Jasa Ustaz Ali bimbing radikal tegar tidak kenal erti lelah, kata Presiden Halimah
Anggaran Waktu Membaca:

Puan Halimah dengan Ustaz Ali di Anugerah Hari Kebangsaan pada 2018. (Gambar: MCI/Fyrol)
BERITAmediacorp: Allahyarham Ustaz Ali menabur bakti tanpa mengenal erti lelah bersama ramai asatizah lain untuk memulihkan mereka yang sudah menyimpang dan membawa mereka pulang ke pangkuan masyarakat.
Presiden Halimah Yacob berkata demikian menerusi catatannya di Facebook pada Jumaat (17 Mac).
"Beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan Kumpulan Pemulihan Agama (RRG), di mana beliau menyatukan masyarakat untuk memerangi salah tanggapan mengenai Islam.
"Beliau melihat ini sebagai misi penting yang perlu dilakukan masyarakat Islam demi melindungi agama kita," kata Puan Halimah.
Puan Halimah juga menarik perhatian bahawa Allahyarham memperjuangkan sikap bertolak ansur dan persefahaman antara agama sebagai pengerusi Masjid Khadijah.
Sebelum ini, Puan Halimah bertemu Allahyarham Ustaz Ali di Anugerah MUIS pada 2017 dan Anugerah Hari Kebangsaan pada 2018, di mana beliau menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Allahyarham.
"Usahanya membawa perubahan besar kepada kehidupan agama masyarakat Islam dan kepada Singapura, sebagai masyarakat yang majmuk.
"Beliau sentiasa bersikap murah hati dengan masanya untuk berkhidmat untuk masyarakat yang beliau sayangi, terus menghadiri acara meskipun beliau sudah agak uzur.
"Takziah yang mendalam saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham," kata Puan Halimah.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.