JCube akan dibangun semula; blok apartmen setinggi 40 tingkat akan dibina
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pusat beli-belah di Jurong East, JCube, akan menghentikan operasinya mulai 7 Ogos untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah bangunan kediaman yang baru merangkumi ruang komersial pada tingkat satu dan dua.
Dalam kenyataannya, CapitaLand Development (CLD) turut mendedahkan bahawa ia sudah mendapatkan kebenaran sementara daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk membangunkan semula tapak JCube untuk membina sebuah blok apartmen setinggi 40 tingkat yang penjualannya akan dilancarkan di pasaran pada separuh kedua 2023.
Bangunan baru itu, yang dijangka selesai dibina pada 2027, akan "melengkapi rancangan Pemerintah untuk menawarkan rumah baru - bersamaan perniagaan baru, kemudahan riadah dan kemudahan-kemudahan lain ke Daerah Tasik Jurong (JLD).
CEO CLD Tan Yew Chin berkata: "JLD semakin pantas terbentuk sebagai model Singapura bagi kehidupan yang mampan dan bijak. Kami berbesar hati dapat mengukuhkan kehadiran CapitaLand yang meluas di kawasan itu demi menyumbang kepakaran dalam bidang hartanah untuk membina satu lagi bangunan luar biasa yang akan menyokong transformasi JLD."
Bangunan baru itu akan dihubungkan secara langsung dengan stesen pertukaran MRT Jurong East, Westgate dan IMM melalui J-Walk yang merupakan laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan tersebut.
CLD menambah bahawa ia juga akan dihubungkan dengan
Hab Pengangkutan Bersepadu Jurong East, termasuk pusat pertukaran bas yang berhawa dingin, perpustakaan awam, kelab masyarakat dan pusat sukan antara ruang-ruang komersial yang lain.
Seiring dengan rancangan Pemerintah untuk mewujudkan lebih banyak rumah dan perniagaan, CLD menyatakan JLD dijangka akan menyediakan 100,000 pekerjaan baru dan 20,000 rumah baru menjelang 2040 hingga 2050, menambah kepada 1 juta penduduk yang sudahpun tinggal di bahagian barat Singapura.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.