jelasBERITA: Apa itu syarikat sel dilindungi? Mengapa ia diwujudkan untuk industri insurans SG?
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: iStock)
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Selasa (7 Jul) melancarkan rundingan awam mengenai struktur korporat baharu untuk sektor insurans yang dikenali sebagai Syarikat Sel Dilindungi (PCC).
Cadangan ini dibuat sedang perniagaan berdepan dengan risiko yang semakin rumit, termasuk perubahan iklim, ketegangan geopolitik, dan gangguan rantaian bekalan.
Menurut MAS, syarikat-syarikat kini mencari alternatif di luar insurans tradisional, demi mendapatkan lebih banyak kawalan dan kelonggaran dalam cara mereka membiayai, mengekalkan, dan memindahkan risiko.
MAS menambah bahawa rangka kerja ini juga akan memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab pengurusan risiko dan insurans serantau. Tertakluk kepada proses perundangan, MAS menyasarkan pelaksanaan struktur ini pada tahun 2028.
APA ITU SYARIKAT SEL DILINDUNGI?
Syarikat Sel Dilindungi ialah sebuah konsep struktur korporat tunggal yang bertindak seperti 'almari laci', di mana aset dan risiko setiap bahagian (sel) diasingkan sepenuhnya bagi mengelakkan kerugian berantai.
Ia adalah satu entiti undang-undang tunggal yang boleh mewujudkan beberapa 'sel'. Setiap sel ini mempunyai aset dan liabiliti tersendiri yang diasingkan secara sah dari segi undang-undang.
Ini bermakna jika satu sel mengalami kerugian, pemiutang secara amnya tidak boleh menuntut aset yang dipegang dalam sel yang lain.
Buat masa ini, syarikat yang mahu mengasingkan risiko mereka biasanya perlu menubuhkan entiti undang-undang yang berasingan, seperti syarikat tujuan khas (SPV). Setiap entiti baharu ini memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk ditubuhkan dan ditadbir.
PCC menawarkan pengasingan undang-undang ini di bawah satu syarikat sahaja, menjadikan strukturnya lebih ringkas dan berpotensi mengurangkan kos operasi.
MENGAPA MAS CADANGKANNYA SEKARANG?
MAS menyatakan bahawa perniagaan kini berdepan dengan risiko yang semakin sukar diramal dan dilindungi insurans.
Semasa majlis jamuan malam tahunan Persatuan Bank-Bank di Singapura (ABS) pada bulan Jun, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong berkata: "Risiko hari ini lebih rumit, lebih saling berkait, dan lebih sukar untuk dinilai. Satu gangguan sahaja boleh memberi kesan berantai kepada pelbagai sektor dan wilayah."
"Rantau Asia masih kekurangan perlindungan insurans yang ketara," tambah Encik Gan, yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Menurut MAS, bencana alam menyebabkan kerugian ekonomi sekitar AS$65 bilion (S$84 bilion) di seluruh Asia pada tahun 2025, dengan lebih 90 peratus daripada kerugian tersebut tidak dilindungi insurans.
SIAPA BAKAL RAIH MANFAAT?
Cadangan ini bukan disasarkan untuk polisi insurans runcit orang ramai. Sebaliknya, MAS mengenal pasti tiga kegunaan utama:
Insurans Kaptif (Captive Insurance):
Sesetengah syarikat besar menubuhkan syarikat insurans mereka sendiri (dikenali sebagai insurans kaptif) untuk melindungi risiko perniagaan sendiri daripada bergantung sepenuhnya kepada syarikat insurans komersial.
Rangka kerja PCC ini membolehkan syarikat yang lebih kecil untuk turut serta melalui aturan "sewa kaptif" (rent-a-captive), di mana mereka menyewa sel dilindungi berbanding perlu menubuhkan keseluruhan syarikat insurans kaptif sendiri.
Encik Simon Goh, rakan kongsi dan ketua amalan insurans dan insurans semula di firma guaman Rajah & Tann, berkata langkah ini dapat membantu syarikat yang "biasanya tidak mempunyai dana, sumber, atau justifikasi ekonomi untuk menubuhkan syarikat insurans kaptif sendiri."
Sekuriti Berkaitan Insurans (Insurance-linked securities):
Sekuriti berkaitan insurans membolehkan syarikat insurans memindahkan risiko kepada pelabur melalui pasaran modal.
Salah satu contohnya ialah "bon malapetaka", yang memindahkan risiko kewangan akibat bencana besar (seperti gempa bumi atau taufan) kepada pelabur sebagai pertukaran untuk pulangan yang berpotensi lebih tinggi.
Seketika ini, setiap urus niaga biasanya memerlukan syarikat tujuan khas (SPV) yang berasingan. Di bawah PCC, pelbagai urus niaga boleh dijalankan melalui sel berbeza dalam syarikat yang sama, sekali gus mengurangkan kos dan mempercepat proses.
Kumpulan Risiko Berdaulat (Sovereign risk pools):
Negara-negara juga boleh mengumpul dan berkongsi risiko bencana bersama-sama. Sebagai contoh, Kemudahan Insurans Risiko Bencana Asia Tenggara (SEADRIF) membantu negara anggota mendapatkan pembiayaan selepas berlakunya bencana alam.
MAS menyatakan PCC membolehkan program risiko setiap negara anggota beroperasi dalam sel tersendiri. Ini mengurangkan kos penubuhan dan pentadbiran, selain memudahkannya untuk diperluaskan.
MANFAAT SECARA TIDAK LANGSUNG KEPADA PENGGUNA
Pengguna mungkin tidak akan melihat sebarang perubahan segera pada produk insurans yang mereka beli. Namun, para pakar berpendapat ada manfaat secara tidak langsung jika syarikat insurans menjadi lebih terbuka untuk melindungi aktiviti yang terdedah kepada perubahan iklim dan risiko lain yang sukar dilindungi insurans.
Profesor Madya Goh Puay Guan dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata, tindakan mengasingkan risiko ke dalam sel dilindungi boleh menjadikan syarikat insurans lebih rela untuk menyediakan perlindungan sedemikian.
Menurut beliau, dengan adanya struktur sel ini, risiko yang sangat tidak menentu (seperti perubahan iklim atau bencana alam) dapat dibendung dalam sel tertentu sahaja. Ini akan mendorong syarikat insurans untuk mengambil alih pembiayaan tersebut, yang seterusnya boleh menggalakkan pelaburan dalam industri seperti pertanian dan pengeluaran makanan yang semakin terdedah kepada risiko iklim.
KEPENTINGAN KEPADA SINGAPURA
Singapura sememangnya sudah menjadi hab serantau untuk sektor insurans dan insurans semula. Negara ini menampung lebih daripada 380 entiti insurans berlesen, termasuk 87 syarikat insurans kaptif, menurut MAS.
Menurut Encik Goh dari Rajah & Tann, Singapura menyaksikan 33 penerbitan bon malapetaka sejak 2018. Beliau menambah rangka kerja PCC ini akan membolehkan syarikat yang lebih kecil memindahkan risiko mereka kepada insurans kaptif, yang kemudiannya boleh memanfaatkan pasaran modal.
Langkah itu akan menjimatkan kos dan masa yang diperlukan untuk membina struktur insurans khusus, sekali gus menjadikan Singapura lebih berdaya saing dalam pasaran pemindahan risiko alternatif.
"Terdapat banyak pertanyaan terutamanya daripada pemain industri asing yang berharap dapat menubuhkan entiti di Singapura dalam pelbagai bentuk," kata Encik Goh.
MAS kini sedang menerima maklum balas mengenai cadangan rangka kerja ini sehingga 7 Ogos.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.