Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jeannette Chong-Aruldoss letak jawatan dari CEC SPP

 Jeannette Chong-Aruldoss meletakkan jawatan daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Rakyat Singapura (SPP).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2019 09:42AM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 11:27PM

SINGAPURA: Jeannette Chong-Aruldoss meletakkan jawatan daripada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Rakyat Singapura (SPP). Demikian diumumkan parti tersebut di laman Facebooknya pada Rabu (4 Sep).

Selain mengumumkan peletakan jawatan Cik Chong-Aruldoss, SPP menyatakan ia sedang dalam perancangan untuk memilih sebuah pasukan pemimpin parti yang baru pada bulan depan.

SPP bakal mengadakan sidang parti dwitahunan pada 16 Oktober dan ia menyatakan ini peluang untuk memilih "pemimpin benar-benar bersemangat yang akan membantu kami membawa parti maju ke hadapan".

"SPP akan berusia 25 tahun pada November. Sedang kami mencapai mercu tanda penting ini, ia menggembirakan kami untuk melihat begitu ramai pemimpin muda yang berwibawa, cekap dan prihatin tampil untuk berkhidmat kepada negara," kata Pengerusi SPP Lina Chiam.

Setiausaha Agung parti itu buat masa ini ialah Encik Chiam See Tong.

Kenyataan tersebut menambah: "Sementara itu, SPP ingin mengumumkan peletakan jawatan Jeannette-Chong Aruldoss dari CEC parti. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas khidmatnya dan mengharapkan yang terbaik bagi masa depannya".

Mediacorp sudahpun cuba mendapatkan komen daripada Cik Chong-Aruldoss.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan