Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa silang kementerian ditubuh; bantu ibu bapa & sekolah banteras salah guna dadah dalam kalangan belia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa antara kementerian akan tubuhkan bagi mengkaji punca-puncanya, mengapa semakin ramai belia menyalah guna dadah dan apa cara-cara untuk menanganinya.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam mendedahkan jawatankuasa baru itu akan dibentuk tahun ini.

Langkah tersebut diambil sedang cabaran memerangi dadah di Singapura terus meningkat.

Ini termasuklah pandangan semakin liberal terhadap dadah kanabis atau ganja di sebilangan negara jiran serta maklumat salah tentang dadah secara online.

"Kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa antara kementerian yang melibatkan MOE, MSF, MCCY, Persatuan Rakyat, MINDEF, MCI, MOH, jadi kami libatkan semua. Saya akan mempengerusikan jawatankuasa ini dan kami akan cuba meneliti bagaimana kami boleh menumpu kepada usaha pencegahan dadah di rumah-rumah dan bekerjasama dengan ibu bapa di sekolah-sekolah, dalam masyarakat dan Perkhidmatan Negara," kata Encik Shanmugam.

Satu tinjauan Institut Kesihatan Mental (IMH) yang didedahkan pada Rabu (3 Mei) mendapati bahawa kebanyakan penyalah guna dadah mula terjerumus pada usia muda 16 tahun.
 
Tinjauan ke atas 6,500 orang itu mendapati, sekitar 42 peratus responden didapati mengambil dadah sebelum usia 18 tahun.

Sekitar 30 peratus responden pula didapati mengambil dadah di rumah mereka.

"Bagaimana kami boleh bekerjasama dengan lebih baik dengan para ibu bapa? Bagaimana kami boleh cuba dan menyampaikan mesej bahawa dadah adalah masalah yang serius? Ia sudahpun disampaikan kepada ramai rakyat Singapura, sebahagian besar rakyat Singapura pada pendapat saya. Kami perlu menekankan lagi mesej itu dengan menegaskannya lagi. Juga kami juga perlu mendekati golongan muda itu sendiri. Itulah sebabnya kami perlu bekerjasama dengan ibu bapa, dengan masyarakat, dengan sekolah-sekolah, Perkhidmatan Negara," tambah Encik Shanmugam.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan