Jejak Seni papar 12 karya kontemporari tentang kisah alternatif sejarah Kampong Gelam
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Roslinda Rahmat/BERITA Mediacorp
SINGAPURA: Kampong Gelam dahulu terkenal sebagai sebuah pusat penerbitan bahan pendidikan dan sastera Melayu.
Kedai buku Wardah Books di Bussorah Street yang dibuka sejak 2002 mahu mempertahankan ikatan sejarah tersebut dan usahanya itu mendapat suntikan baharu menerusi pameran Jejak Seni anjuran badan seni bebas, Open House (OH!).
Ia dilakukan menerusi karya Isabella Ong, salah seorang daripada 12 seni seniman kontemporari dari dalam dan luar negara yang terlibat dalam pameran seni tahunan itu.

Setiap karya dipaparkan di 12 perhentian di merata kawasan Kampong Gelam dan berkongsi cerita-cerita yang jarang diketahui tentang kawasan itu.
Karya Cik Ong menonjolkan asal usul nama Kampong Gelam.
"Menyatukan konsep pokok Gelam dengan pencetakan. Jadi pokok Gelam itu dia buatkan kertas dan dia buatkan dakwat untuk tulis pada kertas itu. Jadi ini satu usaha yang membuat konsep Gelam itu mengambil bentuk fizikal - supaya kita dapat lihat dan dapat tahu bahawa pokok gelam adalah penting kepada masyarakat Kampong Gelam di sini.
"Kesenian adalah satu saluran yang mana kita boleh paparkan budaya dan sejarah kita. Ramai daripada seniman ini adalah dari bangsa bukan Melayu. Jadi kaca mata mereka unik. Dan saya harap apa yang mereka ketengahkan akan menyedarkan bukan sahaja Melayu/Islam di Singapura tetapi semua khalayak ramai," kongsi Pengasas Wardah Books, Encik Ibrahim Tahir.

Cik Ong banyak membuat kajian dan memanfaatkan teknologi serta bahan-bahan kitar semula.
"Saya merujuk dengan beberapa ahli botani untuk mengetahui tentang pokok Gelam. Saya meneroka morfologinya menggunakan algoritma dan bagaimana algoritma dengan beberapa baris kod boleh menjadi seperti benih yang boleh tumbuh menjadi pokok. Membuat kertas dan dakwat daripada pokok Gelam juga sangat penting bagi saya, kerana ia menyentuh tentang hubungan ekologi masa lalu yang kami ada dengan pokok itu," kongsi beliau.
Lantaran itu, beliau mengutip sisa pohon Gelam yang dicantas pihak berkuasa, untuk menghasilkan karya seninya yang dipaparkan di Wardah Books.
"Kertas yang saya pamerkan dibuat daripada kulit batang pokok Gelam. Saya pungut secebis demi secebis sebanyak mungkin daripada taman-taman di sekeliling kawasan. NParks sedang mencantas pokok-pokok di kawasan itu. Jadi OH! menelefon saya agar cepat datang dan saya pun (bawa) bakul dan saya pun kutip kesemua dahan dan ranting pohon-pohon Gelam Dakwatnya juga saya buat daripada dahan dan rantingnya. Untuk jadikan arang, saya bakar. Prosesnya memakan masa dua bulan."
Perniagaan warisan di Kampong Gelam lain yang mengambil bahagian termasuk Sifr Aromatics dan VSS Varusai Mohamed & Sons.

Sejak 2009, OH! telah menyediakan pengalaman unik untuk orang ramai menghargai seni dan warisan di luar muzium serta galeri - dari rumah orang yang tidak dikenali, hingga ke ruang awam yang kurang digunakan.
Tiket-tiket untuk mengikuti Jejak Seni OH! Kampong Gelam boleh didapatkan daripada Klook.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.