkan Malaysia jika mereka masih belum memasang VEP.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyentuh jika pemandu yang sudah diberikan notis amaran boleh memasuki semula Johor tanpa VEP.
Malaysia juga belum mengesahkan bila pihaknya akhirnya akan menguatkuasakan sepenuhnya keperluan VEP, jadi pemandu yang belum menyelesaikan proses itu disarankan supaya berbuat demikian secepat mungkin.
Mereka yang mempunyai VEP boleh membayar tol menggunakan tag RFID
Pemandu yang telah menyelesaikan proses permohonan VEP boleh memeriksa sama ada tag RFID mereka sudah diaktifkan.
Ini boleh disahkan melalui akaun e-dompet TouchNGo, di bawah pilihan "VEP JPJ" atau "RFID" dalam 'tab' pengangkutan akaun mereka dalam aplikasi tersebut.
Sebaik sahaja ia diaktifkan dan e-dompet telah ditambah nilai, pemandu boleh membayar caj jalan raya dan tol melalui tag RFID mereka di lorong RFID di pondok tol dan bukan lagi menggunakan kad fizikal TouchNGo mereka.

Sensor RFID di pondok tol akan mengesan tag dan secara automatik menolak jumlah yang diperlukan, dan pintu penghadang kemudian akan dibuka.
Adakah VEP akan digunakan untuk memeriksa jika pemandu sudah membayar denda trafik?
Sistem VEP juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengesan kereta berdaftar di luar negara yang tidak membayar denda bagi kesalahan trafik.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ogos, JPJ menyatakan walaupun tiada tindakan diambil setakat ini, pemandu Singapura yang mempunyai denda trafik tertunggak di Malaysia akan menghadapi tindakan penguatkuasaan mulai 1 Jan 2025.
Mulai tahun depan, pemandu dengan denda yang tidak dilunaskan mungkin tidak dibenarkan memasuki Malaysia dan bagi kes-kes ekstrem, kenderaan mereka mungkin disita oleh pihak berkuasa Malaysia.
Bagaimana untuk memohon VEP?
Bagi pemandu Singapura yang belum memohon VEP dan ingin memasuki Malaysia, mereka boleh mendaftar akaun di laman web rasmi: vep.jpj.gov.my.
Pemilik semua kategori kereta – termasuk kereta privet dan komersial – dikehendaki mendaftar untuk VEP sebelum memasuki Malaysia. Kenderaan kedutaan dan kenderaan kerajaan juga perlu mendaftar.
Setelah akaun disahkan, pemohon boleh log masuk ke portal untuk memuat naik kad log kenderaan atau mengisi maklumat secara manual, termasuk model kenderaan, sijil COE dan nombor casis.
Kad log kenderaan boleh diambil daripada laman web OneMotoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Seorang wakil boleh memohon VEP bagi pihak pemandu.
Pemandu boleh memilih untuk menerima tag RFID melalui pos tetapi ramai yang memilih untuk memasangnya di pusat yang diluluskan dan ini menyebabkan ramai beratur panjang.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan VEP?
Semua pemohon VEP perlu menyediakan kad pengenalan, pasport, cukai jalan kenderaan, insurans, model kereta dan butiran COE.
Setelah permohonan diluluskan, apakah yang boleh dilakukan oleh pemandu?
Setelah permohonan diluluskan, pemandu akan menerima pemberitahuan melalui emel untuk memilih kaedah bagi mendapatkan tag RFID VEP – sama ada dihantar melalui pos ke alamat anda, atau diambil sendiri di salah satu daripada empat pusat pengambilan VEP.
Tag RFID boleh ditampal sama ada pada sudut kiri atas cermin depan atau lampu depan kiri kereta.

Setelah ditampal, pemandu hendaklah mengambil foto tag dengan nombor pendaftaran kereta mereka dan memuat naik foto tersebut ke portal VEP.
Bolehkah pemandu mendapatkan bantuan di pusat VEP?
Terdapat empat pusat VEP secara keseluruhannya - tiga di Johor Bahru manakala satu lagi di Woodlands.
Keempat-empat pusat itu membantu pemandu dengan pemasangan tag RFID tetapi ini dilakukan melalui janji temu sahaja.
Dua pusat - di Danga Bay di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura - membenarkan pemandu membuat pertanyaan.
Pegawai di kedua-dua pusat ini telah memberitahu Mediacorp sebelum ini bahawa mereka terkejut dengan jumlah pelawat yang besar setiap hari. Pemandu di Danga Bay dibenarkan membuat pertanyaan secara 'walk-in' tetapi di Woodlands, pemandu dikehendaki membuat janji temu untuk mengemukakan pertanyaan.

Dua lagi pusat baharu - satu di Taman Daya dan satu lagi di Larkin - mula beroperasi pada 23 Sep.
Kompleks yang diuruskan oleh pegawai JPJ, meningkatkan kapasiti Malaysia untuk memproses pemasangan tag RFID sebanyak lima kali kepada sekitar 1,500 sehari.

Mengapakah VEP dilaksanakan sekarang?
VEP pertama kali diumumkan pada 2017.
Pihak berkuasa Malaysia kemudian berkata bahawa tujuan VEP adalah untuk menangani sindiket mencuri kereta dan pengklonan, dan menghalang kenderaan daripada meninggalkan negara itu tanpa membayar denda bagi kesalahan lalu lintas.
Penguatkuasaan penuh pada mulanya ditetapkan untuk 2019 tetapi ia ditangguhkan beberapa kali disebabkan oleh isu teknikal dengan portal dan pelaksanaan yang lemah di pusat pemeriksaan tanah semasa projek perintis yang mengakibatkan kesesakan.

Pada Mei lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke mengumumkan bahawa semua kenderaan berdaftar di luar negara yang memasuki negara itu melalui darat dari Singapura akan diwajibkan menggunakan VEP mulai 1 Okt.
Pada bulan Jun, Encik Loke mengulangi bahawa tidak akan ada pusingan-u pada tarikh akhir dan Malaysia tetap akan menguatkuasakan VEP.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.