Jawatankuasa korban 2027 ditubuhkan September, lebih awal bagi perkemas perancangan: Zaqy Mohamad
Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 400 kambing terjejas. (Gambar: Facebook/The Meat Brothers)
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad mendedahkan bahawa Jawatankuasa SalamSG Korban bagi tahun depan akan ditubuhkan pada bulan September nanti, iaitu lebih awal berbanding tahun sebelumnya bagi membolehkan perancangan yang lebih baik dilaksanakan.
"Libat urus dengan masjid dan pengendali korban tempatan akan bermula enam hingga lapan bulan sebelum Hari Raya Haji untuk memberi lebih banyak masa bagi mendapatkan kelulusan kawal selia luar negara dan membuat perancangan yang lebih baik. MUIS akan terus memantau keberkesanan langkah ini dan membuat penyesuaian lanjut jika perlu."
"Pemerintah akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan untuk memastikan anggota masyarakat Melayu/Islam dapat melaksanakan ibadah korban dengan yakin, sama ada di dalam atau di luar negara," kata Encik Zaqy.
Encik Zaqy memberi kemas kini itu di Parlimen pada Rabu (5 Ogos) sebagai menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen GRC East Coast, Hazlina Halim, berkenaan persiapan MUIS untuk ibadah korban tahun depan setakat ini.
Dalam satu jawapan bertulis kepada pertanyaan BERITA Mediacorp, MUIS mendedahkan bahawa jawatankuasa SalamSG Korban telah memulakan tugas operasi pada November 2024 untuk ibadah korban 2025.
Untuk ibadah korban tahun ini pula, jawatankuasa itu mula beroperasi pada penghujung September 2025.
Pihak MUIS menambah bahawa sebagai sebahagian daripada usaha berterusan badan itu untuk memperkukuh perancangan dan pelaksanaan, jawatankuasa itu juga akan beroperasi dengan cara yang berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya.
Sebelum ini, hanya satu Jawatankuasa SalamSG Korban yang menyelia kedua-dua operasi korban di dalam dan luar negara.
Menurut MUIS, di bawah jawatankuasa SalamSG Korban untuk ibadah korban tahun depan, jawatankuasa itu akan dibahagikan kepada dua cabang
Cabang yang pertama akan bertanggungjawab menyelia operasi korban luar negara manakala satu lagi cabang jawatankuasa akan memantau operasi korban tempatan.
Kedua-dua jawatankuasa tersebut akan memulakan tugas pada awal September bagi membolehkan perancangan, penyelarasan dan pemantauan operasi yang lebih tertumpu, menurut MUIS lagi.
Semasa menjawab pertanyaan Cik Hazlina juga, Encik Zaqy juga mengulangi bahawa MUIS akan melaksanakan tiga langkah untuk memperbaiki proses korban tempatan.
Ia termasuk memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap kesiapsiagaan operasi pengendali korban tempatan, khususnya terhadap para pengendali baharu.
Selain itu, Encik Zaqy juga berkata bahawa MUIS akan memperkukuhkan lagi syarat kontrak dan operasi bagi pengendali korban.
Ketiga-tiga langkah tersebut kali pertama dilaporkan semasa sesi parlimen bulan Julai apabila bekas Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Encik Fadli Fawzi.

Ia menyusuli kegenjotan yang berlaku semasa musim Haji 2026 di mana 400 ekor kambing tidak berjaya dibawa masuk ke Singapura oleh pengendali The Meat Brothers tepat pada masanya.
PROSES MEMULANGKAN WANG SOHIBUL KORBAN YANG TERJEJAS OLEH IBADAH KORBAN KENDALIAN TMB
Semasa bercakap di Parlimen, Encik Zaqy turut memberi kemas kini tentang proses pengembalian wang kepada para sohibul korban yang terjejas oleh ibadah korban kendalian The Meat Brothers.
Ia juga sebagai menjawab kepada pertanyaan Cik Hazlina tentang proses tersebut yang dikatakan akan selesai menjelang awal Ogos.
Encik Zaqy menjawab berkata: "Sebahagian sohibul korban telah menerima bahagian daripada The Meat Brothers. Bagi mereka yang masih belum menerimanya, saya memohon kesabaran. Dan bagi mereka yang menghadapi masalah, sila hubungi MUIS kerana kita akan memberi dan menyusuli mereka kepada The Meat Brothers."
Encik Zaqy juga sudah dimaklumkan oleh syarikat pengendali itu yang memberi keyakinan ia akan menyelesaikan pembayaran balik sohibul korban yang terjejas menjelang awal bulan ini.
Selain itu, Anggota Parlimen Parti Pekerja (WP), Fadli Fawzi juga bertanya sama ada MUIS akan mempertimbangkan untuk menambah pampasan kepada mana-mana sohibul korban yang terjejas akibat gangguan sebagai kriteria pelesenan masa hadapan.
Encik Fadli memberi contoh bagaimana pampasan itu boleh berbentuk membenarkan sohibul korban yang terjejas untuk menyertai penyembelihan hidup secara fizikal pada kadar yang dikurangkan pada tahun-tahun akan datang.
Menjawab pertanyaan itu, Encik Zaqy berkata bahawa cara itu boleh dipertimbangkan.
Namun, beliau menambah bahawa MUIS akan melihat bagaimana untuk menyertakan saranan itu dalam proses ibadah korban.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.