Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jejak warisan baru di Pasir Ris dilancar

Satu jejak warisan baru dilancar Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Khamis (19 Dis) bagi membolehkan para pengunjung mengenali sejarah kaya Pasir Ris dan menampilkan warisan bandar itu sebagai kejiranan menarik bagi penduduk tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2019 10:19PM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 10:25PM

SINGAPURA: Ramai yang mengenali Pasir Ris sebagai kawasan pantai yang menawarkan banyak pilihan tempat tinggal.

Satu jejak warisan baru dilancar Lembaga Warisan Negara (NHB) pada Khamis (19 Dis) bagi membolehkan para pengunjung mengenali sejarah kaya Pasir Ris dan menampilkan warisan bandar itu sebagai kejiranan menarik bagi penduduk tempatan.

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA...

Encik Jamil Rimon sudah tinggal di Pasir Ris sepanjang hidupnya dan menjadi saksi bagaimana "kampungnya itu" berubah saban tahun.

Di tengah-tengah arus permodenan itu, masih wujud tempat beliau bermain ketika zaman kanak-kanaknya - sebuah kolam di mana beliau akan menangkap ular, memancing atau berenang.

"Saya lebih suka orang mengetahui berkenaan Pasir Ris. Jadi orang tahu Pasir Ris (dahulu) ini apa, sekarang apa. Jadi Pasir Ris ini satu hari akan jadi mungkin satu kebanggaan orang Singapura," kata penduduk Pasir Ris berusia 68 tahun itu.

Harapan Encik Jamil tercapai apabila Lembaga Warisan Negara (NHB) melancarkan Jejak Warisan Pasir Ris setelah membuat kajian selama sekitar setahun setengah.

Bagi tujuan itu juga, NHB mendapatkan maklum balas daripada sekitar 30 penduduk lama dan baru Pasir Ris.

Orang ramai boleh menyertai jejak warisan itu melalui tiga laluan berbeza yang secara keseluruhan menjadikan jejak warisan berkenaan sepanjang 14 kilometer.

Antara tempat menarik yang ditampilkan adalah Pusat Penjaja Pasir Ris Central, Masjid Al-Istighfar serta kawasan pantai estet tersebut.

2 LAGI JEJAK WARISAN BAKAL DILANCARKAN

"Kami berharap melalui Jejak Warisan Pasir Ris ini kami dapat memupuk rasa bangga dan kepunyaan penduduk di sini, menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan rakyat Singapura dan pelawat dan menggalakkan lebih ramai lagi orang untuk melawat Pasir Ris dan menikmati warisan ini," kongsi timbalan pengarah pendidikan & pelibatan masyarakat NLB, Norsaleen Salleh.

Buat masa ini, terdapat 19 jejak warisan di sini dan lebih banyak lagi boleh dijangkakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Dua daripadanya iaitu di Hougang dan Sembawang akan dilancarkan tahun depan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha NHB dalam membawa aspek warisan lebih dekat kepada penduduk.  

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan