Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jejak Warisan Hougang teroka salah satu estet perumahan tertua Singapura

Satu lagi jejak warisan dilancarkan hari ini (29 Okt). Tahukah anda, erti perkataan Hougang atau sering disebut "Au Kang" dalam dialek Teochew.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Oct 2020 08:16PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 09:42PM

SINGAPURA: Satu lagi jejak warisan dilancarkan hari ini (29 Okt).

Tahukah anda, erti perkataan Hougang atau sering disebut "Au Kang" dalam dialek Teochew.

Banyak maklumat seperti itu dapat anda diketahui di laluan Jejak Warisan Hougang, salah satu estet perumahan tertua di negara ini.

Ia kaya dengan sejarah hubungan antara kaum dan agama yang terjalin dengan baik.

Jejak Warisan Hougang yang dilancarkan Lembaga Warisan Negara (NHB) menampilkan 18 tapak warisan meliputi agama-agama berbeza.

Misalnya dalam kawasan kurang daripada 4 kilometer di Upper Serangoon Road, ada tiga rumah ibadat yang secara keseluruhannya berusia lebih 300 tahun.

Ia termasuk Masjid Haji Yusoff yang dibina pada 1921.

Di kawasan Jejak Warisan Hougang itu juga ada dua Monumen Negara iaitu Kuil Tou Mu Kung yang berusia hampir 120 tahun dan Gereja Nativity of the Blessed Virgin Mary.

"Melalui Jejak Warisan Hougang dan jejak-jejak warisan kami yang lain, kami berharap kami dapat mendorong warga Singapura untuk menjelajahi kawasan kejiranan mereka sendiri dan untuk menikmati dan menghargai warisan tempatan yang ada," kata Timbalan Pengarah Pendidikan dan Pendekatan Masyarakat, Norsaleen Salleh.

Jejak Warisan Hougang merangkumi tiga laluan yang akan membawa para pengunjung ke mercu-mercu tanda di Hougang, institusi-institusi perkhidmatan serta seni bina yang menarik.

Panduan Jejak Warisan Hougang boleh didapati dalam empat bahasa dan boleh dimuat turun dari portal warisan NHB. 

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan