jelasBERITA: Apa itu bank simpan darah tali pusat dan mengapa ibu bapa pilih untuk lakukannya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Pexel
SINGAPURA: Sekitar 2,200 unit darah tali pusat rosak selepas tujuh tangki di bank darah tali pusat privet di Singapura, Cordlife didapati terdedah kepada suhu melebihi tahap yang ditetapkan.
Pendedahan itu menjadikan unit darah tali pusat berkenaan tidak sesuai bagi tujuan pemindahan sel tunjang, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (30 Nov), sambil menambah ia mendapati tangki yang terjejas terdedah kepada suhu melebihi sifar -150 darjah Celsius.
Keadaan itu menyebabkan darah tali pusat mencair dan sel tunjang dalam darah mungkin rosak.
Unit darah tali pusat yang rosak itu kepunyaan sekitar 2,150 pelanggan. Lagi 17,000 lagi pelanggan mungkin terjejas dan menantikan hasil siasatan.

APAKAH ITU DARAH TALI PUSAT?
Darah tali pusat merupakan darah yang mengalir daripada janin menerusi tali pusat ke uri (plasenta) ibu.
Ia adalah sumber yang kaya dengan sel tunjang, kebanyakannya adalah Sel Tunjang Hematopoietik (HSC) yang berpotensi menghasilkan sel darah dan sel-sel sistem imun manusia.
Ia memainkan peranan penting dalam memerangi punca utama yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit dan terbukti mampu merawat banyak penyakit barah berkaitan darah, sistem imun dan penyakit genetik.
APAKAH FUNGSI BANK DARAH TALI PUSAT?
Bank darah tali pusat memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan darah tali pusat bayi mereka.
Proses pengumpulan dan penyimpanan darah tali pusat adalah mudah, tidak menyakitkan dan tidak menyebabkan komplikasi mahupun membahayakan ibu serta bayi, menurut Bank Darah Tali Pusat Singapura, satu-satunya bank awam di sini.
Setelah bayi dilahirkan, doktor akan mengepit dan memotong tali pusat untuk memisahkannya daripada bayi.
Jarum akan ditusuk ke dalam urat tali pusat sementara menunggu uri terpisah dari ibu.
Darah dari tali pusat akan mengalir ke dalam beg pengumpulan dalam masa 5 minit, tanpa mengganggu atau menyulitkan proses kelahiran.
Darah tali pusat biasanya diproses dalam masa 36 hingga 48 jam selepas pengumpulan selesai dilakukan. Pada akhir pemprosesan, produk akhirnya ialah 25 mililiter sel darah putih pekat.
Darah tali pusat dibekukan sehingga suhu mencapai -180 darjah Celcius sebelum dipindahkan ke tangki simpanan dengan suhu bekusejuk dikekalkan pada suhu bawah -150 darjah Celcius.

Sel tunjang darah telah digunakan sejak 1960-an untuk pemindahan sel tunjang, menurut platform online HealthHub. Rawatan itu berpotensi menyembuhkan banyak penyakit, terutamanya barah berkaitan darah.
Namun, ramai pesakit yang memerlukan pemindahan sel tunjang tidak mempunyai sel tersebut , yang biasanya diperoleh daripada adik beradik yang sepadan.
Khidmat menyimpan unit darah tali pusat muncul sejak 20 tahun lalu, kata MOH.
Menurut kumpulan penjagaan kesihatan SingHealth, darah tali pusat mengandungi sel tunjang bayi baru lahir yang dapat disesuaikan dengan mana-mana persekitaran, menjadikannya ideal untuk pemindahan pesakit barah yang sistem imunnya sudah terjejas akibat kemoterapi atau terapi radiasi.
Pemindahan sel tunjang dilakukan selepas kemoterapi atau terapi radiasi.
Sel itu kemudian masuk ke sumsum tulang belakang pesakit, menjana semula sel darah yang diperlukan untuk mencipta darah baru dan sistem imun.
Menurut Bank Darah Tali Pusat Singapura, lebih 35,000 pemindahan darah tali pusat telah dilakukan di seluruh dunia untuk merawat penyakit, termasuk barah darah seperti leukemia dan limfoma.
Kebanyakan daripada pesakit pemindahan itu menerima darah tali pusat yang didermakan kepada bank awam.

Enam orang di Singapura disahkan menghidap barah berkaitan darah setiap hari. Lebih dua pertiga daripada mereka yang didiagnosis tidak dapat mencari unit sel tunjang yang sesuai daripada penderma sumsum tulang dewasa, kata SingHealth di laman webnya.
Doktor juga mendapati faedah menggunakan darah tali pusat dalam pemindahan "jauh lebih baik" daripada sumsum tulang dewasa, tambahnya.
APAKAH KEKURANGAN DARAH TALI PUSAT?
Kolej Obstetrik dan Pakar Sakit Puan Amerika (ACOG) berkata di laman webnya bahawa kelemahan darah tali pusat ialah ia tidak mengandungi banyak sel tunjang.
"Unit daripada beberapa penderma boleh digabungkan untuk menambah bilangan sel tunjang jika pemindahan diperlukan untuk orang dewasa, " kata ACOG.
Sel tunjang kanak-kanak juga tidak boleh digunakan untuk merawat penyakit disebabkan genetik pada kanak-kanak itu. Semua sel tunjang mempunyai gen sama yang menyebabkan penyakit itu.
"Terdapat kepercayaan yang salah bahawa sel tunjang bayi yang disimpan dalam bank darah tali pusat privet boleh digunakan jika kanak-kanak itu menghidap leukemia di kemudian hari," kata Akademik Pediatrik Amerika (AAP).
"Bukti saintifik, bagaimanapun, menunjukkan bahawa sel tunjang bayi sudah mengandungi sel leukemia yang mungkin berubah menjadi barah, dan rawatan telah menyebabkan kemunculan semula leukemia.
"Kemungkinan sel darah tali pusat bayi akan digunakan untuk pemindahan adalah 30 kali lebih besar dalam sistem perbankan darah tali pusat awam berbanding dengan perbankan darah tali pusat swasta."
Menurut Bank Darah Tali Pusat Singapura, unit darah tali pusat di bank awam disediakan untuk pesakit yang paling memerlukannya – mungkin juga penderma atau orang lain.
Walaupun penderma diberi keutamaan, dalam kes di mana unit darah yang sama diperlukan, terpulang kepada doktor pemindahan untuk menentukan sama ada lebih baik untuk menggunakan unit darah tali pusat penderma itu sendiri.
Data menunjukkan bahawa "tidak mungkin" penderma akan perlu menggunakan unit darah tali pusat mereka sendiri, kerana kebanyakan doktor pemindahan mungkin tidak merasakan bahawa ia adalah pilihan terbaik.
"Ini kerana ia mungkin sudah membawa genetik tidak normal yang menyebabkan kegagalan sistem imun atau barah," tambahnya.

Sumber : CNA/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.