jelasBERITA: Apa pilihan Income jika perjanjian Allianz tidak menjadi?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Google Street View
SINGAPURA: Syarikat insurans Jerman, Allianz tidak mungkin akan menilai semula satu perjanjian yang dicadangkan untuk memperoleh sebahagian besar saham Income Insurance.
Ini setelah urus niaga itu disekat oleh Pemerintah Singapura pada awal Oktober, menurut para pakar.
Lantaran itu, apakah pilihan yang ada sekiranya Income masih memerlukan rakan niaga jangka panjang?
Sebuah firma tempatan seperti DBS atau Temasek boleh memperoleh atau melabur dalam apa yang disifatkan oleh Anggota Parlimen Dilantik sebagai "aset negara", kata Profesor Lawrence Loh dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Menurut beliau, bank terbesar Singapura boleh menjadi "calon semula jadi" setelah bangkit daripada "cabaran-cabaran" gangguan khidmat berulang kali baru-baru ini, yang membawa kepada kegiatan tidak penting digantung selama enam bulan.
Profesor Loh menarik perhatian bahawa DBS memiliki perniagaan insurans yang kukuh pada masa lalu, namun menjualnya kepada firma insurans Britain CGNU, yang kemudian dijenamakan sebagai Aviva sebelum bergabung dengan Singlife - yang kemudian menjadi anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Sumitomo Life Insurance Company pada 2024.
Pesaing DBS, seperti OCBC meningkatkan pegangan sahamnya dalam syarikat insurans Great Eastern kepada 93 peratus pada Julai, sementara UOB pula menjadi syarikat induk United Overseas Insurance.
"Bagi DBS, saya rasa mereka mungkin menimbangkan untuk melengkapkan portfolio mereka. Insurans, pada masa akan datang, akan bersifat berdaya saing tetapi menguntungkan," kata Profesor Loh, yang juga pengarah pusat tadbir urus dan kemampanan di NUS.
Satu lagi kemungkinan adalah dengan memperoleh pelaburan daripada Temasek, tambah beliau, sambil menarik perhatian bahawa firma itu juga ada misi sosial yang perlu dipenuhi.
Namun beliau akur bahawa optiknya mungkin tidak baik dengan pelabur negara menceburi industri insurans dan bersaing dalam ruang komersil.
Profesor Madya Shinichi Kamiya dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkata DBS dan Temasek berpotensi menjadi pembeli. Namun beliau mempersoalkan sama ada syarikat-syarikat tersebut dapat melihat "nilai ketara" dalam Income.
"Lebih-lebih lagi, entiti-entiti ini mungkin tidak menjadi rakan strategik jangka panjang disebabkan kurangnya kepakaran insurans yang diperlukan Income," kata beliau, yang dari pusat risiko insurans dan kajian kewangan.
Sebaliknya, beliau merujuk kepada syarikat-syarikat insurans antarabangsa yang mungkin mahu mengembangkan perniagaan mereka di Singapura.
"Pemain utama seperti Ping An dan Zurich Insurance Group mungkin melihatnya sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini," ujar Profesor Madya Kamiya.
Sebagai respons kepada pertanyaan mengenai langkah seterusnya sekiranya perjanjian Allianz tidak menjadi, Income meminta Mediacorp merujuk kepada kenyataannya pada 14 Oktober, di mana ia menyatakan pihaknya akan meneliti semula dan menimbangkan pindaan terhadap Akta Insurans semasa memutuskan tindakan seterusnya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.