Skip to main content

Singapura

jelasBERITA: Apa yang anda perlu tahu tentang GEP yang diperbaharui?

Anggaran Waktu Membaca:
jelasBERITA: Apa yang anda perlu tahu tentang GEP yang diperbaharui?

Para pelajar sebuah sekolah rendah di Singapura. (Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)

SINGAPURA: Program Pendidikan Bijak (GEP) di sekolah rendah akan diperbaharui, dengan program berkebolehan tinggi yang akan ditawarkan kepada lebih ramai pelajar di semua sekolah.

Menteri Pendidikan (MOE) menyatakan pada Isnin (19 Ogos) bahawa 10 peratus pelajar akan meraih manfaat daripada program sekolah buat pelajar yang berkebolehan tinggi.

Setakat ini, sekitar 7 peratus kohort adalah sebahagian daripada program sekolah ini, dan lagi 1 peratus daripada kohort pula dipilih bagi GEP.

Berikut apa yang anda perlu tahu mengenai perubahan itu.

BAGAIMANA BENTUK PROGRAM BAHARU ITU?

Kesemua sekolah rendah kini akan ada program untuk membangunkan pelajar berkebolehan tinggi dengan kekuatan dan minat yang khusus dalam mata pelajaran seperti bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

MOE mula memperkenalkannya kepada pelajar sekolah rendah pada 2007.

Sebagai sebahagian daripada perubahan menyeluruh itu, program sekolah akan diperluaskan kepada lebih ramai pelajar, sekitar 10 peratus kohort, atau 3,000 pelajar.

Selain program sekolah, pelajar yang meraih manfaat daripada pembangunan tambahan mungkin dipilih untuk menghadiri modul selepas sekolah di sekolah-sekolah berhampiran yang tertentu.

Modul ini berlainan daripada kurikulum pendidikan di sekolah, yang direka untuk "memupuk sikap ingin tahu dan rasa cinta kepada pembelajaran", menurut Kementerian Pendidikan pada Isnin (19 Ogos).

APA PERBEZAAN ANTARA PROGRAM SEKOLAH DAN MODUL SELEPAS SEKOLAH?

Bagi menggambarkan perbezaan antara program sekolah dengan modul selepas sekolah, seorang pelajar yang menyertai program sekolah bagi sains akan memahami satu-satu fenomena dan mencari huraian yang mungkin boleh digunakan melalui kerjasama berkumpulan.

Sebagai contoh, mereka mungkin menemui "law of cooling" oleh Newton semasa mereka meneroka cara terbaik untuk menyejukkan teh panas,sekali gus menimbulkan rasa ingin tahu dan mengajar mereka cara menyiasat sendiri.

Sementara itu, pelajar yang mengikuti modul sains selepas sekolah boleh mengetahui lebih lanjut tentang sains dan teknologi di sebalik makanan di pinggan mereka, menyelidik amalan pemakanan mampan dan mencadangkan huraian.

Buat masa ini, MOE merancang untuk pelajar menghadiri modul selepas sekolah ini sekitar sekali dalam seminggu, memandangkan pelajar juga mungkin mempunyai komitmen bagi aktiviti kokurikulum atau program lain.

Sesetengah pelajar yang dipilih untuk mengikuti modul selepas sekolah bagi lebih daripada satu mata pelajaran boleh menghadiri lebih daripada sekali dalam seminggu, atau mengambil modul berbeza bagi mata pelajaran berbeza dalam semester berbeza, menurut Kementerian Pendidikan.

MOE sedang mengkaji pilihan pengangkutan untuk pelajar yang mengikuti modul selepas sekolah dan akan memberikan butiran lanjut tidak lama lagi.

BAGAIMANA PELAJAR DIPILIH UNTUK IKUTI PROGRAM BAHARU?

Buat masa ini, pelajar dipilih bagi program GEP menerusi latihan dua peringkat di Darjah 3, dan mereka yang dipilih dipelawa memasuki satu daripada sembilan sekolah rendah GEP mulai Darjah 4.

Kali terakhir latihan ini akan dijalankan adalah bagi pelajar Darjah 3 pada 2025, dan kumpulan terakhir pelajar Darjah 4 yang akan diambil adalah pada tahun 2026, menurut MOE.

Di bawah sistem baharu, peringkat pertama dalam ujian pemilihan standard GEP, yang menguji kebolehan bahasa Inggeris dan Matematik, semasa Darjah 3 akan diteruskan. Peringkat kedua, yang turut melibatkan ujian bahasa Inggeris dan Matematik serta kertas keupayaan am, akan dihentikan.

Ini bukan merupakan satu-satunya waktu pelajar boleh dikenal pasti untuk menyertai program sekolah. Mereka boleh dipilih buat program sekolah dan modul selepas sekolah pada beberapa waktu dari Darjah 4 hingga Darjah 6, menurut MOE.

Sekolah juga boleh mengenal pasti pelajar yang sesuai bagi program berkenaan berdasarkan pemantauan harian, cadangan guru dan tugasan mereka, menurut MOE, sambil menambah bahawa "tiada penilaian tertentu" bagi proses pemilihan sebegini.

"Langkah terbaharu ini akan memberikan maklumat yang lebih holistik dan menyeluruh mengenai kebolehan dan potensi pelajar sepanjang tempoh."

Dalam beberapa tahun lalu, MOE memerhatikan bahawa pelajar mengalami lebih banyak tekanan menerusi latihan pemilihan GEP, dengan lebih ramai pelajar menyertai kelas privet untuk mempersiapkan diri, menurut menteri.

Langkah terbaru ini akan mengurangkan fokus kepada latihan pemilihan, menurut MOE.

Seperti GEP, ibu bapa serta pelajar boleh memilih untuk tidak mengertai program itu.

BILA PROGRAM INI DIMULAKAN?

GEP sedia ada akan dihentikan mulai kohort Darjah 1 2024. Ini bermakna pelajar Darjah 3 pada 2026 dan Darjah 4 pada 2027 akan menjadi kumpulan pelajar pertama di bawah bentuk program baru.

Kumpulan pelajar terakhir di bawah program GEP sedia ada akan menjalani dua ujian pemilihan apabila mereka berada di dalam Darjah 3 pada 2025 dan memasuki Darjah 4 pada 2026.

Sembilan sekolah rendah yang menawarkan GEP pada masa ini: Sekolah Anglo-Chinese (Sekolah Rendah), Sekolah Tinggi Catholic(Sekolah Rendah), Sekolah Rendah Henry Park, Sekolah Rendah Nan Hua, Sekolah Rendah Nanyang, Sekolah Rendah Perempuan Raffles, Sekolah Rosyth, Sekolah Rendah St Hilda’s dan Sekolah Tao Nan.

MENGAPA PROGRAM PERLU DIUBAH?

Model baharu itu juga akan menyediakan lebih banyak penyesuaian untuk pelajar yang mungkin berbakat dalam satu atau dua bidang tertentu, dan bukannya menawarkan kurikulum GEP "menyeluruh" dalam semua bidang, kata MOE.

Contohnya, Pelajar A yang mahir dalam Bahasa Inggeris dan lemah dalam Matematik boleh menyertai program berkebolehan tinggi untuk Bahasa Inggeris di sekolah mereka selepas berjaya dalam ujian pemilihan yang mereka ambil di Darjah 3.

Apabila bakat mereka semakin terserlah, mereka kemudiannya boleh dikenal pasti untuk menghadiri modul selepas sekolah untuk Bahasa Inggeris pada Darjah 5.

Pelajar B, yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Matematik boleh menyertai program berkebolehan tinggi sekolah dan modul selepas sekolah untuk kedua-dua mata pelajaran.

Manakala Pelajar C, yang mahir dalam Matematik tetapi lemah dalam Bahasa Inggeris boleh menyertai program berkebolehan tinggi sekolah dan modul selepas sekolah untuk Matematik sahaja.

Di bawah GEP sedia ada, di mana pelajar perlu menunjukkan prestasi baik dalam semua bidang ujian pemilihan untuk menyertai program, Pelajar B mungkin dipilih untuk program tersebut dan mungkin perlu berpindah ke sekolah lain.

Jika Pelajar C juga dipilih untuk GEP, mereka juga mungkin perlu berpindah ke sekolah lain dan kemudiannya mungkin bergelut untuk mengikuti kurikulum Bahasa Inggeris GEP.

"Apa yang kami perhatikan adalah beberapa pelajar boleh membuat yang terbaik dalam ketiga-tiga subjek, tetapi ada beberapa pelajar yang lebih bagus dalam satu atau dua subjek dan lebih lemah dalam subjek yang lain, dan mereka mungkin tidak dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada model GEP sebegitu berbanding pelajar lain," menurut MOE.

APA AKAN TERJADI KEPADA SEKOLAH MENENGAH YANG TAWAR GEP?

Dengan program ditawarkan di semua sekolah, pelajar berkebolehan tinggi boleh kekal di sekolah mereka sendiri dan tidak perlu lagi berpindah ke salah satu daripada sembilan sekolah GEP di Darjah 4.

MOE akan memanfaatkan kepakaran sembilan sekolah rendah GEP untuk membangunkan pelajar berkebolehan tinggi di bawah pendekatan baharu.

"Satu kesan langsung adalah kami akan menempatkan beberapa guru ini untuk menyokong modul selepas sekolah, supaya mereka boleh dihantar ke sekolah yang menganjurkan modul selepas sekolah mulai 2027 dan seterusnya," menurut kementerian itu pada Isnin.

Kemungkinan akan ada lebih banyak sekolah yang menawarkan modul selepas sekolah, melebihi bilangan sekolah GEP sedia ada, menurut MOE.

Mereka akan dipilih berdasarkan pertimbangan seperti lokasi untuk memenuhi keperluan pelajar di seluruh Singapura.

 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita