Skip to main content

Singapura

Jawatankuasa Fatwa gariskan 3 syarat tentukan daging kultur halal

Jawatankuasa Fatwa sudah mula mengkaji isu ini sejak 2020 lagi apabila Agensi Makanan Singapura (SFA) meluluskan penjualan daging kultur di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Fatwa berkenaan daging kultur penting untuk rancangan masa depan bagi pensijilan halal produk-produk yang mengandunginya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (3 Feb), MUIS menjelaskan bahawa ia juga bermatlamat untuk memberi jaminan kepada pengguna Muslim dalam menentukan sama ada produk makanan tertentu halal atau tidak untuk dimakan.

Penerimaan pengguna Muslim terhadap daging kultur juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti pilihan peribadi, rasa dan harga.

Dalam fatwa baharu yang dikeluarkan, Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa halal untuk makan daging kultur.

Ini selagi penghasilan daging dalam makmal itu memenuhi tiga syarat.

Yang pertama, sumber sel yang digunakan mestilah diambil daripada haiwan yang halal atau dibenarkan dalam Islam.

Kedua, setiap bahan yang digunakan untuk menentukan tekstur dan kandungan daging kultur itu juga halal.

Akhir sekali, produk itu mestilah bersih dan bukan toksik.
 
Fatwa baharu itu, menurut MUIS, bersandarkan prinsip-prinsip agama yang bertujuan untuk memelihara kehidupan manusia dan melindungi alam sekitar.

Dalam menentukan pendirian agama berkaitan daging kultur, Jawatankuasa Fatwa mengkaji tiga aspek yang saling terkait.

Ia termasuk proses dan sumber daging, kaedah penghasilan dan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan daging kultur.

Menurut MUIS, kajian ini sebenarnya sudah dimulakan sejak penjualan daging kultur diluluskan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) pada 2020.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita