jelasBERITA: Apakah antara sokongan SPF kepada Sarjan Uvaraja Gopal berhubung isu kesihatan, keluarganya?
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam menyampaikan kenyataan kementeriannya di Parlimen pada 6 Feb 2024.
SINGAPURA: Sarjan polis Uvaraja Gopal telah dibelenggu dengan masalah kesihatan dan keluarga ketika dia mengambil nyawanya sendiri dan semasa tempoh sepanjang kerjayanya sebagai seorang anggota polis.
Dan pihak polis kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, sudahpun "melakukan sebanyak mungkin" untuk menawarkannya sokongan.
Sokongan sedemikian termasuk pemberian cuti bagi Uvaraja, yang berjumlah 120 hari cuti perubatan dan cuti tanpa gaji secara purata setiap tahun sepanjang khidmatnya selama sembilan tahun.
Encik Shanmugam berkata demikian semasa menyampaikan kenyataan menteri di Parlimen pada Selasa (6 Feb), di mana beliau membentangkan dapatan siasatan dalaman polis terhadap tuduhan yang dibuat Uvaraja terhadap Pasukan Polis Singapura (SPF) sebelum kematiannya pada Julai lalu.
Pada Selasa, Encik Shanmugam berkata semakan polis itu mendapati bahawa beberapa dakwaan tersebut tidak benar. Bagi dakwaannya yang benar, tindakan sudahpun diambil apabila Uvaraja membuat aduan tersebut dan dia juga telah dimaklumkan mengenai langkah yang diambil.
Encik Shanmugam menambah bahawa penemuan polis telah diteliti AGC, yang menentukan bahawa tiada tindakan lanjut diperlukan.

MASALAH KESIHATAN, KELUARGA YANG DIHADAPI UVARAJA
Encik Shanmugam berkata isu pertama adalah kesihatannya, di mana sepanjang kerjayanya sebagai seorang pegawai polis, Uvaraja sering memohon cuti perubatan.
Dia juga menunjukkan gejala kegelisahan dan kemurungan, dan juga kelihatan mempunyai "hubungan tegang" dengan isteri dan keluarganya, jelas Encik Shanmugam.
"Kami perlu menyatakan sesuatu mengenai fakta-fakta itu, kerana para Anggota Parlimen memerlukan pemahaman mengenai situasi yang dihadapinya ketika dia membunuh diri; dan tekanan yang dialaminya," jelas beliau.
Encik Shanmugam juga menambah bahawa Uvaraja sedang di bawah tiga siasatan jenayah dan disiplin yang masih dijalankan pada masa dia membunuh diri.
SOKONGAN OLEH SPF
Encik Shanmugam berkata bahawa pihak polis menawarkan sokongan kepada Uvaraja dengan membenarkan beliau mengambil jumlah cuti yang banyak sepanjang khidmatnya selama sembilan tahun.
Dari 2014 hingga 2023, Uvaraja mengambil purata 120 hari cuti setiap tahun. Dalam beberapa tahun, apabila dia menghabiskan cuti yang diperuntukkan kepadanya, dia memohon cuti tanpa gaji, yang diluluskan SPF.
"Ini menjangkaui jumlah cuti yang biasa diperuntukkan kepadanya, dan lebih banyak daripada yang biasanya diperolehi seorang pegawai," jelas Encik Shanmugam.
Encik Shanmugam juga menunjukkan kepada para Anggota Parlimen senarai carta cuti yang diambil Uvaraja selama beberapa tahun.
Sejak 2015, Uvaraja mengambil lebih daripada 50 hari cuti perubatan sepanjang lima tahun, dan pada 2015, 2016 dan 2022, dia mengambil lebih daripada seratus hari cuti tanpa gaji.
Sejak 2016, pegawai atasan Uvaraja juga mengaturkan bantuan kaunseling dan psikologi baginya.
Pada Januari 2023, apabila Uvaraja melaporkan bahawa dia mengalami tekanan kerja, seorang kaunselor para dirujukkan kepadanya.
Pada bulan seterusnya, beliau ditangani oleh seorang kaunselor para dan kemudian seorang ahli psikologi dari Jabatan Perkhidmatan Psikologi Polis. Ini selepas dia menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan yang tidak stabil apabila melaporkan dirinya ke unit baharu, menyusuli permintaannya untuk dipindahkan.
Uvaraja juga menerima bimbingan dan latihan di tempat kerja, setelah pegawai atasannya menilai prestasinya di bawah kadar purata, jelas Encik Shanmugam.
Bekas rakan sekerja Uvaraja malah, juga cuba membantunya.
"Seorang pegawai yang yang telah bekerja dengan Uvaraja berkongsi bahawa dia telah menggalakkan mendiang untuk memulakan kehidupan baharu apabila dia diberi jawatan baharu, walaupun dia tidak berpuas hati pada masa lalu. Tetapi dia kecewa apabila mendiang kerap tidak hadir bekerja,” katanya.
Pegawai-pegawai itu yang mengetahui situasinya "rasa sedih yang dia telah mengambil nyawanya sendiri", jelas Encik Shanmugam.
"Namun mereka juga kecewa dengan dakwaan serta tuduhan tidak benar yang dibuatnya terhadap pasukan polis itu.
"Terdapat juga rasa mendalam di kalangan kebanyakan pegawai yang membantunya meskipun banyak yang telah dilakukan oleh mereka untuknya secara individu dan oleh SPF sebagai sebuah organisasi, kerana SPF telah melakukan sebanyak mungkin untuk menampung keperluannya, termasuk cuti dan keperluan perubatan," tambah Encik Shanmugam.
“Walaupun begitu, dia nampaknya telah menimbulkan banyak isu kepada rakan sekerjanya dan SPF. Dan terdapat rasa amat sedih ia berlaku."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.