Jawatankuasa Tiga Pihak saran perlindungan daripada diskriminasi usia, jantina dan kaum di tempat kerja
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Kesaksamaan di Tempat Kerja mengeluarkan sebuah laporan awal yang mengandungi 20 saranan undang-undang anti-diskriminasi di tempat kerja pada Isnin (13 Feb).
Ini termasuk perlindungan lebih kukuh, kaedah penguatkuasaan lebih luas dan larangan tindak balas oleh majikan.
Jika diterima oleh Pemerintah, undang-undang baru itu akan diperkenalkan di samping garis panduan sedia ada mengenai diskriminasi oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP).
Laporan awal itu dilakarkan selepas Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dalam Ucapan Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun lalu bahawa Pemerintah merancang meggubal garis panduan TAFEP menjadi undang-undang.
Jawatankuasa Tiga Pihak, yang ditubuhkan pada Julai 2021, dipengerusikan oleh Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng, ketua buruh Ng Chee Meng dan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF) Robert Yap.
Menurut satu tinjauan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), bilangan individu yang sedang mencari pekerjaan yang melaporkan bahawa mereka menghadapi diskriminasi merosot daripada 43 peratus pada 2018 kepada 25 peratus pada 2021.
Sementara itu, bilangan pekerja yang mengatakan bahawa mereka mengalami diskriminasi di tempat kerja adalah 8 peratus pada 2021.
"Walau bagaimanapun, kami mahu terus bekerja keras untuk menangani diskriminasi di tempat kerja," kata Dr Tan dalam sebuah taklimat media.
"Adalah penting bagi kami untuk menghantar isyarat kuat bahawa kami mempunyai toleransi sifar bagi sebarang bentuk diskriminasi di tempat kerja," tegas beliau lagi.
Dr Tan menambah bahawa satu Rang Undang-Undang bakal diusulkan di Parlimen pada 2024.
CIRI-CIRI YANG DILINDUNGI
Jawatankuasa Perikatan Tiga Pihak menyarankan lima kategori ciri-ciri yang dilindungi di bawah undang-undang bagi kesaksamaan di tempat kerja.
Kategori-kategori tersebut adalah:
1. Usia
2. Kewarganegaraan
3. Jantina, Status Perkahwinan, Status Kehamilan dan Tanggungjawab sebagai penjaga
4. Kaum, Agama dan Bahasa
5. Kurang Upaya dan Keadaan Kesihatan mental
Kategori-kategori tersebut dipilih kerana perlindungan bagi ciri-ciri tersebut menyokong matlamat sosial dan ekonomi Singapura.
Demikian menurut kenyataan media bersama yang dikeluarkan MOM, SNEF dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).
95 peratus daripada aduan diskriminasi yang diterima juga tergolong dalam kategori-kategori tersebut.
Antara 2018 dan 2021, MOM dan TAFEP menerima sebanyak 328 aduan, di mana 189 daripadanya adalah diskriminasi berdasarkan kewarganegaraan, 73 aduan mempunyai kaitan dengan usia dan 46 aduan pula berkaitan dengan jantina. Terdapat juga 34 aduan diskriminasi berdasarkan kaum atau bahasa.
Senarai ciri-ciri yang dilindungi berkemungkinan akan diperluaskan untuk menyertakan kategori-kategori lain kelak.
Apabila ditanya mengapa orientasi seksual tidak disertakan dalam senarai tersebut, Dr Tan menjelaskan bahawa terdapat keperluan untuk bersikap "bijak" dalam menentukan aspek mana untuk disertakan dalam undang-undang, meskipun tidak ada toleransi terhadap kesemua bentuk diskriminasi di tempat kerja.
PENGECUALIAN TERHADAP FIRMA LEBIH KECIL, PERTUBUHAN AGAMA
Syarikat-syarikat dengan kurang daripada 25 pekerja dikecualikan daripada perundangan itu selama lima tahun, menurut jawatankuasa tersebut.
Ini bagi memberikan firma-firma lebih kecil masa untuk memahami undang-undang tersebut dan menguatkuasakan syarat-syarat.
Dr Yap menjelaskan bahawa majikan perusahan kecil seperti kedai-kedai kejiranan dan perniagaan pemula mungkin tidak mempunyai tenaga kerja dan sumber untuk menguatkuasakan dasar-dasar dan proses rasmi bagi mematuhi perundangan tersebut.
Pekerja bagaimanapun masih boleh memfailkan aduan berdasarkan garis panduan TAFEP, sebelum undang-undang itu berkuat kuasa bagi syarikat-syarikat lebih kecil.
Pertubuhan agama juga dibenarkan untuk mempertimbangkan agama sebagai syarat pekerjaan, sementara pertubuhan gabungan agama seperti badan-badan amal, hospital dan sekolah seharusnya mengambil kira agama bagi peranan-peranan tertentu saja.
TUMPUAN KEPADA PENGANTARAAN
Kebanyak pertikaian yang dijangkakan tercetus akan dihuraikan menerusi pengantaran di Gabungan Jawatankuasa Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian sejurus selepas undang-undang tersebut diluluskan. Ini bagi "melindungi harmoni tdi empat kerja dan budaya tempat kerja yang tidak cenderung untuk membuat sebarang tuntutan".
Tempoh rundingan awam selama sebulan akan dilaksanakan selepas ini, dengan laporan muktamadnya dijangka siap pada lewat tahun ini.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.