jelasBERITA: Apa tujuan garis panduan gaji kebangsaan SG?
Setiap tahun, Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) menerbitkan saranan gaji untuk para pekerja di Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail pekerja di kawasan CBD. (Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Setiap tahun, Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) menerbitkan saranan gaji untuk para pekerja di Singapura.
Ia memberikan panduan mengenai kenaikan gaji, bonus dan bayaran sekali saja yang menjejas semua pekerja, termasuk karyawan kolar putih.
Namun ia tidak mengikat pada majikan - justeru adakah ia masih boleh mempengaruhi gaji dan bonus?
APA ITU MAJLIS GAJI KEBANGSAAN DAN APA FUNGSINYA?
NWC ditubuhkan pada 1972 di tengah-tengah perindustrian pesat dan kekurangan tenaga kerja di Singapura.
Berdepan risiko bahawa kos kenaikan gaji boleh menjadi tidak terkawal, pemerintah mengusulkan penubuhan majlis itu sebagai pendekatan lebih stabil bagi penetapan gaji.
Badan perikatan tiga pihak itu - terdiri daripada majikan, pekerja dan pemerintah - kini dipengerusikan oleh Encik Peter Seah, seorang bekas kakitangan bank yang juga mempengerusikan DBS Bank dan DBS Group Holdings.
Para majikan diwakili oleh kumpulan seperti Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan dewan-dewan perniagaan.
Para pekerja diwakili oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan kesatuan sekerja yang berkaitan.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan agensi-agensi pemerintah lain turut berada dalam dewan itu.
Ia lazimnya mengumpul maklum balas awam sebelum mengadakan perbincangan untuk melakarkan garis panduan gaji setahun sekali.
Ia mungkin mengadakan perbincangan lebih daripada sekali semasa krisis ekonomi, seperti semasa pandemik COVID-19.
Perbincangan NWC mengambil kira daya saing ekonomi Singapura, keadaan pasaran buruh, inflasi, pertumbuhan daya penghasilan dan prospek ekonomi global.
Selain gaji, garis panduannya juga meliputi isu-isu lain berkaitan pekerjaan, terutama sekali berhubung kemahiran dan latihan.
APA YANG MAJIKAN LAKUKAN DENGAN SARANAN NWC?
Saranan itu tidak wajib dan ia terserah kepada majikan untuk melihat bagaimana ia boleh menggunakan penanda aras gaji itu.
Pengerusi pengasas NWC Profesor Lim Chong Yah bahkan berkata "para majikan boleh abaikan garis panduan NWC".
Namun hakikatnya lebih rumit daripada itu.
Sebagai contoh, perkhidmatan awam - majikan terbesar di Singapura - merujuk kepada garis panduan NWC apabila mengumumkan langkah penyesuaian gaji.
Misalnya, apabila perkhidmatan awam membekukan gaji dan memotong bonus pertengahan tahun semasa penularan SARS pada 2003, ia menukil saranan NWC.
Pemerintah juga seringkali menukil NWC berhubung gaji progresif, apabila ia memberi bayaran sekali saja kepada pekerja bergaji rendah di samping bonus hujung tahun mereka.
Namun, hal demikian berbeza dalam sektor privet.
Seorang pengamal sumber manusia dalam sebuah syarikat dengan lebih 800 pekerja berkata syarikat-syarikat tidak mampu menunggu bagi garis panduan NWC, sebelum menetapkan peruntukan bagi tahun hadapan.
Eksekutif HR itu, yang hanya mahu dikenal pasti sebagai Cik Lim, memberitahu Mediacorp bahawa syarikatnya memeriksa pelan bayaran bonus dan kenaikan gaji berdasarkan saranan NWC untuk memastikan sama ada ia menepati atau terlepas sasaran.
Sekiranya NWC tidak menyarankan kenaikan gaji bagi pekerja yang tidak bergaji rendah dan jika tiada pihak yang bersuara mengenai isu itu, ini bermakna kenaikan gaji sedemikian diserahkan kepada kuasa pasaran, kata Cik Lim.
Ini bermakna jika syarikatnya merancang untuk memberi kenaikan gaji yang "berpatutan", maka ia boleh dijamin bahawa syarikat itu mempunyai prestasi lebih baik berbanding syarikat-syarikat lain, katanya.
Satu perkara yang menarik perhatian Cik Lim dalam garis panduan terkini NWC adalah gesaan supaya pihak pengurusan menjadi teladan dalam mengawal kenaikan gaji, di firma-firma yang tidak mencapai prestasi baik.
Beliau berkata perkara itu tidak dinyatakan oleh NWC dalam garis panduan sebelumnya.
BAGAIMANA GARIS PANDUAN NWC BANTU PEKERJA BERGAJI RENDAH?
Kumpulan itu adalah fokus utama majlis tersebut, yang biasanya menentukan julat kenaikan gaji yang patut diberikan oleh syarikat-syarikat kepada pekerja-pekerja sedemikian.
NWC juga bertanggungjawab untuk menetapkan tangga kerjaya dan keperluan gaji untuk pentadbir dan pemandu, yang termasuk dalam Model Gaji Progresif (PWM).
Langkah-langkah itu bertujuan untuk merapatkan jurang gaji antara pekerja bergaji rendah dan pekerja median.
Cik Lim menggambarkan garis panduan NWC sebagai "barisan pertahanan terakhir" bagi majikan untuk memeriksa sama ada ia selaras dengan keperluan PWM.
Beliau menegaskan bahawa firma-firma yang mempunyai pekerja yang dilindungi oleh skim gaji progresif tidak seharusnya menunggu garis panduan majlis untuk merancang pelarasan gaji.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.