Jawatankuasa Penasihat terima 1,300 maklum balas lindungi pekerja bebas, khidmat online
Seruan bagi lebih banyak sokongan persaraan dan perumahan untuk para pekerja bebas.
SINGAPURA: Seruan bagi lebih banyak sokongan persaraan dan perumahan untuk para pekerja bebas.
Demikian antara 1,300 maklum balas yang diterima jawatankuasa penasihat yang sedang menyemak cara untuk memperkukuh perlindungan bagi para pekerja khidmat online.
Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia, Dr Koh Poh Koon, berkongsi perkembangan itu dalam catatan Facebooknya.
Menurut Dr Koh, terdapat pelbagai pendapat namun semua setCPFuju bahawa sistem sokongan yang lebih mampan diperlukan. Ini termasuk memastikan syarikat-syarikat dalam ekonomi pekerja bebas menyumbang kepada skim simpanan CPF pekerja serta memberikan perlindungan asas bagi kecederaan berkaitan pekerjaan.
Para responden juga menyokong perwakilan pekerja yang lebih baik untuk memperbaiki keadaan bekerja.
Namun, mereka prihatin tentang kesan terhadap kos seperti gaji yang dibawa pulang serta harga yang dibayar pengguna.
Dr Koh berkata jawatankuasa penasihat itu akan menilai pilihan yang diberikan dan berkongsi lebih banyak perkembangan dalam bulan-bulan mendatang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.