jelasBERITA: Apa langkah diambil SG berkait mpox?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Singapura sudah menyediakan langkah-langkah tindak balas bagi mpox, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkannya sebagai kecemasan kesihatan awam global pada Ogos.
Ini termasuk memvaksin dua kumpulan orang, pemeriksaan suhu badan di tempat tertentu, serta protokol menangani individu yang disyaki dijangkiti mpox dan mereka yang disahkan menghidapi mpox.
Meskipun Singapura belum mengesan sebarang kes mpox klad 1 setakat ini, iaitu varian yang lebih serius, pihak berkuasa menyatakan mereka bersedia untuk bertindak tanpa sebarang keraguan sekiranya keadaan berubah.
PERLUKAH PAKAI PELITUP?
Pemakaian pelitup tidak digalakkan bagi mereka yang sihat, jelas Kementerian Kesihatan (MOH).
Menurut bukti terkini, mpox berjangkit menerusi kontak rapat dengan orang yang dijangkiti, seperti melalui hubungan seks, ciuman atau sekadar sentuhan.
WHO menyatakan bahawa mpox, tidak kira varian baharu atau lama, bukan virus COVID-19 baharu, dan risiko jangkitannya lebih rendah.

APA BEZA KLAD 1 DAN KLAD 2?
Varian klad 1 adalah virus mpox yang lebih berbahaya. Virus tersebut menyebabkan lonjakan dalam jangkitan di negara-negara Afrika.
Klad 1b dikesan buat pertama kali dalam kalangan pekerja seks di timur Republik Demokratik Congo pada September 2023, namun ia sudah merebak ke kumpulan lain, dan menjangkiti anggota keluarga dalam isi rumah yang sama di mana kontak antara satu sama lain lebih dekat.
Klad 2, mendapat perhatian dunia pada 2022, apabila ia merebak ke seluruh dunia, sebahagian besarnya menjejas golongan gay dan bisexual.
PERLUKAH DAPATKAN VAKSIN?
Pendirian Singapura adalah vaksinasi mpox buat semua penduduk tidak diperlukan buat masa ini.
Ini kerana virus klad 1 "tidak mudah berjangkit" berbanding virus pernafasan seperti influenza atau COVID-19, tambah MOH.
Selain itu, sebahagian besar penduduk, iaitu mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas, mempunyai sedikit imuniti terhadap mpox menerusi vaksinasi cacar, yang diperlukan bagi kanak-kanak di Singapura sehingga awal 1981.

Bagi kontak rapat kes yang disahkan dijangkiti mpox, mereka digalakkan mendapatkan satu dos vaksin dalam tempoh 14 hari selepas terdedah kepada virus tersebut. Mereka akan diberikan vaksin itu ketika mereka dikuarantin.
Bekalan vaksin JYNNEOS di Singapura dijangka cukup bagi strategi vaksin buat masa ini.
APA YANG BERLAKU JIKA ALAMI GEJALA MPOX?
Gejala utama mpox adalah ruam, yang boleh muncul dalam bentuk lepuhan atau kudis di bahagian seperti muka, tapak tangan, tapak kaki atau kemaluan.
Gejala lain termasuk demam, sakit otot, nodus limfa bengkak dan rasa letih.
Orang dewasa yang disyaki menghidap mpox klad 1 akan dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), manakala kanak-kanak akan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK bagi penilaian dan rawatan lanjut.
Keluarga yang mempunyai anggota dewasa dan kanak-kanak akan dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), tambah MOH. Mereka akan diasingkan sementara menunggu keputusan ujian mereka.
Ujian bagi mpox akan dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Nasional menerusi ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) di bahagian kulit yang menunjukkan gejala mpox.
APA YANG TERJADI PADA INDIVIDU YANG DISAHKAN DIJANGKITI MPOX?
Sebaik sahaja kes klad 1 disahkan, MOH dengan segera memulakan proses pengesanan bagi kontak rapat pesakit. Mereka akan dikuarantin di kemudahan khas pemerintah, di mana mereka akan diberikan satu dos vaksin.
Tempoh kuarantin yang ditetapkan buat masa ini adalah selama 21 hari, iaitu tempoh untuk memantau keadaan penyakit di Afrika.
APA YANG DILAKUKAN DI SEMPADAN, SEKOLAH DAN DORMITORI?
Di prasekolah dan sekolah di Singapura, langkah-langkah berjaga-jaga sedia ada bagi penyakit berjangkit lain seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), masih kekal relevan.
Pelajar akan diperiksa bagi sebarang gejala. Langkah-langkah pengurusan wabak seperti pengasingan, proses pengesanan bagi kontak rapat pesakit, membersihkan premis dan menutup kelas atau sekolah tertentu buat sementara untuk mencegah penularan penyakit juga sudah dirancang.
Di dormitori pekerja hijrahan dan Onboard Centre, di mana pemegang permit kerja baharu akan dihantar, MOH sedang menjalankan ujian air sisa bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).
Pemegang permit kerja yang baru tiba juga menjalani pemeriksaan suhu badan dan pemeriksaan secara visual di Onboard Centre.
Sekiranya sebarang kes mpox dikesan, terdapat protokol untuk mengasingkan, menghantar pesakit ke hospital dan langkah-langkah pembendungan untuk menghalang penularan tambahan di dormitori, tambah MOH.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.