jelasBERITA: Apa skim CPF sedia ada dan apa kegunaannya?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: TODAY
SINGAPURA: Tabung Simpanan Pekerja (CPF) adalah tunggak sistem keselamatan bagi rakyat Singapura. Lantaran itu CPF menawarkan pelbagai skim untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi memenuhi keperluan persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan mereka.
jelasBERITA senaraikan skim-skim yang ada dan kegunaan setiap satu daripadanya.
AKAUN CPF BOLEH DIGUNAKAN UNTUK APA?
CPF menyediakan empat akaun dan setiap satu boleh digunakan untuk perkara-perkara tertentu.
Akaun Biasa (OA), di mana sebahagian besar sumbangan CPF disalurkan, boleh digunakan untuk perumahan, insurans, pelaburan dan pendidikan.
Akaun Medisave (MA) pula, boleh digunakan untuk perbelanjaan hospital dan insuran perubatan yang diluluskan, seperti premium insurans bagi Medishield Hayat.
Akaun Khas (SA) bertujuan untuk menabung bagi persaraan dan pelaburan. Anda akan menerima kadar faedah lebih tinggi bagi SA.
Akaun Persaraan (RA) dibuka sebaik sahaja usia anda mencecah 55 tahun.
APA SKIM YANG ADA DALAM CPF?
Setiap akaun CPF menawarkan skim tersendiri. Berikut senarainya:
Perumahan:
Skim Perumahan CPF
Pelaburan:
Skim Pelaburan CPF
Saham Diskaun Khas (SDS)
Pendidikan:
Skim Pinjaman Pendidikan
Jagaan Kesihatan:
Careshield Hayat
MediSave
Medishield Hayat
ElderShield
MediSave Care
Persaraan:
Skim Ihsan Senja
Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia (CPF LIFE)
Skim Jumlah Persaraan (RSS)
Lain-lain:
Skim Perlindungan Tanggungan
Skim Perlindungan Rumah
SKIM PERUMAHAN CPF
Skim ini membolehkan pencarum menggunakan simpanan dalam OA untuk membeli flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) atau membeli atau membangunkan hartanah kediaman privet di Singapura.

Hanya simpanan dalam OA sahaja boleh digunakan bagi tujuan ini.

PELABURAN
Skim Pelaburan CPF membolehkan anda melaburkan simpanan OA dan SA untuk meningkatkan jumlah simpanan bagi persaraan.
Satu lagi skim pelaburan ialah Skim Saham Diskaun Khas (SDS). Ia sebahagian daripada program mempertingkat aset yang dikendalikan Pemerintah untuk menjadikan Singapura sebuah masyarakat yang berkongsi saham.
Ini sekali gus memberikan rakyat Singapura lebih banyak kepentingan dalam negara.
Sekalipun demikian, pelaburan ini hanya dapat digunakan bagi saham diskaun Singtel yang ditawarkan pada 1993 dan 1996.
PENDIDIKAN
Skim Pinjaman Pendidikan CPF merupakan skim pinjaman yang membolehkan anda menggunakan simpanan OA untuk membayar yuran pendidikan bersubsidi, sama ada untuk diri sendiri, anak-anak, pasangan, adik beradik atau saudara mara.
Hanya kursus diploma atau ijazah sepenuh masa di Institusi Pendidikan Diluluskan (AEI) yang bersubsidi boleh memanfaatkan skim ini.

Penuntut perlu mula membayar semula pinjaman yang dikeluarkan daripada akaun OA serta faedah terkumpul secara tunai. dimasukkan ke dalam akaun CPF.
Ini perlu dilakukan setahun selepas tamat pengajian atau berhenti belajar, bergantung kepada yang mana satu berlaku terlebih dahulu.
JAGAAN KESIHATAN
Terdapat tiga skim nasional yang menawarkan perlindungan yang diperlukan - MediSave, MediShield Hayat dan CareShield Hayat.
MediSave membantu membayar bagi keperluan jagaan kesihatan untuk diri anda dan juga insan-insan tersayang. Anda boleh melihat MediSave sebagai simpanan peribadi bagi jagaan kesihatan.
Ia boleh digunakan bagi rawatan pesakit luar dan sebahagian bil hospital.

MediShield Hayat pula melindungi anda daripada bil perubatan yang begitu tinggi, tidak kira usia atau keadaan kesihatan anda. Ini adalah insurans kesihatan untuk diri anda.
MediShield Hayat boleh digunakan bagi bil lebih tinggi rawatan pesakit luar serta hospital.
CareShield Hayat menyediakan bayaran tunai bulanan kepada anda sekiranya anda mengalami tahap kurang upaya yang teruk. Ia adalah insurans bagi jagaan jangka panjang.
Selain CareShield Hayat, MediSave dan MediShield Hayat juga boleh dimanfaatkan untuk jagaan jangka panjang. Lagi dua skim bagi jagaan jangka panjang ialah ElderShield dan MediSave Care.
PERSARAAN
Skim Ihsan Senja (SS) adalah sebahagian daripada skim meluas yang diperkenalkan oleh Pemerintah untuk memberikan lebih banyak jaminan kepada warga senja yang sudah bersara.
Ia menyediakan bayaran tunai tambahan setiap suku tahun kepada warga tua yang meraih pendapatan rendah sepanjang hayat mereka dan tidak mempunyai wang persaraan yang mencukupi.

CPF LIFE pula merupakan skim pendapatan sepanjang hayat bagi orang lanjut usia dan ia memastikan mereka tidak kehabisan simpanan persaraan, dengan memberikan bayaran bulanan tidak kira berapa lama seseorang hidup.
Pencarum yang berusia 65 tahun bermula 2023, dengan sekurang-kurangnya S$60,000 di dalam Akaun Persaraan mereka, secara automatik diletakkan di bawah CPF LIFE
Di bawah Skim Jumlah Persaraan (RSS), warga tua akan menerima bayaran bulanan sehingga simpanan persaraan mereka habis.
Sekalipun demikian, mereka yang di bawah RSS boleh memilih untuk menyertai CPF LIFE pada bila-bila masa sebelum mencecah usia 80 tahun.
LAIN-LAIN
Skim Perlindungan Tanggungan (DPS) adalah skim insurans yang menyediakan perlindungan asas kewangan untuk diri anda dan keluarga sekiranya berlaku kematian, mengalami penyakit yang boleh membawa maut atau hilang sepenuhnya keupayaan diri.
DPS hanya dikendalikan oleh Great Eastern Life.
Skim Perlindungan Rumah (HPS) pula memastikan anda tetap mempunyai tempat tinggal sekiranya berlaku kematian, mengalami penyakit yang boleh membawa maut atau hilang sepenuhnya keupayaan diri, menerusi insurans yang mengurangkan gadai janji.

Sumber : Sumber Web/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.