Skip to main content

Singapura

Jejambat PIE roboh: Or Kim Peow Contractors diberikan S$43.8 juta susuli prosiding timbang tara

Syarikat binaan Or Kim Peow Contractors diberikan sekitar S$43.8 juta menyusuli prosiding timbang tara terhadap syarikat perunding CPG Consultants  berhubung jejambat Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) yang roboh semasa kerja-kerja binaannya pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat binaan Or Kim Peow Contractors diberikan sekitar S$43.8 juta menyusuli prosiding timbang tara terhadap syarikat perunding CPG Consultants  berhubung jejambat Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) yang roboh semasa kerja-kerja binaannya pada 2017.

Jejambat yang belum siap itu roboh pada awal pagi 14 Julai 2017, sedang 11 pekerja berada di atasnya.

Ini menyebabkan seorang daripada mereka terbunuh, manakala 10 yang lain cedera.

Syarikat itu mengambil CPG untuk menyediakan khidmat reka bentuk bagi jejambat itu.

Keputusan prosiding timbang tara tersebut diumumkan oleh OKP Holdings, syarikat induk Or Kim Peow Contractors di Bursa Singapura pada Isnin (6 Mac).

Or Kim Peow dan pengarah projek serta juruteranya didakwa di mahkamah atas kejadian itu.

Syarikat itu didapati bersalah kerana gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menjaga keselamatan para pekerja.

Kontrak Or Kim Peow bersama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk membina jejambat itu ditamatkan dan diserahkan kepada syarikat lain.

Jejambat itu, yang kini dinamakan Jejambat Tampines, dibuka pada 19 Februari, selepas tertangguh selama tiga tahun.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita