Skip to main content

Singapura

Jawatankuasa Antara-Kementerian akan ditubuhkan untuk tangani penipuan

Pemerintah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa Antara-Kementerian mengenai Penipuan bagi "melakar dan melaksanakan" strategi yang menyeluruh untuk menangani jenayah sedemikian, kata Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal dalam Negeri Sun Xueling pada Isnin (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Antara-Kementerian akan ditubuhkan untuk tangani penipuan
Diterbitkan : 02 Mar 2020 03:30PM Dikemas Kini : 02 Mar 2020 03:32PM

SINGAPURA: Pemerintah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa Antara-Kementerian mengenai Penipuan bagi "melakar dan melaksanakan" strategi yang menyeluruh untuk menangani jenayah sedemikian, kata Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal dalam Negeri Sun Xueling pada Isnin (2 Mac).

Strategi Jawatankuasa itu yang melibatkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan termasuk mencegah penjenayah yang berpotensi dan menghadkan keupayaan mereka menjalankan operasi di Singapura.

Jawatankuasa itu juga akan meninjau cara mengurangkan kerugian yang dialami para mangsa, dan memastikan orang awam kekal berwaspada dan berhati-hati terhadap penipuan.

"Meskipun pihak pemerintah sudah mempertingkatkan usaha untuk menangani penipuan, kami tidak boleh melakukannya sendirian. Syarikat-syarikat juga perlu memainkan peranan, terutamanya seperti wadah e-dagang dan bank, yang juga boleh dieksploitasi oleh para penipu, sekali gus menyebabkan kerugian wang terhadap pelanggan," kata Cik Sun dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan.

Beliau menambah bahawa MHA akan bekerja rapat dengan syarikat-syarikat sedemikian bagi melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah para penjenayah daripada melakukan penipuan.

Kes penipuan melonjak 54 peratus, membentuk 27 peratus daripada keseluruhan kes jenayah pada 2019. Ini menurut perangkaan yang didedahkan pihak polis pada Januari.

Sebanyak 9,502 penipuan dilaporkan pada 2019, berbanding 6,189 kes pada tahun sebelumnya.

Sumber : CNA/NA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita