Jawatan Presiden tugas penting dan bakal calon tidak seharusnya bertanding jika masih ragu-ragu, kata George Goh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: George Goh menggesa semua bakal calon Presiden agar tidak terbawa-bawa dengan idea-idea berupa 'khayalan'.
Beliau berkata, jawatan Presiden adalah satu tugas penting dan mereka yang masih ragu-ragu, tidak seharusnya bertanding.
Mengulas tentang dirinya, Encik Goh berkata, beliau jelas tentang komitmen selama enam tahun sekiranya terpilih.
"Saya berhasrat untuk berkempen sebaik mungkin dan ingin lihat satu kempen yang menyatukan. Saya rayu, keempat-empat kami, termasuk saya, lakukan lah yang terbaik dan tunjuk kepada rakyat. Kami bertanding atas biaya sendiri, kami bertanding kerana kami faham tugasnya, apa yang kami ingin lakukan," tambahnya.
Semasa mengunjungi persatuan suku Teochew siang tadi, Encik Goh menarik perhatian, presiden-presiden Singapura sebelum ini semuanya tidak mempunyai pengalaman bertugas di bank pusat atau dana kekayaan negara (SWF).
Itu tidak bermakna mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan rizab negara.
Ini sebagai jawapan untuk seorang lagi bakal calon, Ng Kok Song yang mempersoalkan sama ada Encik Goh dan Encik Tan Kin Lian mampu memikul tugas sedemikian sebagai Presiden.
Encik Ng merupakan mantan Ketua Pegawai Pelaburan di GIC.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.