Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa Pilihan bagi kaji isu kepalsuan online pelawa masyarakat kongsi pandangan bertulis

Jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan untuk meneliti isu kepalsuan online disengajakan mempelawa orang ramai supaya berkongsi pandangan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Pilihan bagi kaji isu kepalsuan online pelawa masyarakat kongsi pandangan bertulis

Barisan anggota Jawatankuasa Pilihan.

Diterbitkan : 16 Jan 2018 06:37PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 06:38PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Pilihan yang ditubuhkan untuk meneliti isu kepalsuan online disengajakan mempelawa orang ramai supaya berkongsi pandangan mereka.

Demikian menurut satu kenyataan parlimen yang dikeluarkan hari ini (16 Jan).

Pandangan bertulis itu boleh dibuat dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu atau Tamil dan perlu disertakan nama penulis, pekerjaan, alamat, nombor telefon, alamat emel dan nombor kad pengenalan/pasport; pengenalan ringkas mengenai pertubuhan yang diwakili (jika ada); sama ada penulis (yang mewakili pertubuhan itu) ada sebarang kepentingan kewangan atau perkara lain berhubung siasatan Jawatan Pilihan dan sama ada penulis bersedia untuk bertemu dengan jawatankuasa untuk memberikan bukti jika ada.

Ia perlu dihantar kepada:

The Clerk of Parliament, Parliament House,1 Parliament Place, Singapura 178880 atau kirimkan emel kepada selectcommittee [at] parl.gov.sg.

Tarikh tutup adalah pada pukul 4.30 petang, 28 Februari 2018.

Jawatankuasa itu, yang dijangka mengadakan perbincangan awam pada separuh kedua bulan Mac ini, mungkin menerbitkan beberapa respons bertulis yang diterimanya, menurut kenyataan itu lagi.

"Saya menggalak semua orang yang berminat dengan isu ini supaya menulis dan berkongsi pandangan serta saranan mereka," kata Timbalan Speaker Parlimen Charles Chong, yang mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan itu.

"Saya juga meminta anggota jawatankuasa supaya membantu mendampingi individu dan pertubuhan yang akan memberikan perspektif berguna kepada tugas kita," tambah beliau.

Lain-lain anggota Jawatankuasa Pilihan itu adalah: Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam, Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan merangkap Pendidikan Janil Puthuchaery, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee, Anggota Parlimen (AP) Rahayu Mahzam, Seah Kian Peng, Sun Xueling dan Edwin Tong, serta AP Parti Pekerja (WP) Pritam Singh dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Chia Yong Yong.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan