Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa baru ditubuh tingkat kemahiran mesra alam pekerja SG

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2023 06:40PM Dikemas Kini : 28 Feb 2023 11:56PM
SINGAPURA: Singapura sedang membangunkan kemahiran mesra alam yang bersesuaian untuk tenaga kerja tempatan.

Sebuah jawatankuasa bakal dibentuk menjelang suku seterusnya untuk menarik penyertaan pemain industri dan penyedia latihan bagi mengenal pasti bidang-bidang permintaan yang baru.

"Sebagai permulaan, kami akan tumpukan kepada keperluan segera seperti melatih pekerja menjalankan laporan kemampanan dan melengkapi mereka dengan kemahiran untuk beroperasi dalam bidang pertumbuhan baru di sektor tenaga seperti tenaga diperbaharui dan sistem penyimpanan tenaga," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong di Parlimen pada Selasa (28 Feb) semasa Dewan membahaskan peruntukan belanjawan bagi kementerian itu.

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak industri untuk mengenal pasti bidang permintaan baru bagi kemahiran mesra alam sedang platform ini terus berkembang," tambahnya.

Perniagaan juga akan mendapat lebih banyak bantuan dalam usaha mendakap sikap mesra alam.

Syarikat yang mempunyai projek kemampanan akan terus menerima sokongan dana sehingga 70 peratus bagi tiga tahun lagi.

Program Kemampanan Perusahaan juga boleh dimanfaatkan termasuk kursus baru berhubung penyahkarbonan.

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) boleh mempelajari cara melakukan laporan kemampanan melalui bengkel dan program yang baru dibangunkan.

Ia turut diberi dana bagi membangunkan rangka kerja laporan dalaman.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan