jelasBERITA: Apa itu skim pelaburan kitaran hayat CPF?
Pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tidak lama lagi akan mempunyai pilihan bagi cara yang lebih mudah dan menjimatkan untuk melabur simpanan mereka apabila skim pelaburan kitaran hayat baharu diperkenalkan pada 2028.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tidak lama lagi akan mempunyai pilihan bagi cara yang lebih mudah dan menjimatkan untuk melabur simpanan mereka apabila skim pelaburan kitaran hayat baharu diperkenalkan pada 2028.
Skim pelaburan secara sukarela itu diumumkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong semasa kenyataan Belanjawan 2026 pada Khamis (12 Feb).
Ia akan melengkapi sistem sedia ada dengan memenuhi keperluan pelabur jangka panjang yang sanggup mengambil sedikit risiko tanpa perlu menguruskan portfolio secara aktif, menurut Lembaga CPF.
Mediacorp meninjau bagaimana skim baharu itu akan berfungsi dan siapa yang mungkin dapat meraih manfaat daripadanya.
BAGAIMANA SKIM PELABURAN BERFUNGSI
Produk pelaburan kitaran hayat berfungsi dengan mengimbangi semula portfolio pelabur secara automatik ke arah aset berisiko lebih rendah apabila menghampiri tarikh sasaran, seperti usia persaraan.
Aset-aset akan dicairkan secara berperingkat menjelang tarikh sasaran, contohnya apabila seorang pelabur melangkah ke usia 65 tahun dan layak menerima bayaran CPF.
Ini bagi menyesuaikan risiko pelaburan yang dihadapi pencarum CPF pada peringkat kehidupan yang berbeza, selain mengurangkan risiko kerugian besar dengan mengeluarkan pelaburan di tengah-tengah kemerosotan ekonomi.
Ketua perancangan kewangan, pelaburan dan insurans DBS Ling Seng Chuan berkata ini dikenali sebagai Strategi Pelaburan Glidepath.
“Keindahan strategi glidepath ialah ia disesuaikan mengikut usia. Pelabur muda mendapat pendedahan lebih kepada ekuiti manakala mereka yang menghampiri persaraan mendapat kestabilan daripada pendapatan tetap,” kata beliau.
“Namun begitu, jika anda bermula awal, anda akan mendapat manfaat yang lebih dari segi risiko dan potensi pulangan,” tambah beliau.
Selepas pencairan, hasil jualan pelaburan akan dipindahkan ke Akaun Persaraan (RA) pencarum CPF sehingga jumlah persaraan penuh. Sebarang baki akan dipindahkan ke Akaun Biasa (OA).
Yuran keseluruhan, termasuk Nisbah Jumlah Perbelanjaan (kos TER), yuran pengurusan dan kos pengagihan, akan dihadkan bagi mengurangkan kos dan membolehkan pelabur mengekalkan lebih banyak pulangan daripada pelaburan mereka, menurut Lembaga CPF.
MENGAPA SKIM BAHARU DILANCAR SEKARANG?
Skim baharu itu merupakan respons kepada saranan Panel Penasihat CPF bagi Skim Pelaburan Persaraan Sepanjang Hayat (LRIS), yang diterima pemerintah pada 2016.
Menurut Lembaga CPF, pemerintah sebelum ini perlu mengkaji cara menawarkan pilihan pelaburan yang lebih tersusun kepada pencarum selain mencapai keseimbangan tepat antara risiko dan pulangan.
Lembaga itu menyatakan beberapa faktor kini menjadikannya masa yang sesuai untuk memperkenalkan skim baharu tersebut.
Ini termasuk perkembangan teknologi dan peningkatan platform digital yang mengurangkan kos produk serta memudahkan pengimbangan semula portfolio secara automatik.
Di peringkat antarabangsa, penggunaan produk pelaburan kitaran hayat juga semakin meningkat, menurut Lembaga CPF.
Bagi mempermudah keputusan pelabur, Lembaga CPF merancang untuk memilih dua hingga tiga penyedia produk untuk menawarkan beberapa pilihan sahaja.
“Peranan pemerintah ialah untuk melindungi kepentingan pelabur melalui pengawasan kawal selia dan bertindak sebagai penapis bagi produk pelaburan berkualiti, sambil mengekalkan kos pelaburan yang rendah,” kata lembaga itu.
BAGAIMANA SKIM ITU DISESUAIKAN DENGAN PILIHAN SEDIA ADA?
Kini, pencarum boleh memilih untuk melaburkan sebahagian daripada simpanan CPF melalui Skim Pelaburan CPF (CPFIS), yang menawarkan lebih 700 produk pelaburan. Secara umum, terdapat had yuran lebih tinggi berbanding skim pelaburan baharu, menurut Lembaga CPF.
Kadar penyertaan CPFIS agak rendah. Setakat September tahun lalu, 28.1 peratus pencarum layak CPFIS mempunyai pelaburan aktif dalam Akaun Biasa CPFIS. Angka itu membentuk 22.1 peratus daripada Akaun Khas CPFIS.
Pencarum CPF juga boleh mengekalkan simpanan dalam Akaun Biasa (OA) dan Akaun Khas (SA), masing-masing mempunyai kadar faedah asas sebanyak 2.5 peratus dan empat peratus setahun.
Penganalisis berkata skim pelaburan baharu CPF menyediakan jalan tengah antara pilihan sedia ada dengan lebih banyak pilihan kepada pencarum.
“Jika anda jenis konservatif yang tidak mahu melihat turun naik pasaran, anda masih boleh menyimpan (dana) dalam akaun OA dan SA CPF… Jika mempunyai profil risiko yang lebih agresif, anda boleh menyertai CPFIS,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) firma penasihat kewangan SingCapital, Alfred Chia.
Kebanyakan pencarum CPF berkemungkinan berada di antara kedua-dua kedudukan tersebut, kata beliau, sambil menambah bahawa skim baharu itu boleh membantu dalam meningkatkan kecukupan persaraan jangka panjang.
Beliau menambah walaupun pengurus dana swasta akan mengurus dana berkenaan, skala skim yang lebih besar membolehkan nisbah perbelanjaan diturunkan.
Justeru pelabur akan meraih manfaat daripada kos pelaburan yang lebih rendah, kata beliau.
SIAPA YANG PALING SESUAI UNTUK SKIM ITU?
Ketua pengurusan pelaburan firma perunding kewangan MoneyOwl Li Huijing berkata set pilihan yang dipermudah di bawah skim baharu itu berguna bagi pencarum yang mahu mengambil sedikit risiko pasaran tetapi tidak mempunyai masa atau kepakaran untuk membina dan mengurus portfolio sendiri.
Beliau menambah mereka juga sepatutnya mempunyai tempoh pelaburan lebih panjang - sebaik-baiknya 15 hingga 20 tahun atau lebih sebelum persaraan.
“Mereka lebih mampu menempuh kitaran pasaran dan meraih manfaat pengkompaunan,” kata beliau.
Lembaga CPF menyatakan tiada had umur untuk menyertai skim tersebut, namun pencarum dengan tempoh pelaburan lebih panjang lebih berkemungkinan meraih manfaat.
Pencarum dengan tempoh pelaburan yang lebih singkat, termasuk mereka yang lebih berusia, boleh terus mendapatkan manfaat daripada kadar faedah CPF tanpa risiko sehingga enam peratus bagi baki CPF, kata beliau.
APAKAH JENIS PULANGAN YANG BOLEH DIJANGKAKAN PELABUR?
Butiran berhubung unjuran pulangan daripada skim baharu tersebut belum disediakan.
Secara umum, pulangan pelaburan yang mungkin diterima harus setara dengan risiko aset asas, menurut Lembaga CPF.
Mulai Mac, Lembaga CPF akan melibatkan industri mengenai spesifikasi produk dan mempelawa pihak yang berminat. Ia akan bekerjasama dengan perunding pelaburan bebas untuk menilai permohonan.
Penyedia perlu memberikan butiran termasuk ilustrasi pulangan yang sepadan dengan profil risiko produk, menurut Lembaga CPF.
Encik Ling dari DBS berkata huraian pelbagai sedemikian, yang turut ditawarkan DBS, dijangka menjana pulangan sekitar lima hingga enam peratus setahun dalam jangka panjang, mengambil kira tahun-tahun yang kukuh dan sederhana.
Cik Li berkata dana tarikh sasaran di negara-negara lain lazimnya menghasilkan sekitar lima peratus setahun dalam jangka panjang, hampir setanding dengan pulangan portfolio yang seimbang.
“Namun pulangan sedemikian tidak dijamin dan skim ini tidak bebas daripada risiko. Pulangan akan berubah mengikut keadaan pasaran dan mungkin tidak sentiasa melebihi kadar faedah stabil Akaun Khas dan Akaun Persaraan,” kata beliau.
APA YANG PERLU DIPERTIMBANG PELABUR SEBELUM LAKUKAN PERMOHONAN?
Pakar berpendapat bahawa pencarum perlu menimbangkan risiko sendiri sebelum melabur.
Skim pelaburan itu, seperti semua produk pelaburan, membawa risiko dan pulangan tertakluk kepada keadaan pasaran.
Dengan memilih untuk melabur, pencarum harus memahami bahawa mereka menukar kadar faedah yang dijamin pemerintah kepada pulangan berasaskan pasaran yang mungkin berubah, kata Cik Li.
“Mereka perlu sedar tentang kemungkinan penurunan nilai pasaran jangka pendek serta tidak panik dan menjual pada kadar yang mendatangkan kerugian,” kata beliau.
Cik Li menambah skim baharu itu direka agar ia bersifat jangka panjang. Oleh itu, simpanan CPF yang dilaburkan tidak sepatutnya diperlukan bagi keperluan jangka pendek seperti perumahan.
Encik Chia berkata skim baharu tersebut bukan sahaja memberi lebih banyak pilihan kepada pencarum, malah mengingatkan mereka untuk mula merancang bagi persaraan.
“Jika kita mempunyai tempoh lebih panjang untuk merancang dan menabung, maka perancangan persaraan sebenarnya tidak sukar. Tetapi kita mesti bermula awal,” kata beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.