jelasBERITA: Apa pertimbangan hakim bagi keputusan hukuman Iswaran?
Anggaran Waktu Membaca:

Mantan menteri pengangkutan S Iswaran pada 3 Oktober 2024. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Mantan menteri pengangkutan S Iswaran dijatuhi hukuman penjara selama setahun pada Khamis (3 Okt) kerana memperolehi barangan berharga daripada dua ahli perniagaan dan menghalang proses keadilan dengan membayar semula kos penerbangan yang dinaikinya.
Hakim Vincent Hoong menyampaikan komen semasa menjatuhkan hukuman dalam sesi 40 minit itu, menolak beberapa hujahan pembela dan tanpa dijangkakan berkata bahawa kedua-dua hukuman yang diminta pihak pendakwa dan pembela "jelas tidak cukup".
Dalam penghakiman bertulis setebal 94 mukasurat selepas perbicaraan, hakim veteran itu menjelaskan setiap bahagian bagi keputusannya secara terperinci.
APA ITU SEKSYEN 165 DAN APA KES BERKAITAN SEBELUM INI?
Seksyen 165 Kanun Jenayah adalah kesalahan yang jarang digunakan.
Ia menjadi kesalahan apabila pegawai awam menerima atau memperolehi, atau bersetuju untuk menerima atau cuba memperolehi, sebarang barangan berharga daripada seseorang yang boleh ada kaitan dengan prosiding atau perniagaan yang dikaitkan dengannya atau jawatan rasminya.
Hukuman ialah maksimum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Tiada kes Seksyen 165 atau rangka kerja hukumannya dilaporkan sebelum Iswaran.
Hanya terdapat tiga pendakwaan sebelum ini melibatkan Seksyen 165, yang berlaku sebelum Singapura merdeka dan melibatkan pegawai polis yang mengambil rasuah.
Seksyen 165 tergolong dalam Bab 9 Kanun Jenayah, yang melibatkan kesalahan oleh atau berkaitan pegawai awam.
Hakim Hoong menarik perhatian bahawa Bab 9 juga mengandungi Seksyen 161, yang melarang pegawai awam daripada mengambil suapan tetapi memerlukan bukti bahawa pemberian itu mempunyai motif atau bertindak sebagai ganjaran.
Sambil menukil jawapan bertulis menteri undang-undang kepada soalan di parlimen pada 2022, Hakim Hoong berkata kesalahan di bawah Seksyen 161 hingga 165 Kanun Jenayah khususnya menangi sogokan da bentuk lain amalan rasuah melibatkan pegawai awam.
Seksyen 165 juga digunakan ke atas pegawai awam dan tidak memberi perincian maksud "barangan berharga".
"Dalam pandangan saya, makna biasa 'barangan berharga' dalam konteks perundangan mesti bermakna ia sesuatu yang 'mempunyai nilai kewangan yang agak tinggi'," kata beliau.
APA PERBEZAAN SEKSYEN 165 DENGAN KESALAHAN RASUAH?
Objektif Seksyen 165 juga berbeza daripada tuduhan tertentu di bawah Akta Pencegahan Rasuah, kata Hakim Hoong.
Beliau berkata tidak semestinya seseorang pesalah itu menyediakan sebarang persetujuan untuk saling bertukar barangan atau khidmat (quid pro quo) bagi barangan berharga itu untuk tergolong di bawah kesalahan Seksyen 165.
Pihak pendakwa juga tidak semestinya perlu membuktikan bahawa pesalah itu bertindak dengan niat rasuah dalam memperolehi atau menerima barangan berharga itu.
Hukuman penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 5 atau 6 Akta Pencegahan Rasuah boleh mencecah sehingga tujuh tahun, denda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.
Ini lebih meluas berbanding hukuman di bawah Seksyen 165, jelas hakim itu.
MENGAPA KESALAHAN SEKSYEN 165 DIANGGAP SERIUS?
Hakim Hoong berkata ia melibatkan kepercayaan yang terjejas dalam institusi awam, sekiranya ada tanggapan yang pegawai awam boleh 'tergoda' oleh tawaran barangan berharga.
"Mereka yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam diberi status dan kuasa jawatan dengan tujuan untuk berkhidmat atas kepentingan awam, dan memperolehi hadiah daripada orang yang ada kaitangan dengan jawatan rasmi pegawai awam adalah penyalahgunaan kuasa sedemikian," kata beliau.
Memandangkan objektif Seksyen 165 adalah untuk melindungi integriti institusi awam dan kepentingan awam, pencegahan am menjadi tumpuan semasa menjatuhkan hukuman, kata Hakim Hoong.
Lantaran itu, beliau menolak kenyataan pembela bahawa pencegahan am mempunyai "permohonan terhad" dalam kes Iswaran hanya kerana kesalahan sedemikian tidak berlaku secara meluas.
BAGAIMANA HUKUMAN ISWARAN DIBUAT?
Hakim Hoong berkata tiada kes dilaporkan di Singapura melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 165 bagi memberi panduan semasa penjatuhan hukuman.
Panduan yang terhad mungkin diperolehi daripada kes di bawah Akta Pencegahan Rasuah, dengan perbezaan dalam konteks berkanun dan spektrum hukuman, kata hakim.
Oleh itu, untuk memutuskan hukuman, langkah pertama adalah untuk menentukan "kedudukan punitif" bagi kesalahan itu dengan merujuk hukuman itu di dua penghujung spektrum bagi kemungkinan hukuman, sebelum menyesuaikannya bagi sebarang faktor yang memburukkan atau mengurangkan keadaan.
Ini adalah hukuman secara individu dan hukuman keseluruhan yang diminta pihak pendakwa dan pembela, serta hukuman yang kemudian diberi oleh Hakim Hoong.
Berhubung bahaya yang dicetuskan, Hakim Hoong berkata "tanggapan bahawa pesalah itu dipengaruhi oleh si pemberi itu sendiri adalah sejenis bahaya, disebabkan "kepentingan utama amanah dan keyakinan dalam institusi awam".
Secara amnya, lebih besar kepentingan awam dalam urus niaga yang terlibat atau jawatan rasmi pesalah itu, lebih besar bahaya yang boleh berlaku.
Iswaran membuat penyerahan wang sukarela berjumlah S$380,305.95 kepada negara sehari sebelum perbicaraannya pada 24 September. Ini termasuk menyerahkan keuntungan yang diperolehi secara haram dan berbeza daripada pembayaran ganti rugi.
Beliau juga memulangkan semua wang yang diterima daripada pendapatannya sebagai seorang menteri dan elaun sebagai Anggota Parlimen sejak siasatan dimulakan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah.
Bagaimanapun, Hakim Hoong mendapati tindakan sedemikian dijangka tidak mencukupi bagi memperbaiki kerosakan amanah dan keyakinan yang sudah dilakukan ke atas institusi awam.
Hakim Hoong berkata hukuman penjara keseluruhan akan "setimpal dengan kesalahan tertuduh: dan "juga tidak membinasakan, memandangkan prospek dan rekod lampau tertuduh".
Dalam rumusannya, hakim berkata pencegahan am adalah pertimbangan utama dalam menjatuhkan hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 165.
Beliau menggunakan garis panduan oleh Panel Penasihat dalam Penjatuhan Hukuman berhubung disakun bagi rayuan pengakuan dan memberi Iswaran pengurangan 10 peratus hukuman penjata untuk semua tuduhan kecuali tuduhan melibatkan penerbangan ke Doha menaiki pesawat peribasi yang dimiliki hartawan Ong Beng Seng.
Tuduhan itu dipinda daripada rasuah kepada Seksyen 165 pada hari pertama perbicaraan Iswaran. Bagi tuduhan itu, hakim memberikan diskaun 30 peratus.
Iswaran belum memaklumkan sama ada dia berniat untuk membuat rayuan bagi hukumannya.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.