Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jejambat PIE roboh: Tuduhan terhadap pengarah urusan Or Kim Peow Contractors digugurkan

Dakwaan-dakwaan terhadap pengarah urusan syarikat binaan yang berdepan dengan prosiding mahkamah berhubung sebuah jejambat yang roboh pada 2017 digugurkan pada Rabu (31 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Jejambat PIE roboh: Tuduhan terhadap pengarah urusan Or Kim Peow Contractors digugurkan

Jurutera mengaku tahu kesilapan rekaan, rekahan struktur sebelum kemalangan. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 31 Jul 2019 01:24PM Dikemas Kini : 31 Jul 2019 01:30PM

SINGAPURA: Dakwaan-dakwaan terhadap pengarah urusan syarikat binaan yang berdepan dengan prosiding mahkamah berhubung sebuah jejambat yang roboh pada 2017 digugurkan pada Rabu (31 Jul).

Ini selepas dia diberikan amaran bersyarat oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), sehari sebelum perbicaraan yang melibatkan syarikatnya Or Kim Peow Contractors dijadual bermula.

Dakwaan-dakwaan terhadap Encik Or Toh Wat, 51 tahun, digugurkan tetapi tidak dbebaskan daripada dua tuduhan di bawah Akta Kawalan Bangunan dan satu tuduhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja.

Pengarah urusan Or Kim Peow Contractors itu didakwa atas kesalahan-kesalahan melibatkan kerja-kerja binaan yang tidak diluluskan dan juga kelemahan-kelemahan yang ada kaitan dengan kematian seorang pekerja dan kecederaan yang dialami oleh 10 pekerja lain.

Seramai 11 pekerja berada di atas bahagian jejambat Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) yang belum siap semasa ia roboh pada awal pagi 14 Julai 2017.

Peguam bela Encik Or memberitahu mahkamah bahawa para pegawai MOM dan BCA sudah mengeluarkan amaran bersyarat terhadap anak guamnya berhubung ketiga-tiga tuduhan tersebut.

Or Kim Peow Contractors dijadual dibicarakan pada Khamis atas satu tuduhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja.

Syarikat itu dituduh tidak melakukan penilaian risiko yang sewajarnya apabila ia mendapat tahu bahawa terdapat keretakan pada struktur-struktur sokongan dan syarikat berkenaan juga tidak menghentikan kerja-kerja yang dijalankan pada bahagian-bahagian yang terjejas walaupun setelah keretakan dikesan.

Tiga lagi individu yang didakwa berhubung insiden tersebut tetap akan dibicarakan seperti yang dijadualkan.

Sumber : CNA/AW/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan