Jawatankuasa Daya Ekonomi umum barisan anggota, teliti peluang ekonomi untuk pekerja, usahawan dan belia
(Gambar: Facebook/Saktiandi Supaat)
This audio is generated by an AI tool.
Pengumuman itu dibuat dalam satu catatan Facebook Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat pada Selasa (30 Jun).
Jawatankuasa itu bertujuan mengenal pasti cara-cara untuk lebih menyokong golongan pekerja, usahawan dan belia tempatan dari segi prospek pertumbuhan pekerjaan, penggunaan AI dan perkembangan perniagaan.
Jawatankuasa itu akan diterajui Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar merangkap AP Buruh, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, yang juga Pengarah Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC, bersama Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat, yang juga Naib Presiden Eksekutif Maybank.
Menerusi catatan tersebut, Encik Saktiandi berkata dunia sedang berubah dengan pantas, dan Singapura turut berubah seiring dengannya.
Menurutnya, Semakan Strategi Ekonomi (ESR) di peringkat nasional menggariskan bagaimana Singapura boleh terus kekal berdaya saing serta mewujudkan peluang pekerjaan yang baik di tengah-tengah perubahan tersebut.
Jelasnya, peranan CER adalah untuk mengkaji implikasi perubahan itu terhadap masyarakat Melayu/Islam serta menterjemahkannya kepada langkah-langkah yang praktikal bagi pekerja, karyawan, usahawan dan golongan belia.
Encik Saktiandi menambah bahawa mesyuarat pengenalan pertama jawatankuasa itu turut membincangkan peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan dan bagaimana setiap lapisan masyarakat boleh melangkah ke hadapan dengan yakin untuk merebut peluang tersebut.
Menurutnya lagi, jawatankuasa tersebut akan mengadakan sesi perbincangan bagi mendapatkan pandangan masyarakat.
Anggota Jawatankuasa Daya Ekonomi (CER):
- Penasihat, Pengerusi Bersama - Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat
- Penasihat, Pengerusi Bersama - Anggota Parlimen GRC Jalan Besar merangkap AP Buruh, Dr Wan Rizal Wan Zakariah
- Matin Mohdari – Ketua Dasar Awam, Ehwal Pemerintah dan Korporat (Asia Tenggara dan Asia Selatan), Expedia Group
- Dr Abdul Malik Hassan – Presiden, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS)
- Aslam Sardar – Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Profesional Sumber Manusia (IHRP)
- Noor Irdawaty Jammarudin – Setiausaha Agung, Kesatuan Pekerja Sektor Binaan dan Bandar (BATU)
- Dr N Erlyani Abdul Hamid – Ketua Strategi, Perancangan dan Perhubungan Awam, Hilleman Laboratories
- Zakir Hamid – Ketua Rantau Asia Pasifik, Airbus Defence and Space
- Noor Atiqah Ab Halim – Pengarah, Rangkaian Profesional dan Sukarelawan, MENDAKI
- Lee Wei Yang – Pemangku Pengarah Kanan, CRED, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)
- Fathurrahman Faizal – Pengasas Bersama, Ranger Labs
- Shamir Rahim – Anggota Lembaga Pengarah merangkap Pengasas, VersaFleet
- Fazli Isa – Naib Presiden, Infrastruktur Iklim, ThomasLloyd Group
- Sani Hamid – Ketua Penasihat Harta Islam Financial Alliance Pte Ltd
- Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid – Presiden, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS)
- Sainava Bee Bee – Ketua Pengedaran Takaful, Etiqa Insurance Singapore
- Mohammad Haikal Zainal Abidin – Jurutera Utama (Perisian Infrastruktur), ST Engineering Satellite Systems Pte Ltd
- Aidli Mosbit – Pensyarah Kanan, Hubungan Antarabangsa, Politeknik Temasek
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.