Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jejambat baru KJE, Senja Road dibuka pada 17 Dis

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jejambat baru Ekspreswe Kranji (KJE) dan Senja Road akan dibuka pada 17 Disember ini, jam 10.00 malam, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (6 Dis).

Jejambat tersebut, yang dihubungkan kepada Ekpreswe Bukit Timah (BKE), akan menyediakan para penduduk di Senja, Jelapang dan Segar dengan laluan perjalanan terus yang lebih singkat di kedua-dua ekspreswe itu, menurut LTA.

LTA memulakan kerja-kerja pembinaan jejambat tersebut, yang merentasi KJE hingga ke Senja Road, pada November 2017. Ini termasuk penambahbaikan pada rangkaian jalan raya yang terletak bersebelahannya.

LTA menyatakan ia sudah membuka jejambat itu secara berperingkat-peringkat dan membuat perubahan yang sepadan kepada jalan-jalan raya bersebelahan.

Ia menambah bahawa sebahagian daripada jejambat baru itu yang menghala ke KJE (PIE, Tuas) dan Woodlands Road sudahpun dibuka pada Januari tahun ini.

"Seterusnya, Senja Link dan sebahagian daripada Senja Road diubah kepada jalan sehala pada April untuk meluaskan kapasiti jalan raya, dengan jangkaan peningkatan pada lalu lintas di kawasan itu," LTA maenyatakan.

Beberapa bahagian jejambat itu kemudian dibuka pada 25 September lalu untuk membolehkan lalu lintas keluar dari Senja Road ke BKE.

LTA menyatakan bahagian selebihnya jejambat itu, yang bakal dibuka pada 17 Disember nanti, akan "membolehkan penduduk untuk pulang ke Bukit Panjang dengan menggunakan laluan yang lebih terus dan singkat dari KJE/BKE".

"Menjelang pembukaannya, LTA mendampingi para penduduk dan pihak berkepentingan mengenai perubahan pada rangkaian jalan raya tersebut," tambah penguasa itu.

Papan tanda lalu lintas bermaklumat dan berarah akan dipasangkan di kawasan sekitar menjelang pembukaan jalan-jalan susur bagi memberi panduan kepada pengguna jalan raya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan