Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa baru ditubuhkan; bantu pekerja Melayu/Islam yang hilang pekerjaan, susah cari kerja

Sebuah jawatankuasa baru untuk membantu  pekerja Melayu/Islam yang hilang pekerjaan atau susah mencari kerja bakal ditubuhkan.

Anggaran Waktu Membaca:
02:55 Min
Sebuah jawatankuasa baru untuk membantu  pekerja Melayu/Islam yang hilang pekerjaan atau susah mencari kerja bakal ditubuhkan.

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa baru untuk membantu pekerja Melayu/Islam yang hilang pekerjaan atau susah mencari kerja bakal ditubuhkan.

Demikian dedah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli hari ini (27 Mei).

Ia akan diterajui Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

Inisiatif terbaru di bawah inisiatif SG Teguh Bersatu itu juga akan menyelia bidang peningkatan kemahiran, mencari pekerjaan dan mempersiapkan diri untuk tugas baru di kalangan para pekerja Melayu.

Dalam pembentangan Belanjawan Kecekalan pada Selasa, (26 Mei) DPM Heng Swee Keat mengumumkan Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited bernilai S$2 bilion.

Ia akan mewujudkan hampir 100,000 peluang pekerjaan, latihan sambil bekerja serta peningkatan kemahiran bagi warga Singapura.

Pakej tersebut bertujuan memenuhi keperluan segera para pekerja serta meningkatkan peluang mereka mendapatkan pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk dalam industri-industri baru.

Sebuah Majlis Kerja Nasional baru bagi
menyelia penciptaan pekerjaan dan membina kemahiran, juga ditubuhkan dan dipengerusikan Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.

JAWATANKUASA BARU DIPIMPIN MENTERI NEGARA ZAQY MOHAMAD

Hari ini, Encik Masagos mengumumkan
penubuhan sebuah jawatankuasa khusus untuk para pekerja Melayu/Islam.

Inisiatif di bawah inisiatif SG Teguh Bersatu itu dipimpin Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

Encik Masagos berkata bahawa sejak April lalu, SG Teguh Bersatu giat menghubungkan para pencari kerja dengan pekerjaan dalam sektor-sektor baru dengan kerjasama Mendaki Sense dan Inisiatif Pekerjaan SG United.

"Saya walaupun gembira hampir 20,000 yang telah cuba menjalani program ataupun memasuki portal tersebut, kebanyakan di bawah umur 40 tahun. Jadi masih ramai daripada masyarakat kita yang mungkin belum tahu cara atau tidak tahu ada usaha tersebut.

"Inilah antara isu-isu yang perlu kita fikirkan termasuk nanti bidang-bidang yang bakal wujud dan kordinasi Encik Tharman nanti. Bagaimanakah kita pastikan dengan masyarakat kita tidak ketinggalan atau merebut peluang dalam bidang bidang yang baru," kata menteri itu.

PEKERJA MELAYU/ISLAM DIGESA BERSIAP SIAGA BAGI EKONOMI TIDAK MENENTU

Encik Masagos juga menggesa pekerja Melayu/Islam supaya bersiap untuk keadaan ekonomi yang tidak menentu yang mendatang.

"Kalau sektor-sektor yang terlungkup tidak dapat bertahan terus, kita meramalkan lebih ramai lagi tidak boleh bangkit semula.Waktu itulah lebih ramai yang tidak akan dapat pekerjaan. Jadi mereka yang dalam sektor sektor tertentu tersebut, inilah waktunya rebut peluang yang terbaik. Jangan tunggu sampai krisis menyelimuti kita," kata beliau.

Selain itu, beliau turut menggesa para peniaga Melayu/Islam supaya menyesuaikan model perniagaan berdasarkan norma-norma baru termasuk mendakap teknologi baru.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), kata Encik Masagos, giat membantu syarikat dalam proses pendigitalan mereka selain memberi nasihat mengenai aliran wang tunai, kos dan kredit. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa