jelasBERITA: Apakah cabaran dihadapi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan di SG?
Perjalanan untuk menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah bagi Cik Rafidah Jalil dan suaminya, Encik Mimrah Mahmood.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perjalanan untuk menjadi ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah bagi Cik Rafidah Jalil dan suaminya, Encik Mimrah Mahmood.
Beberapa tahun lalu, pasangan itu menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka masih belum menimang cahaya mata selepas mencuba selama enam bulan. Pemeriksaan dengan doktor kesuburan mendorong mereka untuk memulakan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Membesar di Singapura - biasanya jika anda berusaha sebanyak X, anda akan mendapat hasil. Tetapi dengan IVF, anda tiba-tiba sedar: ‘Baiklah, tidak kira apa yang anda lakukan, hasilnya tidak terjamin’,” kata Cik Rafidah, seorang pencipta kandungan.
Pasangan itu begitu gembira apabila mereka berjaya mendapatkan cahaya mata dalam kitaran IVF pertama.
Mereka memutuskan untuk mencuba lagi apabila anak lelaki mereka mencecah usia sekitar dua tahun, namun Cik Rafidah mengalami keguguran. Pasangan itu juga perlu mengimbangi kerja dengan menjaga anak kecil di rumah.
Mereka menghadapi cabaran tersebut dengan tabah dan akhirnya dikurniakan sepasang kembar pada 2021, juga melalui IVF.
Kini, ibu bapa seperti mereka menyeru agar kesedaran dipertingkatkan, dengan pemeriksaan kesihatan dilakukan lebih awal dan perbincangan lebih terbuka diadakan berkaitan cabaran kesuburan.
SALAH FAHAM, JURANG KESEDARAN
Walaupun cabaran kesuburan menjadi semakin lazim di Singapura, para pakar berkata kesedaran perubatan dan sokongan sosial masih jauh ketinggalan.
Sekitar satu daripada enam pasangan di Singapura berdepan masalah kesuburan, dengan puncanya dibahagikan secara sama rata antara lelaki dan wanita, menurut data 2023 daripada Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS).
Seperti ramai yang menjalani rawatan reproduktif dibantu, Cik Rafidah, 40 tahun, dan Encik Mimrah, 43 tahun, mendapati proses tersebut sukar untuk dilalui.
“Tidak cukup pendidikan di sekolah atau universiti yang membantu orang ramai memahami proses untuk mendapatkan anak dan manfaatnya. Juga, apakah proses untuk sampai ke tahap untuk mendapatkan anak?” kata Encik Mimrah, yang bekerja dalam bidang digital.
“Terdapat sangat sedikit maklumat mengenai pelbagai prosedur yang tersedia.”
Salah faham juga kekal sebagai rintangan utama.
Satu tanggapan yang lazim ialah ketidaksuburan merupakan masalah yang dihadapi terutamanya oleh kaum wanita, namun doktor menegaskan faktor itu juga sama penting dalam kalangan lelaki.
“Pengetahuan sangat penting … (Pasangan) boleh memperkasakan diri (mereka) untuk merancang perjalanan kesuburan mereka, sama ada mahu bermula dengan segera, enam bulan kemudian, setahun kemudian, atau mungkin mereka berkata: ‘Baiklah, kita perlu menabung untuk mendapatkan rawatan’,” kata Dr Cathryn Chan, pakar IVF di Astra Women’s Specialists.
BAGAIMANA RAWATAN KESUBURAN BERFUNGSI
Pasangan yang mendapatkan bantuan bagi masalah kesuburan lazimnya akan menjalani beberapa siri ujian untuk menentukan punca sebenar.
Rawatan boleh merangkumi langkah-langkah mudah seperti menentukan masa yang sesuai untuk hubungan intim bagi meningkatkan peluang kehamilan, hingga kepada prosedur yang lebih kompleks.
Para pesakit yang mempunyai penyakit serius mungkin perlu menjalani rawatan reproduktif yang dibantu, kata Dr Cathryn Chan, yang juga merupakan seorang pakar obstetrik dan ginekologi.
Antara teknologi reproduktif dibantu yang lazim ialah IVF serta inseminasi intrauterin atau inseminasi buatan.
IVF, iaitu proses persenyawaan sperma di makmal, biasanya disyorkan bagi pasangan berusia lebih lanjut atau mereka yang telah mencuba pilihan lain tanpa mendatangkan hasil.
BERAPA KOS IVF
Kos kewangan kekal sebagai rintangan utama, khususnya bagi mereka yang mendapatkan rawatan di klinik swasta untuk proses yang lebih cepat.
Pasangan warga Singapura boleh menerima pembiayaan bersama sehingga 75 peratus bagi maksimum enam kitaran rawatan reproduktif dibantu di hospital pemerintah, dengan wanita lazimnya perlu berusia bawah 40 tahun untuk melayakkan diri.
Namun, perbelanjaan masih boleh meningkat - satu kitaran IVF boleh menelan belanja antara S$15,000 hingga S$18,000 sebelum subsidi. Jumlah pembiayaan bersama berbeza bergantung kepada kerakyatan pasangan.
“Dari segi kewangan, jika anda memilih laluan swasta, saya rasa subsidi maksimum sebenarnya agak terhad. Dan subsidi yang dimaksudkan hanyalah sebahagian (yang) ditolak daripada MediSave, yang sebenarnya merupakan wang kita sendiri,” kata Cik Jacelyn Phang, ibu kepada seorang anak yang menjalani IVF.
Kos tinggi bagi rawatan di klinik swasta boleh menambah beban emosi yang sedia ada, tambah beliau.
“Akhirnya, tiada subsidi jika anda memilih laluan swasta, dan bagi perjalanan ini, tiada jaminan kejayaan,” kata beliau, sambil mencadangkan pasangan agar mempunyai simpanan yang mencukupi sebelum memutuskan untuk menjalani IVF.
Cik Phang, yang menjalankan perniagaannya sendiri, turut menyatakan bahawa pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak kedua lazimnya mempunyai baki subsidi yang lebih sedikit dan mungkin memerlukan lebih banyak sokongan.
Bagi wanita berusia 36 tahun itu, tekanan masa memburukkan lagi kesukaran yang sudah dialami.
“Tidak ramai orang berkongsi pengalaman mereka secara online, jadi anda perlu melaluinya untuk memahami prosedurnya. Kadangkala, anda juga tidak mempunyai banyak masa untuk membuat keputusan kerana usia kita semakin meningkat,” kata beliau.
“Jadi, saya merasakan 35 tahun adalah had umur bagi saya (dan) saya rasa saya benar-benar perlu memberikan tumpuan sepenuhnya, kerana pada ketika itu tahap kesuburan juga mula menurun. Ketika itulah saya terpaksa berhenti kerja, untuk memberi tumpuan kepada perjalanan ini.”
KESAN EMOSI, PSIKOLOGI
Selain beban kewangan, para pakar berkata kesan emosi dan psikologi akibat ketidaksuburan sering dipandang ringan.
“Saya rasa kebanyakan pasangan tidak mengetahui kos sebenar — trauma psikologi dan tekanan emosi yang perlu mereka lalui,” kata Dr Chan.
“Mereka hanya datang dan berkata, ‘Saya akan lakukan IVF’, tetapi mereka juga perlu bersikap realistik bahawa tidak semua kes akan berjaya mencapai kehamilan, dan ia bergantung kepada masalah perubatan yang dihadapi”
Ahli psikologi klinikal Annabelle Chow turut berkata, wanita boleh mengalami “perasaan yang sangat ketara” selepas menjalani beberapa pusingan suntikan IVF.
“Sudah tentu, lelaki juga boleh mengalaminya dan biasanya memang begitu. Namun malangnya, kadangkala lelaki berkata, ‘Saya tidak boleh merasai perasaan ini, bukan? Saya perlu menyokong isteri.’ Tetapi perasaan itu akhirnya dipendam. Jadi, pasangan yang berjaya biasanya memberi ruang kepada satu sama lain,” tambah Dr Chow, yang mengendalikan Annabelle Psychology.
Beliau memberi amaran bahawa tanpa sokongan yang mencukupi, hubungan boleh terjejas.
“Ia boleh membantu jika sokongan emosi dan kesihatan mental diintegrasikan dalam perjalanan ketidaksuburan, dan bukan dianggap sebagai pilihan tambahan atau peringkat seterusnya,” kata beliau.
“Ini bermakna kesihatan mental wanita perlu diambil kira dan diintegrasikan dalam dasar berkaitan ketidaksuburan.”
Pasangan yang menjalani rawatan reproduktif dibantu seharusnya ditawarkan pemeriksaan dan saringan kesihatan mental secara rutin - bukan sekadar berkaitan proses dan perjalanan, tetapi juga untuk memahami bagaimana mereka berfungsi sebagai pasangan, kata Dr Chow.
Beliau menambah bahawa perkara tersebut memerlukan perubahan sistem yang lebih luas, dengan syarikat insurans dan penyedia penjagaan kesihatan turut memainkan peranan.
MEMBOLEHKANPERBINCANGAN DIADAKAN
Satu lagi cabaran ialah kekurangan perbincangan terbuka mengenai ketidaksuburan, kata seorang lagi ibu.
“Di Singapura, semua orang bekerja bagi tempoh yang panjang. Jika kita mempunyai masa untuk duduk berbincang dengan seseorang yang pernah melaluinya, itu amat membantu,” kata Cik Nur Thohirah Hassan, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun hasil IVF.
“Jika ketika itu saya mempunyai seseorang dalam situasi yang sama, yang (telah) melalui semua penyelidikan itu, ia pasti sangat membantu - seseorang untuk membimbing saya sepanjang proses. Bukan untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan, tetapi membimbing dan menunjukkan saya pilihan yang ada,” tambah wanita berusia 39 tahun itu.
“Saya mendapati perbincangan seperti itu tidak begitu lazim. Jika ada pun, ia hampir tidak pernah diketahui,” kata beliau.
Para pakar dan ibu bapa berkata menghapuskan salah tanggapan tersebut boleh membantu lebih ramai pasangan untuk mendapatkan bantuan lebih awal, berkongsi pengetahuan dan pada akhirnya meningkatkan hasil rawatan.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.