Jasa Syed Isa Semait disanjung di luar SG; pemergiannya 'kehilangan besar bagi dunia Islam'
Anggaran Waktu Membaca:
Mufti Singapura, Almarhum Shaikh Syed Isa Semait. (Gambar: MUIS)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti ke-7 Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga mantan Mufti Singapura, Almarhum Shaikh Syed Isa Semait, yang berpulang pada Isnin (7 Jul).
Menerusi catatannya di laman Facebook, Dr Zulkifli menyifatkan pemergian Almarhum Shaikh Syed Isa Semait sebagai "satu kehilangan besar bagi dunia Islam, khususnya umat Islam di Singapura".
"Saya masih teringat beberapa kali pertemuan saya dengan Almarhum sewaktu beliau menjawat jawatan Mufti Singapura.
"Setiap kali bertemu, saya terkesan dengan kelembutan bicara, keluasan ilmu, serta kebijaksanaan beliau dalam memimpin umat.
"Almarhum sentiasa mendahulukan maslahah ummah dan keharmonian dalam setiap pandangan dan fatwa beliau," kata Dr Zulkifli.

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) turut menyampaikan takziah kepada keluarga Almarhum Shaikh Syed Isa Semait.
"Sesungguhnya pemergian almarhum merupakan satu kehilangan besar kepada dunia Islam, khususnya dalam bidang fatwa, dakwah dan keilmuan.
"Beliau dikenang sebagai seorang tokoh ulama yang teguh dalam prinsip, berwibawa serta amat disegani atas jasa dan sumbangannya sepanjang menjawat jawatan sebagai Mufti Singapura selama hampir empat dekad," menurut PUM dalam catatannya di Facebook.

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, saudara-mara serta masyarakat Islam di Singapura.
"Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini," tambah PUM.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.