Skip to main content

Singapura

Jejambat PIE roboh: kontraktor & 5 individu didakwa

Syarikat binaan Or Kim Peow (OKP) Contractors dan lima individu hari ini (30 Mei) didakwa berhubung peranan mereka dalam kejadian jejambat PIE roboh di Upper Changi pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 May 2018 12:21PM Dikemas Kini : 31 May 2018 12:57AM

SINGAPURA: Syarikat binaan Or Kim Peow (OKP) Contractors dan lima individu hari ini (30 Mei) didakwa berhubung peranan mereka dalam kejadian jejambat PIE roboh di Upper Changi pada tahun lalu.

Syarikat tempatan itu, Pengarah Eksekutifnya Or Toh Wat, Jurutera Profesional Robert Arianto Tjandra, Jurutera Projek Wong Kiew Hai, Pengarah Projek Allen Yee dan Pemeriksa Bertauliah Leong Sow Hon dituduh atas beberapa kesalahan di bawah Akta Kawalan Binaan dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.

Warga China Chen Yinchuan, 31 tahun, maut dalam insiden pada 14 Julai lalu itu manakala 10 yang lain cedera.

Sebuah pasukan berbilang agensi menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut dan mendapati sesangga – iaitu pendakap yang membantu menyokong palang-palang – runtuh. Keretakan juga dikesan di kawasan-kawasan yang menyokong lagi 11 bahagian lain jejambat itu.

Pertuduhan ke atas syarikat itu termasuk gagal menjalankan penilaian risiko yang mencukupi pada sesangga-sesangga setelah menyedari tentang keretakan yang kelihatan dan gagal menghentikan kerja di kawasan di mana terdapat rekahan baru. Or berdepan tuduhan-tuduhan serupa.

Selain itu, Or juga didakwa menjalankan kerja-kerja pengukuhan tanpa kelulusan Suruhanjaya Kawalan Bangunan.

Tjandra, Wong dan Yee pula didakwa atas kesalahan “cuai menjalankan kerja-kerja yang membahayakan keselamatan orang lain”.

OKP Contractors diberi projek tersebut meskipun penilaian ke atas syarikat mereka menunjukkan “markah prestasi rendah” dan ini didedahkan di Parlimen pada bulan Ogos tahun lalu.

Beberapa hari sebelum kemalangan itu, OKP disabit kesalahan berkaitan insiden berasingan yang juga membawa maut di tapak kerja lain pada tahun 2015. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita