Jawatankuasa kecil peniaga Melayu/Islam Nee Soon dilancarkan; usaha semarak semangat keusahawanan peniaga
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Yishun Central Merchant Association )
SINGAPURA: Persatuan Pedagang Yishun (YCMA) melancarkan sebuah Jawatankuasa kecil peniaga Melayu/Islam.
Ia akan memberi platform kepada para peniaga Melayu/Islam, yang sudah lama meniaga mahupun yang baharu, untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Penubuhan jawatankuasa kecil itu diumumkan di pelancaran Bazar Ramadan Nee Soon Sabtu lalu (9 Mac).
Acara itu diserikan dengan kehadiran para penasihat akar umbi GRC tersebut, termasuk Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-undang, K Shanmugam dan Menteri Negara Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Bazar Ramadan @ Nee Soon yang terletak bertentangan dengan stesen MRT Yishun itu merupakan acara pertama dianjurkan oleh Jawatankuasa kecil peniaga Melayu/Islam tersebut.

Terdapat 15 gerai yang menjual pelbagai barangan kraf serta makanan dan minuman tempatan.
Kira-kira 40 peratus peniaga di bazar Ramadan itu merupakan penduduk Nee Soon sendiri.
Ada yang sudah menjalankan perniagaan di rumah (HBB) ataupun yang baharu berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.
"Saya rasa bangga kerana kalau kita lihat di merata Singapura, mungkin tidak banyak jawatankuasa Melayu/Islam atau peniaga Melayu/Islam di estet-estet. Ini mungkin yang pertama kali diadakan dan mereka bekerjasama dengan peniaga-peniaga di Nee Soon," kata Dr Faishal.
Beliau memuji kegigihan para peniaga Melayu/Islam di kawasan di Nee Soon untuk menyemarakkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan peniaga di sana.
"Mereka mahu menyumbang dan mereka mencetuskan idea bagaimana mereka boleh adakan bazar Ramadan untuk memberi kenikmatan ataupun manfaat kepada penduduk-penduduk di Nee Soon," tambah beliau.
LANCARKAN DIREKTORI PANDUAN DENGAN SENARAI PARA PENIAGA MELAYU/ISLAM DI NEE SOON
Sehubungan itu, ia turut dilancarkan sebuah Direktori Peniaga Islam yang menyenaraikan lebih 100 peniaga Melayu/Islam di Nee Soon.

"Mereka mahu penduduk di sini tahu bahawa ada banyak kedai dan peniaga Melayu/Islam di Nee Soon. Ada yang jual makanan, ada yang jual makanan beku, ada yang memberikan perkhidmatan dan kepelbagaian kepada penduduk-penduduk. Dan ini adalah peluang bagi penduduk-penduduk di Nee Soon untuk menggunakannya dan mereka tahu mana tempat atau kedai yang mereka boleh pergi," jelas Dr Faishal.
Selain memudahkan para penduduk Melayu/Islam, ia juga dapat digunakan para peniaga-peniaga untuk memperhalusi strategi pemasaran mereka.
"Dengan adanya senarai ini, mereka dapat tahu di mana permintaan dan mereka juga dapat mendekati penduduk-penduduk dengan baik dengan adanya jawatankuasa ini," kata Dr Faishal.
Menurut beliau lagi, usaha sama sedemikian turut membangkitkan semangat kampung di estet itu.
"Dengan adanya landasan seperti ini, kita harap ia akan mendatangkan keuntungan dan manfaat bukan sahaja kepada peniaga-peniaga ini tetapi juga kepada penduduk-penduduk kita," jelas Dr Faishal.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa kecil Peniaga Melayu/Islam YCMA, Siti Rodziah Pauzan, juga berbesar hati dengan pelancaran jawatankuasa baharu itu.
"Saya telah bekerjasama dengan semua penduduk dan juga pekerja-pekerja dan penjual di Yishun untuk merapatkan silaturahim supaya kita dapat memenuhi kesemua permintaan di pasaran," kata Cik Siti.
Beliau yang sudah bekerja buat YCMA selama tiga tahun, aktif dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama antara peniaga YCMA dan Melayu/Islam.
Bazar Ramadan Nee Soon akan berlangsung dari 9 Mac hingga 9 April 2024.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.