Jawatankuasa Akaun Awam gesa kementerian, agensi awam tangani kelemahan berulang
Jawatankuasa Akaun Awam sudah menggesa beberapa kementerian dan agensi awam untuk menangani beberapa kelemahan berulang yang berlaku di pelbagai sektor awam, seperti yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2018/2019.
SINGAPURA: Jawatankuasa Akaun Awam sudah menggesa beberapa kementerian dan agensi awam untuk menangani beberapa kelemahan berulang yang berlaku di pelbagai sektor awam, seperti yang dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2018/2019.
Kelemahan berulang tersebut adalah pada sistem-sistem IT, bidang pemerolehan dan pembayaran serta pengurusan kontrak dan pengurusan program geran sosial, menurut jawatankuasa itu dalam laporannya pada Jumaat (17 Jan).
Satu kes, berkenaan adanya perkara tidak konsisten dalam dokumen sebutan harga, dilaporkan kepada pihak polis.
"Terdapat keperluan bagi sektor awam untuk menangani kelemahan berulang dan kesilapan asas," menurut Jawatankuasa Akuan Awam, sambil menambah bahawa keprihatinan serupa turut diutarakan oleh laporan-laporan Pejabat Ketua Audit Negara sebelum ini.
Kelemahan-kelemahan itu, jika tidak ditangani, mungkin boleh "bertambah", sekali gus melemahkan "kepimpinan dan kebertanggungjawaban terhadap dana dan sumber awam," tambahnya.
Antara kelemahan itu adalah pada pengawalan IT. Ini termasuk pemantauan aktiviti pengguna dalam sistem IT yang tidak mencukupi dan kelemahan dalam pengurusan hak akses pengguna. Malah, lebih perhatian patut diberikan terhadap agensi-agensi kecil dan bidang pengurusan pihak ketiga, menurut jawatankuasa.
Kementerian-kementerian yang dikesan dengan kelemahan-kelemahan ini termasuk: Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.