Jawatan NMP tidak akan diisi susuli peletakan jawatan Raj Joshua Thomas, Syed Harun Alhabsyi
Anggaran Waktu Membaca:
Raj Joshua Thomas (kiri) dan Syed Harun Alhabsyi (kanan). (Gambar: Facebook/Raj Thomas, Parlimen Singapura)
- Kerusi Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang dikosongkan menyusuli peletakan jawatan Encik Raj Joshua Thomas dan Dr Syed Harun Alhabsyi tidak akan diisi dalam penggal Parlimen sekarang.
- Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pencalonan untuk Pelantikan sebagai Anggota Parlimen Dilantik menyatakan bahawa ia telah membuat keputusan selepas mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan perkara itu sehari lebih awal.
- Memandangkan masa yang diperlukan untuk mempelawa orang ramai untuk mengemukakan nama individu yang mungkin dipertimbangkan untuk dicalonkan oleh jawatankuasa dan tempoh Parlimen semasa, jawatankuasa tersebut memutuskan untuk tidak mencalonkan mana-mana individu untuk dilantik sebagai Anggota Parlimen Dilantik bagi mengisi dua kerusi kosong itu.
- Encik Thomas dan Dr Syed Harun meletak jawatan sebagai NMP pada 14 Feb, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa mereka mungkin akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025), yang mesti diadakan menjelang November tahun ini.
SINGAPURA: Kerusi Anggota Parlimen Dilantik (NMP) yang dikosongkan menyusuli peletakan jawatan Encik Raj Joshua Thomas dan Dr Syed Harun Alhabsyi tidak akan diisi dalam penggal Parlimen sekarang.
Dalam laporannya pada Selasa (8 Apr), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pencalonan untuk Pelantikan sebagai Anggota Parlimen Dilantik menyatakan bahawa ia telah membuat keputusan selepas mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan perkara itu sehari lebih awal.
"Di bawah Perkara 65(4) Perlembagaan, Parlimen semasa, kecuali dibubarkan lebih awal, akan diteruskan selama lima tahun dari sidang pertamanya pada 24 Ogos 2020, dan kemudiannya akan dibubarkan," kata jawatankuasa itu.
"Memandangkan masa yang diperlukan untuk mempelawa orang ramai untuk mengemukakan nama individu yang mungkin dipertimbangkan untuk dicalonkan oleh jawatankuasa dan tempoh Parlimen semasa, jawatankuasa tersebut memutuskan untuk tidak mencalonkan mana-mana individu untuk dilantik sebagai Anggota Parlimen Dilantik bagi mengisi dua kerusi kosong itu."
Para anggota jawatankuasa yang hadir di mesyuarat itu ialah Speaker Parlimen Seah Kian Peng, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, Cik Indranee Rajah, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Gan Siow Huang, Menteri Negara Pendidikan merangkap Tenaga Manusia, dan Cik Sylvia Lim dari Parti Pekerja (WP).
Dua lagi anggota jawatankuasa itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, tidak hadir di mesyuarat itu.
Perlembagaan menetapkan, apabila kerusi NMP menjadi kosong atas apa-apa sebab selain daripada pembubaran Parlimen atau tamat tempoh perkhidmatan anggota, jawatankuasa boleh, jika difikirkan sesuai, mencalonkan seseorang untuk mengisi kekosongan itu.
Encik Thomas dan Dr Syed Harun meletak jawatan sebagai NMP pada 14 Feb, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa mereka mungkin akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025), yang mesti diadakan menjelang November tahun ini.

Sumber : CNA/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.