Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jean Marshall, perintis kerja sosial dan isteri David Marshall, meninggal dunia

Cik Jean Marshall, perintis kerja sosial dan isteri mantan ketua menteri David Marshall, meninggal dunia pada Isnin (29 Mac). Beliau berusia 94 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Jean Marshall, perintis kerja sosial dan isteri David Marshall, meninggal dunia

Cik Jean Marshall, balu David Marshall, pada 5 Jan 2016. (Gambar: TODAY/Don Wong)

Diterbitkan : 30 Mar 2021 08:31AM Dikemas Kini : 30 Mar 2021 08:35AM

SINGAPURA: Cik Jean Marshall, perintis kerja sosial dan isteri mantan ketua menteri David Marshall, meninggal dunia pada Isnin (29 Mac).

Beliau berusia 94 tahun.

Dalam surat kepada empat anaknya - Ruth, Sarah, Joanna dan Jonathan - Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan takziah, sambil menarik perhatian tentang sumbangan Cik Marshall kepada Singapura.

Beliau membuat "sumbangan penting" kepada kerja sosial perubatan, termasuk Palang Merah di Malaya, kata Encik Lee.

Beliau juga sukarelawan di rumah pemulihan Persatuan Kanak-kanak Singapura untuk hampir 20 tahun.

"Dilahirkan sebagai warga Britain, Jean menjadikan Singapura sebagai tempat tinggalnya dan banyak menyumbang kepada masyarakat kita," tulis Encik Lee.

Beliau menambah bahawa Cik Marshall ialah "pasangan hidup setia" kepada Encik Marshall, yang dikahwininya pada 1961.

"Beliau berada di sisi Encik Marshall bila beliau berkhidmat sebagai Duta Besar Singapura ke Perancis, dan menawarkan layanan ramah kepada warga asing untuk memperkenalkan mereka ke Singapura, dan juga kepada warga Singapura di Perancis agar mereka kurang merindui tanah air," tulis Encik Lee.

"Apabila saya mengunjungi Paris pada 1989, beliau juga menjaga saya dengan baik. Walaupun ada jurang usia antara kami, kami tetap serasi bersama."

Encik Lee berkata bahawa beliau telah menulis surat bagi mengucapkan semoga Cik Marshall cepat sembuh ketika beliau dimasukkan ke hospital beberapa minggu lalu dan "sangat gembira" bahawa beliau cukup sihat untuk membalasnya.

"Namun sekarang beliau telah meninggalkan kita, dan kita meratapi kehilangan salah seorang wanita perintis Singapura kita," katanya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan